Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Miri مدرسة ميري الدينية الوطنية الثانوية | |
---|---|
Lokasi | |
Miri, 98000, Miri, Sarawak Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah agama, Sekolah kerajaan |
Moto | BERJIHAD DAN BERTAKWA الجهاد والخوف |
Nombor sekolah | 6085429436 |
Kod sekolah | YRA4101[1] |
Pengetua | Ahmad Fauzi bin Yaakob |
Faks | 6085429443 |
Laman sesawang | http://bppmis.com/?p=2339 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Jawi: مدرسة ميري الدينية الوطنية الثانوية) atau nama ringkasnya SMKA Miri, merupakan sebuah Sekolah menengah agama yang terletak di Peti Surat 1387, Miri. Sekolah agama ini ditubuhkan pada tahun 1985 di Sarawak.
Sejarah
MIRI adalah sebuah bandar kecil pada zaman 80-an dahulu.Melihatkan keadaan sekarang,Bandar Miri kini sudah jauh berbeza. Kemajuan pesat masa kini sedikit sebanyak memadam kedaifan masa lampau. Struktur masyarakat yang berbilang kaum dan agama memerlukan masyakarat Islam di Miri kuat dan teguh hati dalam menyemai nilai-nilai Islam yang indah bagi sempurna dalam kehidupan ini. Masyarakat Islam Miri pada masa kini harus banyak berterima kasih kepada mereka yang banyak berkorban dan berusaha ke arah menggemilangkan Islam di Miri.
Semenjak merdeka, Banyak sekolah menengah dibina di seluruh Negara dan khasnya di negeri Sarawak dengan tujuan untuk memberi peluang seluas-luasnya kepada penduduk negeri ini untuk menimba ilmu pengetahuan.Pada masa itu juga, sepanjang tempoh tersebut Negara juga bercita-cita mewujudkan sekolah beraliran agama di Negeri Sarawak ini di samping memenuhi tuntutan dan kehendak masyarakat Islam sendiri di negeri ini yang begitu sedar akan keperluan pendidikan Islam di mana sebelum ini telah lama diabaikan oleh pihak penjajah. Maka dengan ketegasan dan keberanian yang tinggi, kerajaan kita melalui Jabatan Pelajaran Sarawak telah mengambil langkah menubuhkan sekolah beraliran agama ini. Sekolah perintis telah ditubuhkan di Matang, bahagian pertama di Sarawak pada masa tersebut.
Penubuhnannya telah menunjukkan prestasi yang membanggakan di dalam arena pendidikan serta sokongan yang menggalakkan dari masyarakt Islam sendiri. Oleh itu, Jabatan Pelajaran telah berazam mendirikan lagi tiga buah sekolah agama di negeri ini memalu Projek Kilat 1984. Smk Agama Miri merupakan salah satu daripada 3 buah sekolah agama yang ditubuhkan pada tahun 1985 di Negeri Sarawak. Dengan adanya 3 buah sekolah ini menjadikan Smk Agama di Sarawak berjumalah 4 buah pada masa itu. Sekolah ini ditubuhkan pada 5 Januari 1985 dengan nama Sekolah Menengah Kerajaan Agama Miri ,tetapi pendaftaran pertama pelajarannya diadakan bermula 2 Januari 1985.
Dengan kewujudan sekolah ini di Miri diharap dapat memenuhi keperluan pendidikan khasnya pendidikan keislaman bagi anak-anak masyarakat Islam dari Bahagian Keempat dan Kelima."Maka dengan ketegasan dan keberanian yang tinggu, kerajaan kita melalui Jabatan Pelajarn Sarawak telah mengamibl langkah menubuhkan sekolah beraliran agama ini". Pada awal penubuhannya SMK Agama Miri Dipimpin oleh Pengetua pertamanya iaitu Encik Mahmood Bin Jalil bersama 8 orang tenaga pengajar dan 8 orang tenaga kakitangan sokongan. Cerita yang tersimpan di sebalik penubuhan sekolah ini agak menarik kerana semasa sekolah ini ditubuhkan, sekolah ini tidak mempunyai bangunan dan kawasannya sendiri. Hari pendaftaran pertama telah diadakan di SK Anchi dengan jumlah pelajar yang didaftar seramai 118 orang. Memandangkan bangunan sementara sekolah belum siap sepenuhnya, maka para pelajar dan guru dipindahkan ke Kolej Tun Dato' Tunku Haji Bujang Miri (KTDTHB) pada hari yang sama selepas taklimat. Pihak KTDHB telah banyak membantu sekolah ini sepanjang proses perpindahan tersebut.Pihak KTDHTB telah membantu menyedia dan meminjamkan kemudahan mereka seperti bilik guru, pejabat am, bilik-bilik darjah, asrama, rumah guru, dan berbagai kemudahan lain yang diperlukan oleh warga sekolah ini.
Sekolah ini menumpang sementara di kolej tersebut sementara menunggu bangunan sekolah siap dibina selama sepenggal dan kembali berpindah ke kawasan SK Anchi pada tarikh keramat 12 Mei 1985. Peristiwa ini merupakan salah satu sejarah yang tidak mungkin dilupakan bagi warga SMK Agama Miri khasnya para pelajar dan guru-guru perintis sekolah ini kerana pengalaman menumpang di Kolej Tun Dato' Tunku Haji Bujang merupakan suatu tempoh yang penuh mencabar. Cabaran kerana menumpang tempat tidur, tempat belajar dan mengajar, tempat makan serta menumpang segala-galanya. Dalam tempoh tersebut pelajar dan guru merasakan keadaan itu sangat menguji diri. Namun tidak disangkal bantuan dari pihak Kolej Tun Dato' Tunku Haji Bujang terlalu besar dan sangat dihargai. Semenjak Berpindah ke kawasan Sekolah Rendah Kerajaan Anchi, barulah pelajar dan tenaga pengajarnya berasa sedikit selesa walaupun masih berkongsi kawasan. Sekolah ini masih banyak kekurangan dari segi kemudahan fizikal dan kemudahan asas.
