Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Dungun Jalan Sura Jeti, Dungun, Malaysia, Dungun, Terengganu Darul Iman Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kerajaan Negeri, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan |
Nombor sekolah | 6098483421 |
Kod sekolah | TFT1002[1] |
Pengetua | Ust Azli bin Musa |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Encik Kahiri bin Talib |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Mustaffa bin Ngah |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Edawati binti Omar |
Faks | 6098482514 |
Laman sesawang | www.smid.edu.my |
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun atau nama ringkasnya Imtiaz Dungun, "IDUN", "SMID", ”iDexs” merupakan salah sebuah Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu yang memulakan operasi pada tahun 2005 dengan pengetua pertama iaitu Encik Mazlan bin Che Wil yang kini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Imtiaz, Yayasan Terengganu
Sekolah ini mempunyai 2 bahagian iaitu Imtiaz A (atas) yang terletak di Jalan Teluk Lipat, Kompleks Sura Jeti, Dungun dan Imtiaz B (bawah) yang terletak di Jalan Sura Jeti, Dungun.
Sekolah ini juga diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Kebitaraan Memanah dan Bahasa Arab
Sejarah
Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Dungun merupakan salah sebuah sekolah yang diilhamkan oleh bekas Menteri Terengganu iaitu Y.A.B. Dato’ Seri Idris bin Jusoh pada tahun 2005 bagi melahirkan generasi ULUL ALBAB (Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik). Pembelajaran di Sekolah Menengah IMTIAZ YT Dungun dibahagikan kepada 3 kurikulum iaitu Kurikulum Kebangsaan (Akademik), Kurikulum Agama (Diniyyah/I’dadi) dan Program Hafazan Al-Quran.
Pada tahun 2007, Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Dungun terbahagi kepada 2 premis bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat. Sekolah Menengah IMTIAZ Atas terletak di Kompleks Sura Gate yang beralamat di Jalan Teluk Lipat Dungun. Ia menempatkan pelajar tingkatan 4 dan 5. Sekolah Menengah IMTIAZ Bawah terletak di Jalan Sura Jeti Dungun yang menempatkan pelajar tingkatan 1, 2 dan 3.
Sesi persekolahan di IMTIAZ bermula jam 7.40 pagi dan tamat pada jam 4.30 petang. Pengambilan pelajar adalah berdasarkan keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pelajar yang memohon akan menjalani proses temu duga hafazan dan temu duga personaliti.
SM Imtiaz YT Dungun juga pernah mewakili negeri Terengganu Darul Iman ke Pertandingan Choral Speaking Sekolah-sekolah Menengah seperti pada Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan 2014 Piala Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin dan Pertandingan Bicara Berirama Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan 2016.
Alamat
- Sekolah Menengah Imtiaz
- Dungun Jalan Sura Jeti, Dungun, Malaysia
- Terengganu Darul Iman, Malaysia
- Telefon = 6098483421
- Faks = 6098482514