Sekolah Menengah Agama Maahad Nurul Fadzliah | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Kampung Kelimat, 31120, Sungai Siput (U),, Perak Darul Ridzwan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN |
Moto | BERILMU BERAMAL BERTAQWA |
Nombor sekolah | 6055912248 |
Kod sekolah | AFT4003 |
Pengerusi PIBG | TN ABU HANIFAH B HASSAN |
Pengetua | TN HJ WAN AHMAD SALAHUDDIN BIN WAN AHMAD RAFAII |
GPK Pentadbiran dan Akademik | UST MOHD ZAMRI B. A. RASHID |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | PN HJH MAZNEY BT IBRAHIM |
Penolong Kanan Kokurikulum | UST HJ MOHD MIZWAN B MOHAMAD |
Faks | 6055912248 |
Sekolah Menengah Agama Maahad Nurul Fadzliah atau nama ringkasnya SMA Maahad Nurul Fadzliah, merupakan sebuah Sekolah menengah agama yang terletak di Kampung Kelimat (Kira-kira 14 KM dari Bandar Sungai Siput dan 31 KM dari Bandaraya Ipoh)
Pada 2009, Sekolah Menengah Agama Maahad Nurul Fadzliah memiliki 72 pelajar lelaki dan 44 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 116 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru. Kini, Maahad Nurul Fadzliah semakin berkembang maju. Setiap tahun Maahad ini menerima pemohonan yang banyak untuk kemasukan ke tingkatan satu hinggakan pihak atasan perlu membuat tapisan yang rapi.
Buat masa ini Maahad Nurul Fadzliah masih menawarkan 9 subjek sahaja di peringkat SPM. 9 subjek tersebut adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Sains, Matematik, Perniagaan, Sejarah, Pendidikan Quran Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah.
Sejarah
Idea penubuhan telah dicetuskan oleh allahyarham Dato’ Haji Fadhil bin Haji Harun, ahli dewan undangan negeri Lintang pada mesyuarat UMNO cawangan Sungai Siput Utara pada tahun 1992.
Cadangan penubuhan Maahad Nurul Fadzliah disokong sebulat suara oleh ketua-ketua UMNO cawangan yang hadir. Pada asalnya Maahad Nurul Fadzliah ini ditubuhkan di Kampung Karai, Enggor, Kuala Kangsar Perak pada bulan Januari tahun 1993 dengan menggunakan bangunan Sekolah Agama Rakyat Al-dinniah, Karai. Disebabkan sambutan yang tidak menggalakkan oleh masyarakat maka penubuhan Maahad Nurul Fadzliah ini tidak dapat direalisasikan pada tahun tersebut.
Pada pertengahan tahun 1993 penubuhan Maahad Nurul Fadzliah kembali disuarakan oleh allahyarham Dato’ Haji Fadhil bin Haji Harun pada perjumpaan dengan ketua-ketua UMNO bahagian Sungai Siput Utara. Ustaz Samsudin bin Muhammad Lazim mencadangkan agar penubuhan Maahad Nurul Fadzliah di buka di Kampung Kelimat dengan menumpangkan bangunan Sekolah Agama Rakyat Al-Zainiah Kampung Kelimat dengan menumpang bangunan Sekolah Agama Rakyat Rakyat Al-Zainiah Kampung Kelimat, Sungai Siput Utara, Perak. Ustaz Samsudin pada ketika itu memegang jawatan guru besar di sekolah berkenaan. Maahad Nurul Fadzliah dapat direalisasikan penubuhannya apabila pada awal Januari 1994 seramai 27 orang pelajar menduduki ke tingkatan satu.
Bukan sesuatu yang mudah untuk menubuhkan sekolah yang segalanya bermula dengan kosong yakni tanpa bangunan sendiri, tanpa kewangan yang kukuh, namun kerjasama yang erat antara pengetua Ustaz Musa Bin Pandak Mat Arif, Ustaz Samsudin Bin Muhammad Lazim selaku penolong kanan pentadbiran serta dua lagi tenaga pengajar pada ketika itu iaitu cikgu Faridah Binti Muhammad Kamaruddin, Ustaz Bahari Bin Mahyiddin serta bantuan yang diberikan oleh Allahyarham Dato’ Haji Fadhil Bin Haji Harun selain bantuan dari masyarakat setempat impian penubuhan Maahad Nurul Fadzliah ini menjadi realiti.
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Menengah Agama Maahad Nurul Fadzliah
- Kampung Kelimat
- 31120, Sungai Siput (U)
- Negeri Perak, Malaysia
- Telefon = 6055912248
- Fax = 6055912248