PENGENALAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Persiaran Fauna 2, Zon Flagship 2, Sepang, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | SEDERAP MEMACU KECEMERLANGAN #smkcsejahtera |
Autoriti pendidikan | Sepang |
Sesi | Pagi: PPKI, Tingkatan 3,4,5 dan 6 / Petang: Tingkatan 1 dan 2, Peralihan |
Nombor sekolah | +603 8318 8088 |
Kod sekolah | BEA9609[1] |
Pengerusi PIBG | En. Norazran bin Mohamed Yusof |
Pengetua | Ustaz Salehin bin Abdullah |
Tenaga pengajar | 120 Orang |
Faks | +603 8318 3588 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya (SMKC) ialah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (Harian) yang terletak di Cyberjaya, Selangor, yang bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Cyberjaya dan berdekatan dengan Universiti Multimedia. Ia dibina di daerah Sepang, Selangor. Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya merupakan sekolah berkonsepkan Sekolah Ceria berasaskan IT dan mula beroperasi pada 14 Jun 2004 dengan 4 orang murid, 21 orang guru yang diketuai oleh Pengetua Perintis, Tn. Hj. Salehuddin bin Abd. Rasid dibantu oleh Pn. Hjh. Hamidah bt. Said selaku Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh. Habshah bt. Mohamad selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan En. Jeyem Thiram a/l Maniam selaku Penolong Kanan Kokurikulum
Merangkumi kawasan seluas 11 ekar, SMK Cyberjaya terletak di dalam kawasan yang diwartakan sebagai Koridor Raya Multimedia. Malah SMK Cyberjaya merupakan sebahagian daripada pelan tersebut. Pada peringkat awal sekolah ini merupakan sekolah bestari "Level A" tetapi diubah menjadi sekolah Ceria IT. Bersesuaian dengan konsep tersebut, SMK Cyberjaya dibekalkan dengan peralatan dan kemudahan yang canggih.
Enrolmen murid yang bermula dengan hanya 4 orang murid, kini telah mencecah seramai 1994 orang pada sesi akademik 2024.
Moto Sekolah
SEDERAP MEMACU KECEMERLANGAN
#SMKCSEJAHTERA
Visi Sekolah
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi Sekolah
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara
Lencana Sekolah
Mewakili 6 Tonggak Kecemerlangan
- Cemerlang Pentadbiran
- Cemerlang Kurikulum
- Cemerlang Kokurikulum
- Cemerlang Sahsiah
- Cemerlang Keceriaan
- Cemerlang Komuniti
Warna Lencana
- Kuning - Keagungan dan Ketinggian Martabat sekolah
- Biru - Keharmonian
- Hijau - Kesuburan dan lambang sekolah ini dibina di atas tapak Program Buku Hijau
- Ungu - Merupakan warna rasmi Sekolah Bestari Malaysia
Senarai Pengetua
- Encik Md. Salehuddin bin Abd Rasid (2004-2007)
- Puan Fuziah binti Mahmood (2007-2012)
- Puan Hjh Norma binti Daud (2012-2014)
- Puan Ng Sie Fong (2014-2015)
- Puan Nurul Aini Chan (2015-2020)
- Puan Hajah Sharifah Hanim bt Syed Zain (2020-2021)
- Ustaz Salehin bin Abdullah (2022-kini)
Pengurusan Sekolah
Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi dan Pentadbiran sekolah bagi sesi akademik 2025/2026:
- Ustaz Salehin Bin Abdullah (Pengetua)
- Datin Aslaniah Bt. Jamali (PK Pentadbiran)
- Pn. Rasmidi Binti Mohd Juzad (PK Hal Ehwal Murid)
- Pn. Norisalida Bt. Muhamad Isa (PK Kokurikulum)
- Pn. Nor Azlinda Bt. Abdullah (PK Petang)
- Pn. Nor Asiah Bt. Baharin (PK Tingkatan 6)
- En. Azharuddin Bin Ahmid (Penyelaras PPKI)
- Pn. Nor Azilah Bt. Salih (GKMP Bahasa)
- Pn. Anidah Bt. Harun (GKMP Sains & Matematik)
- Pn. Islinah Bt. Bakar (GKMP Teknik & Vokasional)
- Pn. Nazrah Bt. Jamaludin (GKMP Kemanusiaan)
Infrastruktur
SMK Cyberjaya dilengkapi dengan infrastruktur dan kemudahan berikut :
- dewan
- surau
- bangunan pentadbiran
- 5 blok akademik yang mengandungi 36 buah kelas
- sudut membaca, pusat sumber
- 2 buah makmal komputer
- bengkel-bengkel kemahiran hidup
- makmal sains
- bilik Bimbingan dan Kaunseling
- bilik muzik
- 175 buah komputer serta Internet Percuma (Yes 4G)
- bilik kesihatan dan pergigian
- koperasi sekolah
- kantin
- bilik SPBT
- tempat menunggu bas berbumbung
Pencapaian Sekolah
- 2020
- Bola Keranjang Lelaki Bawah 18 (Johan)
- 2023
- Bola Keranjang Perempuan Bawah 18 (Tempat Ketiga)
- Kejohanan Pingpong MSSD Sepang (Johan Perempuan B18 dan Johan Perempuan B15)
- 2024
- Kejohanan Pingpong MSSD Sepang (Johan Perempuan B15 dan Ketiga Lelaki B18)
- Kejohanan Ragbi Bawah 15 MSSS (Naib Johan Shield)
- Kejohanan Ragbi Bawah 15 MSSD Sepang (Johan Cup)
Lihat juga
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya
- Persiaran Fauna 2, Zon Flagship 2
- Selangor, Malaysia
- Telefon: +603 8318 8088
- Fax: +603 8318 3588