Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Abdul Samad Johor Bahru, 80100, Johor Bahru, Johor Darul Takzim Malaysia | |
Koordinat | 1°28′42″N 103°44′40″E / 1.4782°N 103.7444°EKoordinat: 1°28′42″N 103°44′40″E / 1.4782°N 103.7444°E |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Belajar, Berilmu, Berbakti |
Nombor sekolah | 6072221293 |
Kod sekolah | JEB1003 |
Pengerusi PIBG | Dr. Nazry bin Yahya |
Pengetua | En. Mustaffa Kamal bin Idris |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En. Azmi bin Mohd Noor |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Faitiazwa binti Ahmad Zaini |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Azaiah binti Abdul Latip |
Faks | 6072214026 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki atau nama ringkasnya SABJB, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Abdul Samad.
Pada 2020, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 926 orang. Ia mempunyai seramai 87 orang guru.2020
Sejarah
Sekolah ini dinamakan sempena Aminuddin Baki, yang telah diberi nama sempena Aminuddin Baki (Bapa Pendidikan Malaysia).
1962
- Sekolah ini telah ditubuhkan. Pelajar lelaki telah dipindahkan ke Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB), Johor Bahru, pelajar perempuan telah dipindahkan ke S.M.K (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru.
1964
- Sekolah ini siap dibina dan sedia untuk digunakan. Ia dinamakan Sekolah Menengah Rendah
1968
- SABJB telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran, YB Encik Mohd. Khir Johari.
- Mata air diantara kedua-dua bangunan utama dibina dengan dana yang disumbangkan oleh para pelajar.
1970
- Pelajar tingkatan 4 telah diterima masuk ke sekolah.
1986
- SABJB meraikan jubli perak yang telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran, YB Datuk Abdullah Ahmad Badawi.
1988
- Dua kelas Tingkatan 6 (aliran sastera) telah ditubuhkan di SABJB.
2003
- Bekas pengetua, Puan Hajah Satia Binti Kassim, telah dilantik sebagai Pegawai Pendidikan Daerah (Pegawai Pendidikan Daerah), Johor Bahru, wanita pertama yang memegang jawatan tersebut.
2021
- Kelas UUM (Tasawwur Islam, Perniagaan) dibubarkan.
2022
- Kelas UIA (Tasawwur Islam, Perniagaan) dibubarkan.Batch 05 merupakan batch terakhir yang mengambil pakej tersebut.
Kini(2024)
- SABJB kini menawarkan tempat untuk murid tingkatan 1 hingga 6.Terdapat 5 pakej aliran tingkatan 4 & 5 yang boleh dipilih iaitu UM (Sains Tulen, Matematik Tambahan), USM (Sains Komputer, Prinsip Perakaunan), UKM (Sains Rumah Tangga, Perniagaan), UPM (Sains Rumah Tangga, Pendidikan Seni Visual), dan UTM (Pendidikan Seni Visual).Bagi tingkatan 6 pula terdapat
Lagu Sekolah
Sekolah Aminuddin Baki
Sekolah yang sangat ku cinta
Engkaulah pengasas kami
menuju hidup bahagia
Pada guru kami berseru
sedia menaburi ilmu
sehingga kami berjaya menuju ke menara gading
Kami kan berikrar
Tunai amanah ibu bapa
Kami kan belajar
Untuk jadi rakyat berguna
Pada Rukun Negara
kami tetap setia
Khidmat bakti guru semua
Kami sanjung selamanya
Pada ibu pertiwi
Kami tetapkan berbakti
Sekolah Aminuddin Baki
Sekolah yang sangat ku cinta
Engkaulah pengasas kami
menuju hidup bahagia
Pencapaian
2022
• Khairul Hasni bin Husaini mewakili SABJB dalam acara 100m L 18 Kejohanan MSSD JOHOR BAHRU Ke 54/2022 dan berjaya merangkul pingat emas.
2023
• Pasukan Kawad Kaki KRS SAB berjaya menjadi juara pada peringkat kebangsaan.
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki
- Jalan Abdul Samad
- 80100, Johor Bahru
- Johor, Malaysia
- Telefon = 6072221293
- Fax = 6072214026
ABU(Aminuddin Baki Ultras)
Aminuddin Baki Ultras ditubuhkan pada tahun 2023 dengan slogan "SAB dulu baru kamu".Kumpulan penyokong ini ditubuhkan oleh Capo Joe (5 USM) dan Capo Dam (5 USM).Tujuan kumpulan penyokong ini ditubuhkan adalah untuk memberi semangat kepada pemain-pemain yang mewaikili SAB dalam MSSD Bola Sepak.Maskot bagi kumpulan ini ialah Kala Jengking.
Kumpulan ini mula muncul buat pertama kalinya pada Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke-57 (2023).