Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Jalan Batu Maung, 11960, Bayan Lepas,, Mutiara Timur Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6046261531 |
Kod sekolah | PBA3005 |
Faks | 6046261531 |
Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut atau nama ringkasnya SK Permatang Damar Laut, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Batu Maung.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut memiliki 348 pelajar lelaki dan 355 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 703 orang. Ia mempunyai seramai 44 orang guru.2009
Sejarah
Pencapaian
Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut adalah salah sebuah sekolah di Pulau Pinang yang berjaya dalam kemenjadian murid muridnya. Sekolah tersebut berjaya membawa perubahan dalam hidup muridnya. Pencapaian akademiknya juga hebat. Semasa format baru peperiksaan UPSR diperkenalkan pada tahun 2016, seramai 2 pelajarnya berjaya mendapat 6A menewaskan banyak sekolah sekolah yang jauh lebih lengkap daripadanya.
Perubahan fizikal sekolah jelas semasa era pentadbiran guru besar Puan Madihah Binti Ismail dan Encik Azizan Bin Omar. Barisan pentadbiran Penolong Kanan Encik Thoufek bin Osman dan Tuan Haji Abdullah Bin Baharom juga banyak membantu perubahan fizikal sekolah. Sekolah ini juga bertuah kerana barisan guru-gurunya sangat hebat dalam pelbagai bidang. Panitia Agama Islam sangat menonjol dengan aktiviti-aktiviti yang berkesan.
Tatkala banyak sekolah lain menghadapi masalah sokongan ibubapa, Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut bertuah kerana mendapat sokongan penuh ibubapa. Sarana Ibubapa di sekolah ini berjalan dengan lancar.
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut
- Jalan Batu Maung
- 11960, Bayan Lepas
- Pulau Pinang, Malaysia
- Telefon = 6046261531
- Fax = 6046261531