Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford | |
---|---|
Lokasi | |
Kuala Kangsar, 33009, Kuala Kangsar, Perak Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, sekolah kerajaan, sekolah bestari perdana, sekolah premier, sekolah lelaki |
Moto | The Ship is More Than The Crew |
Nombor sekolah | +60 5-773 1313 |
Kod sekolah | AEE4070[1] |
Pengerusi PIBG | En. Ashraf Ali bin Habeeb Mohamed |
Pengetua | En. Roslee bin Abdul Wahab |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En. Azizan Baki bin Mat daud |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Ahmad Hisham bin Mohd Hadri |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Ros Adila binti Muhamad Hudri |
Faks | +60 5-773 1314 |
Laman sesawang | Portal Rasmi SMK Clifford |
Peta Google Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar | |
![]() |
Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan lelaki yang terletak di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan dan antara sekolah lelaki premier yang tertua di Malaysia khususnya dan tertua di Perak amnya.
Sejarah
SMK Clifford Kuala Kangsar ini berasal daripada sekolah Melayu yang didirikan dalam bulan Disember 1897. Pada tahun 1897, muncul "Sekolah Inggeris Kerajaan" yang juga dikenali sebagai "Sekolah Hogan" sempena nama guru besarnya yang pertama, Encik James Percival Charles Hogan. Pelajar sekolah ini bermula dengan jumlah pendaftaran sebanyak 40 orang murid pada tahun awal penubuhannya dan menjadi 494 orang pada tahun 1928. Sehingga tahun 1905, sekolah ini mencatatkan rekod menjadi sekolah campuran yang pertama di Perak mempunyai pelajar perempuan. Dari segi tenaga pengajar, bermula tahun 1905, sekolah ini hanya mempunyai seorang guru besar dan empat orang guru bagi 158 orang murid. Pada tahun-tahun berikutnya, tenaga pengajar terdiri daripada bangsa Eropah, India, Cina dan Melayu. Hanya pada tahun 1924, sekolah ini mempunyai guru besar daripada keturunan Arab, iaitu Tuan Syed Shaidali.
Pada tahun 1928, sekolah ini mendapat namanya yang baru iaitu "Sekolah Clifford" sempena nama Gabenor Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Malaya ketika ini, Sir Hugh Clifford. Kemajuan sekolah ini sebelum perang banyak bergantung kepada usaha-usaha gigih pendidik-pendidik keturunan Eropah, Arab, Cina, India termasuklah juga guru-guru Melayu. Ketika Perang Dunia II, sekolah ini bertukar status menjadi markas tentera Jepun sehingga tahun 1946. Selepas tamat perang, pembangunan dan kemajuan Sekolah Clifford dibangunkan bersunguh-sungguh oleh pemangku guru besar ketika itu, Encik Arumukham bersama-sama dengan kakitangan guru. Dalam masa tersebut, sekolah menghadapi banyak masalah kekurangan perabot dan buku-buku.
Sekolah Lelaki Clifford mula menawarkan mata pelajaran sains pada tahun 1946 dan dalam tahun-tahun 1940-an, menunjukkan prestasi yang cukup baik dari aspek peperiksaan. Senior Cambridge juga menyaksikan ramai lepasannya berpeluang belajar di institusi pengajian tinggi seperti Kolej Perubatan Raffles Singapura, Kolej Pertanian Serdang dan universiti luar negeri khusus Britain. Keputusan peperiksaan Senior Cambridge juga menunjukkan prestasi yang paling membanggakan kerana tidak ada seorang anak Melayu pun yang gagal ketika itu.
Pada ketika usia meningkat 100 tahun, Sekolah Clifford dipilih menjadi salah sebuah sekolah perintis Sekolah Bestari.
Pada 31 Mac 2014, SMK Clifford Kuala Kangsar telah melaksanakan persekolahan dua sesi; iaitu sesi pagi dan sesi petang.
Berikutan Blok A (blok bersejarah) mengalami kerosakan tidak serius, pihak pengurusan sekolah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup sekaligus melarangkan Blok A untuk diduduki oleh para pelajar SMK Clifford.
