3°02′37″N 101°37′34″E / 3.043541°N 101.62619°E
SMK Bandar Puchong Jaya (B) | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Jalan Tempua 3, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Daerah Petaling, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, sekolah kerajaan |
Moto | Disiplin, Usaha, Jaya |
Nombor sekolah | 0380620463 |
Kod sekolah | BEA8657 |
Pengetua | Puan Norwani binti Abdullah |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Nur Ilyani binti Ibrahim |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Ellina Idayu binti Omar |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Normiza binti Mohd Shohaimin |
Faks | 0380620487 |
Laman sesawang | smkbpjbictblog |
![]() |
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong Jaya (B) atau ringkasnya dikenali sebagai SMK Bandar Puchong Jaya (B) merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Selangor, Malaysia. Sekolah ini terletak di Jalan Tempua 3 dalam kawasan perbandaran Bandar Puchong Jaya dalam Daerah Petaling.[1][2][3] SMK Bandar Puchong Jaya (B) merupakan salah satu sekolah yang terletak di bawah authoriti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana.[2][3]
Kod sekolah bagi SMK Bandar Puchong Jaya (B) ialah BEA8657. Status sekolah ini merupakan sekolah yang terletak di kawasan bandar dan merupakan sekolah kerajaan. Pada Mac 2025, SMK Bandar Puchong Jaya (B) memiliki jumlah keseluruhan pelajar sebanyak 1308 orang.[2] Ia terdiri daripada pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Terdapat sebanyak 71 orang guru yang bertugas di SMK Bandar Puchong Jaya (B) pada bulan Mac 2025.[2]
Lokasi
SMK Bandar Puchong Jaya (B) terletak di Jalan Tempua 3 dalam kawasan perbandaran Bandar Puchong Jaya di kawasan poskod Puchong. Keduduka sekolah ini terletak di berdekatan dengan persilangan dua jalan raya iaitu Jalan Tempua 3 dan Jalan Tempua 5. Bangunan sekolah ini terletak bertentangan dengan Kondominium La Vista (La Vista Condominium) di belah utara. Terletak juga berhampiran dengan sekolah ini ialah IOI Mall Puchong Jaya, kawasan komersial Jalan Kenari, kawasan perdagangan 1 Puchong (1 Puchong Business Park), stesen LRT IOI Puchong Jaya, dan Apartmen Sri Kesidang.[1] Kedudukan koordinat geografi bagi SMK Bandar Puchong Jaya (B) pula terletak di 3°02′37″N 101°37′34″E / 3.043541°N 101.62619°E.[2]
Rujukan
- ^ a b "Peta Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong Jaya (B)". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ a b c d e "Senarai Sekolah Rendah dan Menegah Jun 2021". Kementerian Pendidikan Malaysia. 30 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 24 September 2022. Dicapai pada 30 Disember 2023.
- ^ a b "Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong Jaya (B), Puchong". APAC Directory (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Februari 2024.