Sekolah Kebangsaan Serdang | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Kejenteraan UPM,, Serdang, Selangor![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Ditubuhkan | 1945 |
Nombor sekolah | 03-89486582 |
Kod sekolah | BBA8205 |
Faks | 03-89486582 |
Sekolah Kebangsaan Serdang atau nama ringkasnya SK Serdang, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di dalam kawasan organisasi berasaskan pertanian di Serdang Selangor seperti Universiti Putra Malaysia, Jabatan Pertanian, MARDI dan Institut Pertanian Serdang.
Visi
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.
Misi
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.
Sejarah
Pada awalnya Sekolah Kebangsaan Serdang dikenali dengan nama Sekolah Melayu F.E.S (Federal Experiment Station) Serdang. Ia juga dikenali dengan nama ‘Sekolah Hitam‘ kerana bangunannya berwarna hitam. Ada yang menggelar sekolah ini ‘Sekolah Tongkat’ di mana tiap-tiap tingkap ditongkat dengan dengan sebatang kayu untuk membukanya.
Sekolah ini mula dibuka pada 8 Februari 1948. Tapaknya ialah dimana sekarang ini terletaknya kawasan Bahagian Teknologi Makanan MARDI. Bangunan sekolah pada masa itu adalah sebuah bangunan usang berukuran 30 kaki panjang, berlantai serta berdindingkan papan dan beratapkan nipah, tingkapnya terbuka ke atas dan disokong dengan kayu supaya tidak roboh. Seluruh bahgaian bangunan sekolah ini disapu dengan minyak hitam supaya tidak diserang anai-anai. Bangunan ini terdiri daripada sebuah pejabat dan tiga buah bilik darjah yang disekat.
Sekolah ini dibuka bagi menampung anak-anak kakitangan Kolej Pertanian F.E.S Ladang Serdang, Balai Polis Serdang dan Sungai Besi dan penduduk sekitarnya. Jumlah murid semasa baru dibuka ialah kira-kira 80 orang dan mempunyai 6 kelas yang diadakan secara bercantum. Guru Besar pada masa itu ialah Tuan Syed Harun bin Syed Abdullah.
Pada tahun 1954 sebuah bangunan baru telah dibangunkan dan digunakan pada 27 Februari 1956. Pada 2 Jun 1956 sekolah ini dirasmikan oleh Tuan JM Garling, Pegawai Daerah Kuala Lumpur yang mempunyai 3 orang guru dan 45 oran murid. Bangunan yang didirikan itu sekarang digunakan sebagai Pusat Sumber Sekolah setelah dibaik pulih.
Pada 7 Ogos 1978 projek bangunan tambahan 3 tingkat telah dimulakan dengan 9 bilik darjah terbengkalai dan disambung semula pada 1980. Pada Jun 1982, sekolah dinaikkan gred dari gred C kepada gred B. Disember 1983 bilangan murid meningkat sehingga 1047 orang dan sekolah dinaikkan ke gred A. Pada tahun 1989 bilangan murid terus meningkat kepada 1211 orang dengan bilangan guru seramai 47 orang dan 7 orang staf sokongan.
Pada tahun 1996 sebuah bangunan 3 tingkat dimana paras bawah digunakan sebagai kantin telah siap dibina dan digunakan bagi menampung pertambahan pelajar. Selepas itu ramai murid berpindah ke Sekolah Kebangsaan Taming Jaya, Balakong dan Sekolah Kebangsaan taman Universiti yang baru sahaja siap dibina pada penghujung tahun itu dengan penduduk yang tinggal disekitar kawasan tersebut. Menjelang tahun 1998 jumlah murid adalah 1090 dan bilangan guru adalah 54 orang.
Pada tahun 2003 bangunan baru tiga tingkat siap dibina dan semua murid bersekolah satu sesi sahaja dan tiada lagi sesi petang. Kini Sekolah Kebangsaan Serdang mempunyai tiga aliran iaitu Aliran Perdana, Program Pendidikan Khas Intergrasi (Kelas Bermasalah Pembelajaran) dibuka pada tahun 1999 dan Pra Sekolah (2 kelas) dibuka pada tahun 2007.
Bilangan Murid
2009: Murid - 968 orang | Guru : 64 | Staf Sokongan : 16
2010 : Murid - 976 orang | Guru : 77 | Staf Sokongan : 16
2011 : Murid - 949 orang | Guru : 71 | Staf Sokongan : 15
2012 : Murid - 947 orang | Guru : 71 | Staf Sokongan : 13
2013 : Murid - 949 orang | Guru : 71 | Staf Sokongan : 14
Guru Besar
Guru Besar Pertama 1948 - Tuan Syed Harun bin Syed Abdullah.
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Serdang
- Jln Utama, Kompleks Pertanian Serdang, U.P.M 43400 Serdang Selangor, Malaysia.
- Telefon: +603-89486582
- Faks: +603-89431066
- e-mail: BBA8205@moe.edu.my
Lokasi Koordinat GPS
Latitude | 2.998783 |
Longitude | 101.70073 |
Lagu Sekolah
https://www.youtube.com/watch?v=_O-e0HcssAc
Lirik Lagu SK Serdang
Berusaha mencapai cita
Bersemi rukun negara
DIsiplin asas kejayaan kita
ke arah hidup sempurna
Majulah Sekolah kita
Berbakti serta berjasa
Segala bidang pastikan berjaya
Demi putra putri nusa
Maju SK Serdang
Ke puncak yang gemilang
Teguh gigih sentiasa
Berjaya sekolah kita
Video
https://www.youtube.com/watch?v=tHHcLlBQOVE