Senarai Pengetua
- J.P.C. Hogan (1897-1924)
- Kapt. Syed Shaidali (1924-1927)
- J.L. Nichol (1927-1930)
- Capt. Bernard Preedy (1930-1935, 1936-1937)
- D. Roper (1935)
- Left. Kol. C.A. Scott (1938)
- T.P.M. Lewis (1939-1941)
- V. Arumukham (1945-1946)
- K.D. Luke (1946-1948)
- F.H. Jones (1948-1950)
- M. Campbell (1950)
- D. Bennett (1950-1953)
- M.D.F. Potter (1953-1956)
- A.D. Bunford (1956)
- En. Karam Singh (1956-1968)
- En. Chee Hee Yin (1969)
- En. Goon Fatt Chee (1969-1971)
- En. Goh Kee Meng (1971-1979)
- Tn. Hj. Azidin bin Mahmud (1980-1989)
- En. Zainal Badri bin Ahmad Rafaei (1989-1992)
- Tn. Hj. Idris bin Abdul Majid (1992-1994)
- Tn. Hj. Mohamed Omar bin Mazar Ali (1994-1999)
- Tn. Hj. Mohd Hani bin Alang Ismail (1999-2002)
- Tn. Hj. Ngazizan bin Din (2002-2005)
- En. Ahmad Sanee bin Zainal Abidin (2005-2007)
- En. Zokronain bin Abdullah (2007-2009)
- Pn. Hjh. Norliah binti Haji Mohd Lazim, AMN (Pengetua Cemerlang) (Dalam sejarah, pengetua perempuan pertama di sekolah ini) (2009-2013)
- Tn. Hj. Zaharuddin bin Ahmad Zayadi, PJK (2013-2014)
- Tn. Hj. Salim bin Suhaimi, AMP (2014-2016)
- Tn. Hj. Kamaruzaman bin Abdul Murad (2016-2018)
- Tn. Hj. Roslan bin Mohamad (2018-2021)
- En. Ahmad Sabri bin Abdul Ghani (Jan - Mac 2021)
- Tn. Hj. Lutfi bin Mohd Noor (2021-2024)
- En Roslee Bin Abdul Wahab (2024)
Cogankata
"The Ship Is More Than The Crew" ialah moto Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford. Dahulu moto ini diletakkan pada lencana sekolah tetapi sekarang ditiadakan.
"The Ship" ialah perkataan simbolik yang bermakna sekolah dan "The Crew" membawa makna pelajar.
Oleh itu, makna tersirat bagi moto sekolah "The Ship Is More Than The Crew" ialah sekolah atau alma mater (ibu kandung) lebih penting daripada para pelajarnya. Lebih jelas lagi bererti setiap pelajar lepasan sekolah ini akan atau telah menempa kejayaan setelah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford. Sekolah telah memberi segala bentuk kemudahan, bimbingan, dorongan, nasihat dan pengalaman sehingga para pelajar menjadi tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang pekerjaan.
Logo
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/4/42/Smcbaru.gif)
Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar
- Perisai - Sebagai pelindung pelajar daripada unsur yang mengangu pelajaran
- Keris - Melambangkan masyarakat Melayu yang majoriti semuanya beragama Islam
- Buku - Melambangkan ilmu yang diperolehi
- Warna Hitam - Tanah Air iaitu Malaysia
- Warna Kuning - Agama Islam sebagai agama rasmi
- K.K. - Terletak di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak
Lagu sekolah
Clifford sekolahku tercinta,
Berusaha berbakti cogan kita
Pupuk semangat waja
Berjuang demi ibu kandung
Majukan diri
Bina negara
Bersatu, Berpadu,
CLIFFORD
Pencipta: En. Tan Chin Nam, JSM
Lirik: Tn. Hj. Azidin bin Mahmud, PPT (Pengetua SMK Clifford KK ke-19)
Unit pentadbiran
Kemudahan
