Sekolah Kebangsaan Pa ' Dallih | |
---|---|
Lokasi | |
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Baram, 98050, Marudi,, Sarawak Bumi Kenyalang![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 0132860054 |
Kod sekolah | YBB4347 |
Guru besar | EN. GARAWAT RIBOH |
GPK Pentadbiran dan Akademik | EN. DOM DAWIN JANGIN |
Faks | TIADA |
Sekolah Kebangsaan Pa ' Dallih atau nama ringkasnya SK Pa ' Dallih, merupakan salah sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Perkampungan Pa' Dallih yang beralamatkan ; D/A Pejabat Pelajaran Daerah Baram.
Pada tahun 2014, Sekolah Kebangsaan Pa ' Dallih memiliki 13 pelajar lelaki dan 15 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 28 orang. Sekolah ini mempunyai seramai 13 orang guru yang terdiri daripada dua orang guru perempuan dan selebihnya adalah guru lelaki. Tahap komuniti warga sekolah dan penduduk kampung adalah pada peringkat yang baik dan mempunyai perhubungan yang rapat.
Sejarah
Perubahan zaman telah meletakkan sekolah ini berada pada peringkat yang lebih baik contohnya, dari aspek laluan pengangkutan. Terdapat dua pilihan laluan (utama) yang dapat digunakan untuk menjejakkan kaki ke sini. Yang pertamanya adalah dengan melalui jalan balak (tanah merah berbatu halus-kasar) dan juga dengan menaiki twin-otter maswing yang mana lapangannya terletak di Bario.
Jangka masa perjalanan : Pilihan 1 - 12 jam 4X4 dari Miri ke Pa'dallih.
Pilihan 2 - Sejam dari Bario (menaiki Maswing).
Dari aspek pembangunan dan infrastruktur, SK Padallih mempunyai satu blok bangunan akademik, satu blok prasekolah, satu blok asrama murid (lelaki dan perempuan) dan beberapa buah kuaters guru dan kakitangan sekolah. [**tambahan : blok-blok sekolah secara keseluruhannya telah dicat dengan warna yang baharu lagi menarik bagi memastikan suasana pengajajaran dan pembelajaran adalah pada tahap yang kondusif di samping menceriakan kawasan sekolah]
Gelanggang bola tampar yang berkeadaan elok dapat digunakan dengan baiknya dek kerana penjagaan rapi oleh pihak sekolah khususnya warga sekolah itu sendiri. Selain itu, satu padang bola sepak dan padang futsal turut melengkapkan fasiliti permainan kawasan sekolah ini dengan baiknya.
Antara faktor yang dapat dijadikan sebab perhubungan mesra antara warga pendidik dan penduduk kampung adalah berlandaskan tahap sosialisasi semasa melakukan beberapa aktiviti bersama. Contohnya semasa waktu bermain dan perkelahan.
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Pa ' Dallih
- D/A Pejabat Pelajaran Daerah Baram
- 98050, Marudi
- Sarawak,
Malaysia
- Telefon = 0132860054
- Fax = TIADA