Sekolah Kebangsaan Tapang | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6097651173 |
Kod sekolah | DBA1102 |
Faks | 6097641660 |
Sekolah Kebangsaan Tapang atau nama ringkasnya SK Tapang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Abdul Kadir Adabi.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tapang memiliki 573 pelajar lelaki dan 516 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1089 orang. Ia mempunyai seramai 62 orang guru.2009
Sejarah
Pada 1 September 1946, Tuan Haji Ishak Bin Haji salleh yang merupakan anak jadi Kampung Tapang telah mengadakan suatu perjumpaan dengan penduduk Kampung Tapang bagi menubuhkan sebuah sekolah. Hasil daripada permuafakatan itu, maka pada 5 September 1946 terbentuklah sebuah sekolah iaitu Sekolah Melayu Rakyat Tapang dengan bilangan murid seramai 32 orang.
Pada tahun 1949, jawatankuasa sekolah serta para ibubapa telah berusaha mendirikan bangunan tambahan yang beratapkan nipah, berdindingkan buluh dan berlantaikan tanah bagi tujuan menampung bilangan murid yang bertambah kepada 116 orang serta tiga orang guru.
Menjelang akhir tahun 1949, Sekolah Melayu Rakyat Tapang telah didaftarkan semula dibawah Penguasa Pelajaran Kelantan. Guru-guru di sekolah tersebut menerima bantuan daripada Pejabat Pelajaran Kelantan. Pada 30 Ogos 1953, bangunan baru sekolah telah dibina di tanah Lot 1418 tapak bangunan lama JKR 4 (masih ada sehingga kini). Pembinaanya dibiayai oleh RIDA. Seterusnya, pada tahun 1962 Sekolah Melayu Rakyat Tapang telah diterima menjadi sekolah bantuan penuh kerajaan dan dinamakan Sekolah Kebangsaan Tapang.
Setelah melalui pelbagai kepayahan disertai dengan kegigihan jawatankuasa , para guru serta kerjasama para ibu bapa maka pada tahun 1981, terbinalah sebuah bangunan baru dua tingkat bagi menampung bilangan murid yang terus meningkat.
Sesungguhnya, berkat kerjasama semua pihak lahirlah Sekolah Kebangsaan Tapang yang menjadi pusat pengajian rendah yang terulung dan terus berkembang maju di Kampung Tapang sehingga kini.
Pencapaian
Melahirkan pelajar-pelajar yang berwibawa dan berwawasan
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Tapang
- Jalan Abdul Kader Adabi
- 15200, Kota Bharu
- Kelantan, Malaysia
- Telefon = 6097651173
- Fax = 6097641660