- Dewan Tun Hamdan
- Dewan Tun Suffian
- Bilik Inovasi
- Bilik Kreativiti
- Pusat Sumber Karam Singh
- Bilik Media Clifford
- Kantin Clifford
- Dewan Makan Asrama
- Koperasi Clifford
- Dewan Peperiksaan Blok D
- Surau Al-Islah
- Dataran OCA
- Dataran Hamdan
- Dataran Surau
- Makmal Sains Rendah
- Makmal Sains Atas
- Bengkel Kemahiran Hidup
- Blok Kelas Rancangan Khas (KRK)
- Blok Pentadbiran
- Bilik F1
- Padang Clifford
- Bilik Sukan
Unit akademik
Tingkatan
- Tingkatan Satu
- Tingkatan Dua
- Tingkatan Tiga
- Tingkatan Empat
- Tingkatan Lima
- Tingkatan Enam Rendah
- Tingkatan Enam Atas
Badan kepimpinan
- Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
- Pengawas Sekolah
- Pengawas Pusat Sumber
- Pengawas Briged Bestari
- Pengawas Asrama
- Persatuan Tingkatan Enam (PERTINA)
- Majlis Ketua-Ketua Tingkatan (MKT)
Mata pelajaran
Subjek yang ditawarkan oleh Pihak Sekolah kepada para pelajar antaranya ialah:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sejarah
- Sains
- Pendidikan Islam
- Bahasa Jepun
- Kemahiran Hidup
- Tasawwur Islam
- Pendidikan Seni Visual
- Kesusasteraan Melayu
- Reka Cipta
- Ekonomi Asas
- Perdagangan
- Matematik Tambahan
- Biologi
- Fizik
- Kimia
- Lukisan Kejuruteraan
- Geografi
- Sains Sukan
- Prinsip Perakaunan
- Seni Visual Tingkatan 6
- Kesusasteraan Melayu Komunikatif Tingkatan 6
- Bahasa Melayu Tingkatan 6
- Pengajian Am Tingkatan 6
- Malaysia University English Test (MUET) Form Sixth
- Biologi Tingkatan 6
- Kimia Tingkatan 6
- Fizik Tingkatan 6
- Matematik M Tingkatan 6
- Matematik S Tingkatan 6
- Matematik T Tingkatan 6
- Sejarah Tingkatan 6
- Ekonomi Tingkatan 6
Unit kokurikulum
Senarai kelab dan persatuan
- Persatuan Bahasa Tamil
- Persatua Bahasa Inggeris
- Persatuan Pelajar Islam
- Persatuan Bahasa Jepun
- Persatuan Sejarah
- Persatuan Geografi
- Persatuan Sains
- Persatuan Matematik
- Persatuan Seni
- Persatuan Kemahiran Hidup (Tingkatan 1-3)
- Kelab 1Malaysia
- Kelab Koperasi dan Pengguna
- Kelab SPBT
- Kelab Rukun Negara
- Kelab Peace
- Kelab Kembara & Rekreasi
- Kelab Siber
- Kelab CASA
- Kelab Fotografi
- Kelab CYA Robotik
- Kelab Prostar
- Kelab Reka Cipta dan F1
- Persatuan Badan Bahasa, Sastera dan Budaya (Tingkatan 6)
- Kelab ICT (Tingkatan 6)
- Kelab Galeri (Tingkatan 6)
Rumah sukan
- Chulan (Biru)
- Hogan (Hijau)
- Idris (Merah)
- Iskandar (Kuning)
- Jamil (Coklat)
- Sabki (Ungu)
Sukan dan permainan
- Sepak Takraw
- Ragbi
- Kelab Golf
- Hoki
- Badminton
- Tenis
- Kelab Ping Pong
- Bowling
- Kelab Petanque
- Kelab Memanah
- Kelab Catur
- Olahraga
- Bola Sepak
- Bola Baling
- Kelab Futsal (Tingkatan 6)
- Bola Jaring (Tingkatan 6)
- Bola Baling (Tingkatan 6)
Badan unit beruniform
- Pasukan Pancaragam
- Kadet Remaja Sekolah (KRS)
- Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Darat)
- Pasukan Pengakap
- Kadet Polis
- Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM)
- Taekwando
- Siswazah Pertahanan Awam Malaysia (Tingkatan 6)
- Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia (Tingkatan 6)
Old Cliffordians' Association
Carta Organisasi Sesi 2024-2026
PRESIDEN
YB Senator Dato’ Setia Hj. Salehuddin bin Saidin | Batch 1980
TIMBALAN PRESIDEN
Tn. Hj. Wan M. Azam bin Wan Ismail | Batch 1988
NAIB PRESIDEN I
Encik Chong Ka Foo | Batch 1999
NAIB PRESIDEN II
Tn. Hj. Al Sabri bin Ahmad Kabri | Batch 1985
NAIB PRESIDEN III
Encik Khairul Azar bin Omar | Batch 1994
SETIAUSAHA KEHORMAT
Encik Noorsyafiq bin Nazri | Batch 2003
BENDAHARI KEHORMAT
Encik V.M. Thiagarajan | Batch 1974
SETIAUSAHA EKSEKUTIF
Tn. Hj. Mohd Khairuddin bin Abdul Karim
BIRO WANITA
Encik Sharul Fikri bin Aznir | Batch 1999
BIRO PEMERKASAAN AHLI
Encik Razhari bin Ishak | Batch 1988
Encik Yogalingam A/L Karuppan | Batch 1977
BIRO PEMBANGUNAN AKADEMIK & KERJAYA
YBrs. Dr. Muhamed Jefferi | Batch 1986
Encik Razhari bin Ishak | Batch 1988
BIRO KEBAJIKAN, KEMASYARAKATAN & SOSIAL
Encik Mohd Rosdi bin Zainal Abidin | Batch 1988
Encik Haizulnizam bin Mokhtar | Batch 1993
BIRO SUKAN & REKREASI
Encik Abdul Raof bin Hj. Ahmad Zakaria | Batch 1997
Encik Shahrol Rosdi bin Yosof | Batch 1993
BIRO EKONOMI & PERNIAGAAN
Tn. Hj. Al Sabri bin Ahmad Kabri | Batch 1985
Encik Anuar bin Rasdi | Batch 1985
BIRO DANA
YBhg. Dato’ Ir. Shukri bin Muslim | Batch 1980
Encik R. Subramaniam | Batch 1983
BIRO PROJEK KHAS (HOKI)
Encik Muhamad Faiz bin Abd Aziz | Batch 1990
Tn. Syd Ahmad Azimin bin Syd Jamaluddin | Batch 1989
BIRO TUGAS-TUGAS KHAS
Encik Noor Azmi bin Ibrahim | Batch 1985
BIRO KOMUNIKASI KORPORAT
Encik Ahamed Fasharudeen bin Mohamed Farook | Batch 2016
Encik Mohd Noor Affendi bin Mohd Khairani | Batch 1982
Encik Iskandar Dzulkurnain bin Abdullah Azizi | Batch 1980
JURU AUDIT DALAM
Encik Noor Azam bin Yusof | Batch 1988
Tn. Syed Fairuz Wafa | Batch 1979
EX-OFFICIO
Pengetua SMK Clifford Kuala Kangsar
Alumni
- Sultan Yussuff Izzudin Shah Ibni Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah
- Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah Ibni Sultan Iskandar Kaddasullah
- Raja Muda Musa Ibni Sultan Abdul Aziz
- Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah
- Tun V. T. Sambanthan
- Tun Hamdan Sheikh Tahir
- Raja Tun Mohar Raja Badiozaman
- Tun Mohamed Suffian Mohamed Hashim
- Tun Syed Zahiruddin Syed Hassan
- Tan Sri Abdul Jamil Abdul Rais
- Tuan Syed Zainuddin
- Encik Yang Rashid
- Encik Mohamed Hanafiah bin Sulaiman
- Encik Soh Kai Jan
- Encik S. Murugiah
- Encik Nazirul Bin Naim
- Encik Mogen Selvaraja
- Encik Mohamed Aiedil Putera Bin Sulaiman (Penerima Anugerah Tuanku Canselor USAS 16)
- Encik Khairul Asri Khairul Faizin
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford
- Jalan Bendahara, Off Jalan Taiping
- Bandar Baru Kuala Kangsar,
- Kuala Kangsar 33000,
- Perak Darul Ridzuan, Malaysia
- Telefon = +60-5 7731 313
- Faks = +60-5 7731 314
Rujukan
Pautan luar
Koordinat: 4°46′20″N 100°56′19″E / 4.772094°N 100.938483°E