Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Sungai Ramal Luar, 43000, Kajang, Hulu Langat, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama |
Moto | ILMU ITU NUR |
Ditubuhkan | 1977 |
Nombor sekolah | 03-87376300 / 011-58021206 |
Kod sekolah | BRA4001[1] |
Pengerusi PIBG | Muhammad Fahim Jamri |
Pengetua | Emir Al Hadi |
Lagu | وبالهدى جملتني
حليتني من صغري بكل خلق حاساني
بر كثر الميناني بعلمه زودني بنصحح أرشدني
يا أصل عيشي الحاني أن شاءتني مبركا لامتي ووطني |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Muhamad Afif Thaqif |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Muhamad Khaalish Iskandar |
Penolong Kanan Kokurikulum | Muhammad Dusuqi |
Faks | 03-87376295 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah atau nama ringkasnya SMKA Maahad Hamidiah, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sungai Ramal, Kajang, Selangor.
Pada 2010, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 915 orang. Ia mempunyai seramai 74 orang guru dan disokong oleh 13 orang kakitangan sekolah. SMKA Maahad Hamidiah merupakan salah sebuah sekolah yang dipilih sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan bagi Fasa 5.
Sejarah
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah mula ditubuhkan pada tahun 1977. 14 tahun sebelum diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah ini di bawah kelolaan Kerajaan Negeri dan Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri. Pada masa itu, SMKA Maahad Hamidiah dikenali dengan nama Sekolah Menengah Arab Pekan Kajang atau Sekolah Arab Kajang. Para pelajar pada masa itu berjumlah 121 dari tingkatan 1 hingga 4. Manakala kakitangan akademiknya adalah seramai 7 orang iaitu Encik Amir Khatim, Encik Tahar Husin, Puan Jemaah Saadon, Puan Saedah Sani, Puan Salihah Abdul Aziz, Puan Rohiyah @ Zainab Haji Taib dan seorang guru lagi. Pengetuanya yang pertama ialah 3umar
Pengasas sekolah ini ialah Ustaz Haji Abdul Hadi Abdul Hamid, yang berasal dari Sumatera, Indonesia. Beliau menubuhkan sekolah ini pada tahun 1963. Bangunan asal sekolah ini terletak di Batu 14, Cheras bertentangan dengan Masjid Jamek, Kajang. Bermula 16 September 1984, pentadbiran SMKA Maahad Hamidiah telah berpindah ke kawasan baharu yang bertempat di Jalan Sungai Ramal Luar, Kajang. Prestasi dalam bidang akademik dan kokurikulum pada tiap tahun adalah menggalakkan. SMKA Maahad Hamidiah adalah antara Sekolah Asrama Harian yang terbaik dan terunggul di negeri Selangor. Kini, sekolah ini mempunyai seramai 915 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga enam. Tenaga pengajar di sekolah ini pula seramai 74 orang dan disokong oleh 13 orang kakitangan sekolah.
Edify,2005
Lagu Sekolah
Versi Arab:
-يا معهدي-
يا معهدي علمتني
وبالهدى جملتني
حليتني من صغري
بكل خلق حاساني
كم فيك من معلم
بر كثر الميناني
بعلمه زودني
بنصحح أرشدني
تحية يا معهدي
يا أصل عيشي الحاني
أن شاءتني مبركا
لامتي ووطني
Versi rumi:
Wahai Maahadku-
Wahai Maahadku mendidikku
Hidayahmu mengindahiku
Sejak kecil menghiasku
Dengan akhlak yang baik
Betapa guru-gurumu
Penuh dengan kabajikan
Ilmunya menyuluhku
Nasihatnya membimbingku
Sejahteralah wahai Maahadku
Engkau telah menyempurnakan hidupku
Membangunkanku penuh keberkatan
Demi bangsa dan watanku
Pencapaian
- Bawah-15 dan Bawah-18 bola sepak mendapat johan dalam peringkat zon.
- Johan Keseluruhan Memanah Negeri Selangor 2010
- Pelajar Terbaik SPM Lelaki & Perempuan SMKA Peringkat Negeri Selangor 2010[2]
- Tempat Pertama SMKA Terbaik SPM 2010 Peringkat Negeri Selangor
- Kejohanan Debat Peringkat Kebangsaan
- Kejohanan Bola Sepak Peringkat Daerah Hulu Langat 2011
- Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Hulu Langat 2011
- Johan Pertandingan Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan Kali ke-7[3]
Alamat
- Alamat:
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah,
- Jalan Sungai Ramal Luar, Kajang, Selangor Darul Ehsan, 43000
- Telefon: 03-87376300
- Faks: 03-87376295
- E-mel: bra4001@btpnsel.edu.my
Rujukan
- ^ Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri
- ^ "(DOCX) dokumentasi anugerah cmerlang". dokumen.tips. Dicapai pada 2023-07-30.
- ^ "News Clipping". news.usim.edu.my. Dicapai pada 2023-07-30.