Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist | |
---|---|
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6095131989 |
Kod sekolah | CEB4034 |
Faks | 6095133469 |
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist, Kuantan atau nama ringkasnya MGSS (Methodist Girls' Secondary School), merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Gambut, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Sekolah ini merupakan sekolah bantuan kerajaan (SBK) dan mula beroperasi sejak tahun 1938.
Pada tahun 2022, Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist, Kuantan mempunyai seramai 442 pelajar perempuan dan merupakan sekolah satu sesi. Terdapat seramai 42 orang guru. 20 buah kelas beroperasi di sekolah ini. Puan Josephine Hezrin binti Azhar merupakan pengetua MGSS sejak 17 November 2021, bersama barisan kepimpinan Encik Hazliman bin Ibrahim (PK Pentadbiran), Puan Rosita binti Mat Dahan (PK Hal Ehwal Murid) dan Puan Noorishah binti Zaidon (PK Kokurikulum).
Niche area MGSS merupakan pasukan Pancaragam Sekolah "Methodisian de' Quantanz" yang merupakan trademark bagi MGSS. Selain daripada itu, barisan Pengawas Sekolah juga menjadi kebanggaan warga MGSS. MGSS juga mempunyai rekod pencapaian akademik yang baik, terutamanya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Moto serta tagline MGSS ialah "From Darkness To Light", "Making Great Successes" dan "Sekolah Harian Biasa, Pencapaian Luar Biasa".
Sejarah
Sekolah Perempuan Methodist Kuantan telah ditubuhkan pada tahun 1938. Pembukaannya dirasmikan oleh Rev. Abel Ekland. Guru besar pertamanya ialah Cik Mary Olson. Pada masa itu, kelas-kelasnya adalah di sebuah Kelab Cina, Jalan Bukit Ubi, Kuantan.
Semasa Perang Dunia Kedua, sekolah ini telah ditutup (1941-1947). Selepas dibuka semula, kelas-kelasnya ditempatkan di Sekolah Abdullah dan kemudiannya dipindahkan ke Jalan Gambut. Bangunannya pada masa itu hanyalah dua bekas khemah atau bangunan tentera Jepun. Pada tahun 1951, dua unit bangunan konkrit didirikan yang boleh memuatkan 243 orang murid. Sebuah lagi bangunan konkrit siap dibina pada tahun 1962. Sejak itu, sekolah diasingkan kepada dua bahagian iaitu rendah dan menengah.
Sekolah Menengah (P) Methodist mendapat dua buah lagi bangunan dua tingkat yang dilengkapi perpustakaan, makmal sains dan kelas-kelas. Pada tahun 1976, kelas tingkatan 6 Sastera mula dibuka. Isu kekurangan kelas telah diatasi setelah blok baru yang mengandungi 6 kelas siap dibina pada tahun 1994. Tambahan dua buah kelas lagi (ubah suai) disiapkan pada tahun 2002. Makmal Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah mula beroperasi pada tahun 2003. Bangunan Pancaragam SMK (P) Methodist - Public Bank Berhad pula telah siap dibina pada awal 2007 dan perasmiannya disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang pada 7 April 2011.
Alamat Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist
- SMK (P) Methodist
- Jalan Gambut
- 25000, Kuantan
- Pahang, Malaysia
- Telefon : 609 5131989
- Emel : ceb4034@moe.edu.my