Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil | |
---|---|
Lokasi | |
Bt 14, P Pos Hulu Langat, HULU LANGAT, Selangor![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | CERGAS BERDISIPLIN DIHORMATI |
Nombor sekolah | 0390211332 |
Kod sekolah | BEA4606[1] |
Pengerusi PIBG | Pak Rashid |
Pengetua | Encik Mohd Jamil bin Abdul Hamid |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Zarinah bt Ismail |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Wan Norma bt Wan Pi |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Nurisma bt Ismail |
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang Petang | Encik Ahmad Nazrin bin Mohd Rosli |
Faks | 0390214452 |
Laman sesawang | http://1smaja.blogspot.com/ |
Sejarah
Sejarah SMKAJ bermula pada awal 1965 apabila bermulanya kelas Darjah Menengah menumpang di tiga buah sekolah Kebangsaan iaitu:
- Sekolah Kebangsaan Ulu Langat
- Sekolah Kebangsaan Dusun Tua
- Sekolah Kebangsaan Lubuk Kelubi
Pada 8 Januari 1968, sebanyak 233 orang pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 Darjah Menengah tersebut telah ditempatkan di sebuah blok bangunan sendiri yang dinamakan Sekolah Menengah Ulu Langat (SMKUL) yang dibina di atas tapak seluas 3 ekar.
Sejak dari tarikh tersebut SMKUL merupakan sekolah menengah yang menampung pelajar-pelajar lepasan darjah enam daripada sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan di Mukim Hulu Langat.
Kemudian pada 1 Jun 1976, sekolah ini yang terdiri daripada 3 blok bangunan, telah dibuka dengan rasminya oleh Menteri Besar Selangor Dato' Hormat bin Rafee dengan nama baru iaitu Sekolah Menengah Abdul Jalil (SMAJ). Seterusnya pada 13 Mei 1991, Dato' Muhammad Bin Muhammad Taib, Menteri Besar Selangor ketika itu, telah merasmikan dua blok bangunan tambahan. Ini menjadikan SMAJ lebih besar dan selesa dengan lima blok bangunan kesemuanya. Pada tahun 1998, sekolah ini sekali lagi sekolah ini bertukar nama kepada nama sekarang atas arahan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Visi
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
Misi
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
Lagu
- Sekolah Menengah Abdul Jalil
- Mendukung cita-cita
- Belajar, berusaha, berjaya
- Berdisiplin setiap masa
- Tuntut ilmu bersopan
- Setia semangat waja
- Hormat mulia berbudi
- Agama negara
- Guru dan ibu bapa
- Sekolah Menengah Abdul Jalil
- Mendukung cita-cita
- Belajar, berusaha bekerja
- Berdisiplin setiap masa
Muzik oleh Nazri Ahmad JA, lirik oleh Adnan Kamis .
Pentadbiran
- Pengetua : Pn. Wan Norma bt Wan Pi
- Penolong Kanan : Pn. Zarinah bt Ismail
- Hal-Ehwal Murid : En. Mohd Jamil bin Abdul Hamid
- PK Kokurikulum : Pn. Nurisma bt Ismail
- Penyelia Petang : En. Ahmad Nazrin bin Mohd Rosli
- Guru Kanan Bahasa : Pn. Hanani bt Awang
- Guru Kanan Sains dan Matematik : Pn. Johana bt Ramli
- Guru Kanan Kemanusiaan : Pn. Ariza bt Ariffin
- Guru Kanan Teknik dan Vokasional : Pn. Faridah bt Mohamed Bari
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil,
- KM22, Jalan Hulu Langat,
- 43100 Hulu Langat.
- Selangor, Malaysia.
- Telefon = 390211332
- Fax = 390214452
Rujukan
Pautan luar
Website sekolah : http://1smaja.blogspot.my
Telegram :
https://t.me/infosmaja