Antara kemudahan fizikal yang ada pada masa itu ialah 2 blok untuk kelas, 1 blok Makmal Sains(rendah), 4 blok asrama, 2 blok flat guru, 1 blok dewan makan merangkap Dewan Serbaguna,2 buah gelnggang permainan (satu dipecahkan untuk pembinaan tapak surau) dan meminjam tingkat bawah blok Sekolah Anchi untuk Pejabat Am dan perpustakaan. Namun selepas perpindahan itu SMK Agama Miri menjalani dua sesi pengajian iaitu sesi pagi untuk pelajar Tingkatan 3 hinggan Tingkatan 6 dan sesi petang untuk pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.Projek menambah kemudahan fizikal bermula pada tahun1991 dengan pembinaan Makmal Sains (atas) dan 1 blok Surau. Manakala rancangan pembangunan jangka panjang sekolah telah dimasukkan mamlaui Rancamngn Malaysia ke-6 dan tapak kawasan baru sekolah telah dikenalpasti.
Pada akhir tahun 1999, bangunan sekolah baru di Kampung Tukau, Miri siap sepenuhnya dan kerja-kerja pemindahan guru yang melibatkan para pelajar serta guru dan kakitangan sokongan telah dibuat. Tanggal 17 Januari 2000, bermulalah satu detik bersejarah di mana bangunan baru SMK Agama Miri yang ditunggu-tunggu selama ini oleh semua warga sekolah telah memulakan sesi pengajiannya secara rasmi. Bangunan sekolah ini yang besar dan canggih serta lengkap dengan segala kemudahan dan menelan belanja hampir RM35 juta. Lokasinya di Tukau,Jalan Bakam, 15 kilometer dari Bandar Miri.
Pada tahun ini juga merupakan tahun pertama sesi persekolahan dijalankan di tapak baru sekolah dan juga kali pertama sejak sekian lama, waktu persekolahan diseragamkan kepada saru sesi sahaja. Kemudahan fizikal di sekolah baru ini jauh berbeza dari sekolah lama. Antara kemudahan yang disediakan ialah bilik-blik kelas yang luas dan selesa, makmal-makmal yang canggih dan lengkap dengan peralatan seperti makmal sains, makmal komputer dan makmal-makmal lain seperti makmal Biologi, Fizik, dan Kimia. Sebuah masjid yang besar dan indah, asrama-asrama yang luas dan selesa, dewasn makan, dewan sekolah, bilik APD,perpustakaan, makmal-makmal Kemahiran Hidup yang mencukupi dan tempat bersukan yang lengkap dan banyak turut disediakan. Peralatan dan perabot yang baru juga telah dibekalkan untuk kemudahan warga sekolah ini.
Bangunan sekolah ini pada mulanya adalah terdiri daripada 3 unit untuk pejabat am dan bilik guru, 1 blok bilik darjah, 1 makmal sains paduan, 2 blok asrama iaitu asrama puteri (Aspuri Siti Khadijah) dan asrama putera (Aspura Al-Fateh) , 1 blok dewan makan, 1 blok rumah guru, 2 buah gelanggang permainan dan 2 blok 'Ablution Block'. Sebelum dibina surau, dewan makan atau dewan besar telah dijadikan sebagai tempat solat para pelajar. Namun apabila pelajar semakin bertambah, gelanggang tenis telah dijadikan tempat untuk solat berjemaah. Ini kerana warga sekolah ini diterapkan dengan prinsip bahawa kekurangan itu bukanlah penghalang perkara utama yang menghalang untuk melakukan aktiviti seharian. Seiring dengan pertambahan para pelajar, maka bangunan lain juga semakin ditambah seperti blok asrama telah ditambah 2 blok lagi iaitu 1 blok untuk asrama lelaki dan 1 blok untuk asrama perempuan, 1 blok makmal iaitu 1 unit makmal am rendah dan 1 unit bagi makmal kimia dan amali. Begitu juga dengan bangunan surau telah dibina di atas tapak gelanggang bola keranjang dan blok kediaman guru telah dibina 1 blok algi yang mempunyai 6 unit.
"Mengimbas sejarahnya, sememangnya diakui segala kepayahan lalu sudah terbalas kini. Semoga pada masa akan dating akan membawa lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan pada sekolah ini, juga pelajar dan tenaga pengajarnya akan terus mengharumkan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri di persada dunia". Setelah mencapai usia 25 tahun penubuhannya, lihatlah SMK Agama Miri sekarang. SMK Agama Miri kini telah menjadi salah sebuah sekolah yang ternama di Sarawak dengan kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Mengimbas sejarahnya, sememangnya diakui segala kepayahan lalu sudah terbalas kini. Semoga pada masa akan datang akan membawa lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan pada sekolah ini, juga pelajar dan tenaga pengajarnya akan terus mengharumkan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri di persada dunia.
Visi
"PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA"
Misi
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
- Peti Surat 1387, Miri
- 98007, Miri
- Sarawak, Malaysia
- Telefon = +6085429436
- Fax = +6085429443
Rujukan
Pautan luar
Koordinat: 4°17′55″N 113°57′22″E / 4.298654°N 113.956235°E