Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf | |
---|---|
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | SIT OPTIMUM |
Kod sekolah | ABB2090 |
Pengerusi PIBG | En Mohd Razif bin Tan Nazis |
Pengetua | Encik Yusri bin Zainol Abidin |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Seniyati @ Rahayah Binti Daeng |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Muhammad Zaki Bin Rejab |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Mohd Rosdi Bin Mat Radzi |
Faks | 6053657355 |
Laman sesawang | http://sksultanyussuf.weebly.com |
Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf atau nama ringkasnya SK Sultan Yussuf, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Pusing.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf memiliki 1078 pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1098 orang. Ia mempunyai seramai 83 orang guru.2009
Sejarah
Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf telah ditubuhkan pada tahun 1907 sebagai sekolah persendirian Inggeris yang tunggal di daerah Batu Gajah. Bangunan asal sekolah terletak di Jalan Mat Saman dan telah didirikan oleh seorang dermawan yang terkemuka, En. K.Malaipermal Pillai. Ketika itu, murid-murid sekolah ini hanya terdiri daripada anak-anak jiran beliau seramai 30 orang dan dikendalikan oleh 3 orang tenaga pengajar dari Taiping yang terdiri dari K. Mudalir, S. Rajaratnam dan Krishnan Iyer.
Pada peringkat awal diasaskan, sekolah ini hanya menawarkan pendidikan sehingga darjah tiga sahaja. Selama tiga tahun segala kos pentadbiran sekolah dibiayai sepenuhnya oleh K. Malaiperumal Pillay. Namun pertambahan bilangan murid serta kekurangan kakitangan sekolah memaksa beliau mengambil keputusan menyerahkan pentadbiran English School, Batu Gajah kepada pihak kerajaan British. Pada 4 Ogos 1910 dibawah tadbiran En. J.H.D. Oliveire dari Sekolah Anderson Ipoh. Secara rasminya ini bermakna sekolah ini telah disearahkan pentadbirannya kepada pihak kerajaan kerana pada waktu ini pihak British yang memegang tampuk pemerintahan. Serentak dengan proses pengambilalihan tersebut, nama sekolah ditukarkan kepada "Government English School (G.E.S) Batu Gajah" dan mula menempa nama dengan pelbagai kemajuan dan menawarkan pendidikan sehingga darjah empat sehinggalah tahun 1913 pendidikan sehingga darjah enam ditawarkan.
Apabila British menyerah kalah kepada kuasa Jepun pada 15 Febuari 1942, bermulalah era baru dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu. Pentadbiran Jepun mengamalkan dasar pengharaman pelajaran Inggeri di sekolah-sekolah seluruh Tanah Melayu. Selaras dengan dasar pelajaran pihak Jepun, G.E.S Batu Gajah dijadikan sebuah sekolah Bahasa Jepun atau "NIPPONGO GAKKo". Kurikulum pada ketika itu meliputi pengajaran Bahasa Jepun, nyanyian lagu patriotik negara Jepun dan latihan jasmani atau Taiso dan pekebunan. Pendudukan Jepun mengakibatkan banyak peralatan G.E.S Batu Gajah musnah. Perbuatan mencuri oleh tentera Jepun berlaku secara berleluasa. Pihak Jepun telah merampas peralatan dan barangan yang berharga termasuklah papan tanda diperbuat daripada tembaga yang mencatatkan nama K. Malaiperumal Pillay sebagai pengasas sekolah. Fail-fail penting sekolah dibakar oleh tentera Jepun.
Selepas era pendudukan Jepun berakhir sekolah dibuka semula pada 10 Oktober 1945. Sejak dibuka semula, masalah utama yang dihadapi ialah kekurangan kemudahan asas dan peralatan persekolahan. Ramai murid yang terpaksa duduk di lantai sewaktu sesi pembelajaran. Kekurangan buku teks merupakan satu lagi masalah yang begitu meruncing. Kekurangan kemudahan pengangkutan turut dihadapi oleh ramai murid dan guru. Pihak British Military Administration (BMA) telah menyediakan lori dan trak untuk membawa murid-murid yang tinggal di Siputeh, Papan, Tanjung Tualang dan Lahat. Akibat perang, ramai murid-murid yang menanguhkan persekolahan mereka. Kesannya, apabila dibuka semula pada tahun 1945, ramai murid-murid yang mendaftar diri melebihi had umur yang ditetapkan. berdasarkan rekod, ramai dilkalangan murid darjah 1 berumur diantara lapan hingga sembilan tahun.
