Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya (SMAPUTRA) merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Putrajaya. SMAPUTRA merupakan SMKA ke-2 di Wilayah Persekutuan selepas Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur (SMAKL) yang ditubuhkan pada tahun 1988. Sekolah ini mempunyai program Tahfiz Modul Ulul Albab (TMUA)
Motto
Berilmu, Beriman, Berintegriti.
Berilmu
Bermaksud mengutamakan ilmu pengetahuan ke arah melahirkan modal insan kamil.
Beriman
Bermaksud berpegang teguh kepada nilai agama selaras dengan konsep sekolah menengah kebangsaan agama.
Berintergriti
Bermaksud menghayati kejujuran dan ketulusan serta sentiasa bertanggungjawab dalam menjaga nama baik sekolah daripada sebarang bentuk unsur yang negatif.
Sejarah
Penubuhan SMKA Putrajaya adalah berasaskan kepada desakan daripada masyarakat Putrajaya yang inginkan sebuah SMKA dibangunkan di Putrajaya.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya | |
---|---|
Lokasi | |
Putrajaya, Putrajaya, Wilayah Persekutuan![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) berstatus Sekolah Berasrama Penuh (SBP) |
Moto | Berilmu Beriman Berintergriti Melahirkan Teknokrat Mutadayyin Islam |
Ditubuhkan | 1 Januari 2011 |
Nombor sekolah | 03-88881678 |
Kod sekolah | WRA2001 |
Pengerusi PIBG | Prof Madya Dr. Azwadi bin Che Sidik |
Pengetua | 1.Tuan Hj. Othman Hashim (2011- Jun 2020)
2.Tuan Jamaluddin bin Yusoff (Jun 2020 - Mac 2024) 3.Tuan Nurul Amali bin Mohd Shamsudin (April 2024 - sekarang) |
GPK Pentadbiran dan Akademik | 1.Datin Hajjah Halizah Abdul Majid (2011- Jan 2020)
2.Puan Salmah Abdul Rani (2020 - 2022) 3.Puan Yusmahida Osman (2022 - sekarang) |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | 1.Samzini Abdullah (2011-2017)
2.Puan Salmah Abdul Rani (2018 - Jan 2020) 3. Encik Abdul Rashid Zainal (2020 -sekarang) |
Penolong Kanan Kokurikulum | 1.Puan Hajjah Roslah Mohd. Rani 2.Puan Hajjah Khaslinda Lahuri 2023 - Sekarang |
Faks | 03-88881679 |
Pada bulan Mac 2010, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pembukaan SMKA Putrajaya mulai 1 Januari 2011 di dalam mesyuarat susulan Jemaah Menteri, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Beberapa bahagian di KPM seperti di Bahagian Pendidikan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Aset mengadakan beberapa siri mesyuarat bersama dengan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP). Keputusan akhir mesyuarat menetapkan SMKA Putrajaya akan beroperasi sementara di SMK Putrajaya Presint 11 (2) mulai 1 Januari 2011 dan melibatkan 75 orang murid beserta 3 kelas.
Pada 16 Oktober 2010, Ketua Unit Pendidikan Islam PPWPP, Ustaz Samzini Abdullah dilantik sebagai caretaker 1 sekolah, diikuti oleh Pn. Halizah bt Abdul Majid dan Pn. Roslah bt Mohd Rani sebagai caretaker 2. Pada 16 Disember 2010, sesi pemilihan murid Imtihan Qabul telah diadakan di PPWPP dan seramai 100 orang murid telah terpilih ke sekolah ini. Sesi pendaftaran sekolah dan orientasi tingkatan 1 diadakan pada 30 Disember 2010. Pada 16 Januari 2011, Tuan Hj. Othman Bin Hashim,mantan pengetua SMKA Tun Juhar Sandakan(2007-2011), Sabah dilantik sebagai Pengetua SMAPUTRA dan mengambil alih pengurusan daripada barisan caretaker. Pengumuman pembukaan SMKA Putrajaya dibuat di laman web Perbadanan Putrajaya.
Setakat hari ini, sekolah ini mempunyai seramai kira-kira 700 orang murid dan 60 orang guru.
Lagu
- SMK Agama Putrajaya
- Menjana insan berakhlak mulia
- Putera puterinya berdisiplin sentiasa
- Mencipta insan yang berjaya
- Setiap langkah perjuangan bersama
- Demi agama, bangsa, negara
- Kami berikrar, kami berjanji
- Semangat waja menggapai cita
- Kecapi dunia akhirat
- Tarbiah insan mulia
- Berilmu, beriman, berintegriti
- Melahirkan teknokrat
- Mutadayyin Islam
- Mutadayyin Islam