Teks tebal
Sekolah Kebangsaan Sungai Sampo | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Kampung Sungai Sampo, 72120, Bandar Seri Jempol,, Negeri Sembilan Darul Khusus Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Autoriti pendidikan | PPD JEMPOL DAN JELEBU |
Nombor sekolah | 6064685388 |
Kod sekolah | NBA6008 |
Pengerusi PIBG | EN.ATAN BIN YAMAN |
Guru besar | MUHAMAD FARIZ BIN SALIM |
Warna | Warna Kuning : Melambangkan kesetiaan kepada Raja dan Negara
Warna Hitam : Melambangkan semangat keberanian dan berjiwa kental Warna Hijau : Melambangkan keindahan dan keharmonian 3 Gelung : Melambangkan kerjasama untuk kecemerlangan bidang sukan dan kokurikulum. Buku Terbuka dan Mata Pena : Melambangkan sumber ilmu |
Slogan | ILMU KEKAYAAN ABADI |
Lagu | SKSS maju bersama
Mendidik dan berjaya Murid dan guru berganding sama Jayakan wawasan kita SKSS membentuk diri Harapan negara kami penuhi Kami lalui dengan berani Dengan semangat dan hati-hati Usaha gigih tekun belajar Ilmu kekayaan abadi Usaha gigih tekun belajar Ilmu kekayaan abadi |
GPK Pentadbiran dan Akademik | ZAINI BIN NGAI SENIN |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | MURAD BIN YUK YOK |
Penolong Kanan Kokurikulum | ZUHATA BIN MOHD BASRI |
Faks | 6064685387 |
Sekolah Kebangsaan Sungai Sampo atau nama ringkasnya SK Sungai Sampo (OA), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Sungai Sampo.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sungai Sampo memiliki 81 pelajar lelaki dan 82 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 163 orang. Ia mempunyai seramai 18 orang guru.2009
Sejarah
SK Sungai Sampo berada di dalam perkampungan Orang Asli Kg.Sungai Sampo. Ia terletak kira-kira 28km dari pekan Bahau. Sekolah ini ditubuhkan pada April 1972 di atas tanah rezab Orang Asli. Di awal penubuhannya sekolah ini hanya mempunyai satu teres bangunan kayu , sebuah dewan makan dan 2 bangunan asrama yang mempunyai 2 dorm dan juga pejabat asrama. Asrama berkapasiti rendah ini pada awalnya di bawah pemantauan dan kendalian Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) sehingga tahun 1990 sebelum diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS).
SK Sungai Sampo menjadi tempat untuk menimba ilmu bagi murid-murid sekitarnya dan juga murid Orang Asli dari kampung berhampiran seperti Kg.Sungai Lui, Kg.Sungai Sot dan juga Kg.Pos Iskandar ,Bera Pahang. Sekolah ini telah menerima perubahan dari segi infrastruktur dan juga kemudahan serta setanding dengan sekolah-sekolah yang lain. Kini, sebagai salah sebuah sekolah rendah yang mempunyai asrama harian ia turut menempatkan murid-murid Melayu dari Kg.Serampang Indah (Kg.GATCO), Felda Serting Hilir, Felda Lui Selatan juga murid-murid lain sekitar daerah Jempol.
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Sungai Sampo
- Kampung Sungai Sampo
- 72120, Bandar Seri Jempol
- Negeri Sembilan, Malaysia
- Telefon = 606-4685388
- Fax = 606-4685387