Sekolah Menengah Kebangsaan Buntong | |
---|---|
Lokasi | |
Persiaran Rishah (S) 1/1B, Desa Rishah, 30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Cerdas.Disiplin.Cergas. |
Ditubuhkan | Jun 2002 |
Nombor sekolah | 6052823242 |
Kod sekolah | AEA2060 |
Penuntut tingkatan enam | Tiada |
Kelas ditawarkan | Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) |
Bahasa pengantar | Bahasa Melayu |
Faks | 6052828242 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Buntong atau nama ringkasnya S.M.K. Buntong (SMKB), merupakan sebuah sekolah menengah yang bertapak di daerah Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini beralamat di di [1]Persiaran Rishah (S) 1/1B, Desa Rishah, Buntong, Ipoh, Perak Darul Ridzuan & sekolah ini di bawah pentadbiran Kinta Utara.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Buntong memiliki 661 pelajar lelaki dan 537 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1198 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru.2009
Pihak Jabatan Pelajaran (JPN) Perak melalui Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta telah menghantar En. John Devasagayam a/l Seeni sebagai care taker bagi membuka sekolah ini. Pihak PPD Kinta kemudiannya telah menghantar En. Wafasha Zili b. Mokhtar sebagai pembantu care taker.
Sekolah ini telah dibuka pada Jun 2002. Sebelum dibuka pihak PPD telah melantik En. John Devasagayam a/l Seeni sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, En. Wafasha Zili b. Mokhtar sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sementara jawatan Penolong Kanan Kokurikulum diamanahkan kepada En. Balaraman a/l Thirumalai. Jumlah guru pula adalah seramai 16 orang manakala murid seramai 261 orang.
Pada tahun 2003, En. Lau Swee Mun telah dilantik sebagai Pengetua SMK Buntong. Beliau bertugas dengan penuh dedikasi dan berjaya melakukan pelbagai pembaharuan di sekolah ini. Pada tahun 2007 En. Lau Swee Mun dinaikkan pangkat dan bertukar ke SMK Jalan Pasir Putih. Tempat beliau diambil alih oleh Pn. Nalini a/p Achuthan Nair. Di bawah kepimpinan Pn. Nalini, SMK Buntong telah berjaya menunjukkan kemajuan ketara dalam bidang akademik sehingga mencapai rekod 23 orang pelajar mendapat semua A dalam PMR 2010 dan 4 orang semua A dalam SPM tahun yang sama.
Semasa kepimpinan Pn. Nalini, semua Penolong Kanan yang dianggap sebagai pengasas sekolah ini telah dinaikkan pangkat oleh JPN Perak. Penolong Kanan pertama yang bertukar dan dinaikkan pangkat adalah En. Wafasha Zili b. Mokhtar. Beliau dilantik sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Ulu Kinta pada Mac 2010 dan seterusnya sebagai Nazir Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia pada Jun 2010. En. John Devasagayam a/l Seeni telah bertukar ke SMK Tanjung Rambutan pada Jun 2010 juga sebagai Penolong Kanan Pentadbiran sementara En. Balaraman a/l Thirumalai telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan HEM di SMK Sungai Pari pada 1 Januari 2011.
Pn. Nalini a/p Achuthan Nair telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua Kanan DG52 mulai 1 April 2011 dan ditukarkan ke SMK Perempuan Methodist. Jawatan beliau telah diganti oleh En. Manoharan a/l Letchumani iaitu Penolong Kanan Pentadbiran SMK Buntong.
Pada 2015, pengetua sekolah telah ditukar atas faktor persaraan En.Manoharan a/l Letchumani yang telah tamat berkhidmat sebagai pengetua sekolah & digantikan pula dengan pengetua dari SMK St. Micheal, Ipoh iaitu Dr. Rajendran Naidu a/l Kannayar.
Senarai Pengetua Sekolah SMK Buntong | Tahun menyandang jawatan |
---|---|
Lau Swee Mun | (2003-2007) |
John Devasagayam a/l Seeni | |
Pn. Nalini a/p Achuthan Nair | (2007-2011) |
En.Manoharan a/l Letchumani | (2011-2015) |
Dr. Rajendran Naidu a/l Kannayar | (2015-2022) |
Pencapaian
Antara alumni yang pernah mengharumkan nama negara adalah Aravinn Thevarr Gunasegaran, pemenang pingat gangsa Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam acara 200 meter bagi kategori lelaki. (https://www.youtube.com/watch?v=BP4a2aREt3U)
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Buntong
- Persiaran Rishah (S) 1/1B, Desa Rishah 30100, Ipoh
- Perak Darul Ridzuan, Malaysia
- Nombor telefon : +605-2823242
- Nombor faks: +605-2828242
Pautan luar
- ^ "SMK Buntong, Ipoh - Malaysia Education Directory". www.apac.com.my. Dicapai pada 2024-09-18.