Dalam aspek infrastruktur bangunan sejak dari tahun 1950 lagi sekolah ini terpaksa menyewa bangunan di sekitar daerah Batu Gajah untuk menampung masalah kekurangan bilik darjah. Jarak kedudukan antara satu bangunan lain adalah kira-kira setengah batu ke satu batu. Pada tahun 1954 sebuah bangunan baru telah didirikan, tapaknya tidak berapa jauh dengan bangunan yang ada dan dirasmikan pembukaannya oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Yussuf iaitu Sultan Perak pada masa itu. Sempena istiadat perasmian tersebut sekolah ini diberi nama Sekolah Sultan Yussuf, Batu Gajah, sempena nama baginda. Oleh kerana pertambahan enrolmen murid yang drastik, pihak Jabatan Pelajaran Perak telah mendirikan dua buah bangunan sementara pada tahun 1963 dan tahun 1964.
Dalam tahun 1956, selaras dengan Penyata Razak yang diperkenalkan, sekolah ini telah dibahagikan kepada dua peringkat, iatu peringkat rendah, dan peringkat menengah. Sekolah rendah telah diubah kepada "National Type Primary School Batu Gajah" dan akhirnya sejajajar dengan kehendak dasar pelajaran tersebut, sekali lagi berlaku perubahan nama sekolah kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Yussuf, Batu Gajah. Sekolah menengah pula menjadi Sekolah Menengah Sultan Yussuf, Batu Gajah. Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Yussuf diterajui oleh En. Chin Chee Cheong selaku guru besar manakala Encik Yoong Khee Hong pula menerajui Sekolah Menengah Sultan Yussuf selaku pengetua.
Senarai Guru Besar
1)EN CHIN CHEE CHEON
01/05/1958 HINGGA 09/06/1959
2)EN BHAGWAN SINGH
10/06/1959 HINGGA 31/08/1960
3)EN IBRAHIM ALI MEORAPILLAI
01/09/1960 HINGGA 28/02/1967
4)PN LEE WAN SING
01/03/1967 HINGGA 31/12/1967
5)EN HARI SINGH
01/01/1968 HINGGA 31/12/1972
6) PN M.MACHADO
01/01/1973 HINGGA 18/10/1979
7)EN M. ARUPUTHAM
18/10/1979 HINGGA 15/02/1980
8)EN ABDULLAH B MD. RAWI
15/02/1980 HINGGA 30/04/1980
9)EN MOHD TAIB B LAJUMAN
01/05/1980 HINGGA 04/08/1983
10)EN ZAINUDDIN B SHAMSUDDIN PJK.PSP
05/08/1983 HINGGA 23/01/1984
11)EN ABDUL RAHMAN B MOHAMED
24/01/1984 HINGGA 31/05/1985
12)EN NOR RAHMAT B MOHAMED
01/06/1985 HINGGA 15/05/1989
13)EN TALHA B ABD KARIM PPT
16/05/1989 HINGGA 15/06/1990
14)EN FAHMI B HASHIM PJK
16/06/1990 HINGGA 05/06/1992
15)EN BAHTAM @BAHTOM B BISTAMON
16/06/1992 HINGGA 15/09/1995
16)EN CHE ROSLI B HJ IBRAHIM
16/09/1995 HINGGA 19/12/2003
17)Y.M. RAJA AHMAD SHAH BIN RAJA SHAHRUZZAMAN
20/12/2003 HINGGA 15/12/2008
18)TN SAID MUN BIN SAID WOK
16/12/2008 HINGGA 1/1/2011
19)EN MAT HUSSAIN BIN LATEH
3/3/2011 HINGGA 31/3/2012
20) EN ANUWAR BIN AMIR HASSAN
1/4/2012 HINGGA 8/9/2015
21) EN YUSRI BIN ZAINOL ABIDIN
1/12/2015 HINGGA 3/4/2023
USTAD FADLI BIN HAJI ABU BAKAR
3/4/2023 HINGGA SEKARANG
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf
- Jalan Pusing
- 31007, Batu Gajah
- Negeri Perak, Malaysia
- Telefon = your ass
- Fax = 6053657355