| Sekolah Kebangsaan Panji | |
|---|---|
| Lokasi | |
Malaysia | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
| Nombor sekolah | 6097736768 |
| Kod sekolah | DBA1082 |
| Faks | 6097736868 |
Sekolah Kebangsaan Panji atau nama ringkasnya SK Panji, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Panji, Jalan Raja Perempuan Zainab 2. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Panji Cabang Tiga memiliki 456 pelajar lelaki dan 438 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 894 orang. Ia mempunyai seramai 57 orang guru.
Sejarah
Sekolah ini telah dibuka pada 17 Oktober 1965 oleh YB. En. Mohd Khir Johari Al-Haj. Ianya di bina di atas tapak seluas 5.2873 ekar di alamat Lot 2155 Panji, Kota Bharu, Kelantan. Pembinaannya adalah atas percantuman dari dua buah sekolah rakyat iaitu Sekolah Rakyat Beris Lanjut dan Sekolah Rakyat Panchor. Pada awal 1962 ia mendapat bantuan penuh dan namanya ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan Panji.
Pada peringkat awal pembukaannya sekolah ini hanya mempunyai 230 orang murid dan 13 orang guru sahaja. Pada tahun 1980 pula sekolah ini telah dinaik taraf kepada sekolah Gred B dengan penambahan satu bangunan dua tingkat dilengkapi dengan bilik guru besar, pejabat, perpustakaan, bilik guru dan kelengkapan lain dan telah dinaikkan taraf kepada sekolah Gred A.Sekarang ini SKP telah mempunyai satu unit bangunaan 4 tingkat yang mula beroperasi pada tahun 2002 dan pengajaran pembelajaran berlangsung dalam satu sesi. Pada tahun 2004 pula sebuah makmal komputer telah siap dibina bagi memberi kemudahan murid-murid mempelajari ICT.Selain itu juga dua buah prasekolah untuk murid-murid berumur lima dan enam tahun iaitu Pra Tunas Pintar dan Pra Bestari. Sekarang bilangan pelajar Sekolah Kebangsaan Panji adalah seramai 633 orang.
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Panji,
- Jalan Raja Perempuan Zainab 2,
- 16100, Kota Bharu
- Kelantan, Malaysia
- Telefon = 6097736768
- Fax = 6097736868








