Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Cermin | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Mentakab, 28400, Mentakab,, Pahang Darul Makmur![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Ilmu Penjana Wawasan |
Ditubuhkan | 2002 |
Nombor sekolah | 609-2771802 |
Kod sekolah | CEA7072 |
Pengerusi PIBG | En. Abdul Rahman bin Omar |
Pengetua | En.Khairulnizam Bin Ahmad |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn.Noriani Binti Abd Rahman |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En.Kamaruddin Bin Jalil |
Penolong Kanan Kokurikulum | En.Zailani |
Faks | 609-2771801 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Cermin atau nama ringkasnya SMK Bukit Cermin, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di kawasan bukit dalam kawasan perumahan Taman Bukit Cermin dalam daerah Temerloh, Pahang. Berada dalam laluan Temerloh ke Mentakab. Jarak dari Bandar Temerloh ialah sejauh 8 km dan 2.5 km dari Mentakab. Bersempadan dengan beberapa buah kampung kecil iaitu Kampung Bukit Tok Roh, Kampung Penak dan Kampung Chatin.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Cermin memiliki 220 pelajar lelaki dan 193 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 413 orang. Ia mempunyai seramai 32 orang guru.2009
Sejarah
Mula ditubuhkan pada tahun 2002 dan menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Mentakab sehingga Disember 2002. Berpindah ke bangunan sendiri pada Januari 2003. Pada awal penubuhan bilangan pelajarnya hanyalah seramai 135 orang yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu dan Dua manakala gurunya seramai 10 orang termasuk 3 orang Guru Penolong Kanan. Terdapat hanya 5 lima buah kelas ketika itu iaitu 3 kelas bagi Tingkatan Satu dan 2 kelas bagi Tingkatan Dua.
Pencapaian
Tiada
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Cermin
- Jalan Mentakab
- 28400, Mentakab
- Pahang, Malaysia
- Telefon = 6092771802
- Fax = 6092771801