Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ridwan | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Izzuddin Shah, 34007, Taiping,, Perak Darul Ridzwan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Berilmu Berbakti |
Nombor sekolah | +6058072727 |
Kod sekolah | AEB6056[1] |
Pengetua | En Abdul Bashid bin Harun |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En. Nithiaselvan a/l Thamatharan |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Loo Chin Cheang (bersara) |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Ahmad Kamal bin Sabarudin |
Faks | +6058086570 |
Laman sesawang | http://smkdridwan.blogspot.my/ |
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google | |
Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ridwan atau nama ringkasnya SMK Darul Ridwan, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Izzuddin Shah.
Pada 2018, Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ridwan memiliki seramai 517 orang pelajar. Ia mempunyai seramai 58 orang guru.
Sejarah
Sekolah Menengah Rendah Laki-laki, Taiping ditubuhkan pada 11 Januari 1965 dengan 8 kelas peralihan berjumlah 371 orang pelajar dan 15 orang guru. Pada masa itu, sekolah ini tidak mempunyai bangunannya sendiri dan terpaksa “menumpang” di Sekolah Menengah St. George, Taiping. Guru Besar pertama sekolah ini ialah En. Lee Swee Keng.Pada tahun 1966, pelajar sekolah ini bertambah menjadi 564 orang dan 27 orang guru. Pelajar-pelajar sekolah ini menumpang pula di Sekolah Kebangsaan Taiping dan SRJK (C) Aulong, Taiping.
Pada ketika itu Guru Besar sekolah ini diberi gelaran ‘Guru Bergerak Taiping’ kerana beliau bergerak dari sebuah sekolah ke sekolah lain untuk memungut yuran sekolah dan yuran-yuran lain serta menanam perasaan perpaduan di kalangan pelajar dan guru yang berselerak itu. Pada tahun 1967, sekolah ini mempunyai 743 orang pelajar dan 31 orang guru. Pejabat sekolah masih di Sekolah Menengah St. George, Taiping. Kelas-kelas sidang petang diadakan di SRJK (C) Phui Choy, Kamunting dan Sekolah All Saints, Kamunting.
Pada tahun 1968, bilangan pelajar dan guru bertambah. Terdapat seramai 939 orang pelajar dan 31 orang guru. Bangunan baru sekolah ini yang didirikan di Jalan Thomson (kini dinamakan Jalan Izuddin Shah) hampir siap. Walau bagaimanapun, sekolah masih menumpang selama dua penggal pada tahun itu di SRJK (C) Phui Choy, Kamunting dan Sekolah All Saints, Kamunting. Pejabat dan kelas-kelas di Sekolah Menengah St. George, Taiping dipindahkan ke bangunan DTC (Pusat Latihan Harian) di SRK King Edward VII, Taiping. Pada penggal ketiga, barulah kelas-kelas yang bertaburan itu dipindahkan ke bangunan sekolah baru.
Bangunan sekolah yang baru ini terdiri daripada 2 blok bilik darjah (kini Blok A dan B) dan sebuah kantin. Semuanya dibina di atas kawasan paya yang telah ditebusgunakan. Beberapa Projek Gotong-Royong diadakan untuk menyiapkan padang dan kawasan sekolah.Pada tahun 1974, bangunan Blok C mula digunakan. Pada 01 Februari 1978, nama sekolah telah ditukarkan ke ‘Sekolah Menengah Darul Ridwan, Taiping.
Pada tahun 1980, bangunan tiga tingkat (Blok D) dan bangunan seni perusahaan pula digunakan. Pertambahan pelajar yang pesat memaksa Blok E dibina dengan 8 buah bilik darjah pada tahun 1990.
Pelajar-pelajar sekolah ini mula mengambil Peperiksaan LCE pada tahun 1968 dan MCE pada tahun 1970. Pelajar-pelajar MCE/SPM adalah dari Aliran Sastera sahaja. Hanya pada tahun 1983 sekolah ini mula mengeluarkan calon-calon SPM Aliran Sains.
Pada tahun 1985 pengambilan pelajar-pelajar perempuan diserapkan ke Tingkatan Peralihan dan Tingkatan Satu. Penulis terkenal tanah air, Uthaya Sankar SB, merupakan bekas pelajar sekolah ini. Pada tahun 2001, bangunan Makmal Komputer dan Blok F dibina. Pihak berkuasa menyerahkan sijil layak menduduki (CF) bangunan Blok F pada 7 Mac 2002. Makmal komputer mula digunakan pada tahun 2003.
Pengetua
- En. Lee Swee Keng (11-01-1965——11-07-1977)
- En. P.G.K. Menon (12-07-1977——31-12-1979)
- En. Abdul Halim bin Abdul Aziz,PPT (01-01-1980——15=03-1983)
- En. Salleh bin Muhammad Hussein,PPT (16-03-1983——31-01-1988)
- En. Muthalib bin Hashim,BKM (01-02-1988——31-12-1988)
- En. Balasubramaniam Kuppusamy,PPT (01-01-1989——15-01-1992)
- Tn. Hj. Ahmad Zaki bin Hj. Abdul Wahad (16-01-1992——15-10-1992)
- Tn. Hj. Zamri bin Hj. Abdullah,AMN (16-10-1992——30.08-2005)
- Tn. Hj. Yahaya bin Abduk Wahab (16-10-2005——30-06-2008)
- En. Rusli bin Muhammad Zain (01-07-2008——11-05-2014)
- Tn. Hj. Ahmad Husni bin Hj. Tusin (20-06-2014——27-02-2015)
- Tn. Hj. Zubaidillah bin Sulaiman (18-05-2015——Sekarang)
Pencapaian dan Rekod Pelajar
SMK Darul Ridwan mencatat rekod terbaik dalam sejarah sekolah pada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 dengan sepuluh orang pelajar mendapat semua A yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Pencapaian terbaik SPM ialah pada tahun 2014 dengan tiga orang pelajar memperoleh semua A, empat orang 9A, dua orang 8A, seorang 7A, tiga orang 6A dan 5A.
Unit beruniform St John Ambulans merupakan pasukan paling berjaya.
Panther Emas
- 1993 - Teh Wei Lun
- 1996 - Yip Wai LIng
- 1998 - Chuah Tian Chai
- 2004 - Lee Han Yit
- 2005 - Lee Kaih Yeang
- 2010 - Dhivian a/l Nithiaselvan
- 2011 - Kevin Jay Singh a/l Anajee Singh
- 2014 - Kaviena a/p Nithiaselvan
- 2015 - Kaylvin Jay Singh a/l Anajee Singh
Ketua Pelajar
- 2010 - Dhivian a/l Nithiaselvan
- 2011 - Kwek Shi Ying
- 2012 - Lim Yeong Shya
- 2013 - Ee Kai Ling (Denice)
- 2014 - Kaviena a/p Nithiaselvan
- 2015 - Kaylvin Jay Singh a/l Anajee Singh
- 2016 - Chen Hui Teng
Ketua Pelajar Lelaki
- 2010- Zul Faizan b Abdul Rahman
- 2011- Izwan b Mohd Rashid
- 2012- Woo Chia Hooi
- 2013 - Lee Yong Hong
- 2014 - Mohamad Zulkarnain b Mohd Dali
- 2015 - Phan Khoon Yuan
- 2016 - A. Magesswaran
Ketua Pelajar Perempuan
- 2011 - Chong Phui Kuan
- 2012 - Wan Norazlen bt Wan Juelim
- 2013- Jestine Tang Shue Jing
- 2014- Cheong Wai Kei
- 2015 - Ng Pei Yi
- 2016 - Shakti Dharshini Varma
Aktiviti Kokurikulum
Kelab Akademik dan Persatuan
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Sains
- Matematik
- Sejarah
- Geografi
- Pendidikan Islam
- Agama Buddha
- Agama Hindu
- Pendidikan Seni Visual
- Kemahiran Hidup
- Kelab AVA
- Rukun Negara
- ERT
- Pusat Sumber
- Keselamatan Jalan Raya
- Komputer
- Koperasi
- Pencegahan Jenayah
- SPBT
- Bimbangan & Kaunseling
- JCI Junior
- Pengguna
- Pembimbing Rakan Sebaya
- ISCF
- Majalah & Fotografi
- Persatuan Pemimpin Nuda Sukan
Kelab Sukan dan Permainan
- Bola baling
- Bola sepak
- Bola keranjang
- Bola tampar
- Bola jaring
- Sofbol
- Sepak takraw
- Badminton
- Catur
- Boling
- Senamrobik
- Olahraga
- Permainan dalamam
- Memanah
- Pingpong
- Gimnastrada
Unit Beruniform
- Pengakap
- Kadet Remaja Sekolah
- Saint John Ambulans
- Pandu Puteri Remaja
- Pandu Puteri Renjer
- Puteri Islam
- Okestra Cina
- Silat Satu Malaysia
Tarikh Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum 2016
Lagu Sekolah
Berilmu Berbakti
Itu Cogan Kata
Berjasa Berbudi
Itulah Amalan Kita
Usaha Berdikari
Tabah dan Setia
Berbakti Berbudi
Untuk Bangsa dan Negara
Tetap Berjaya Berjasa
Bersopan dan Berbudi
Biarlah Maju Dipuja
Berilmu dan Berbakti
Maju dan Berjasa
Tetap Berkekalan
Disanjung Dipuja
Sekolah Darul Ridwan
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ridzuan
- Jalan Izzuddin Shah
- 34007, Taiping
- Perak, Malaysia
- Telefon = +6058072727
- Fax = +6058086570