Sekolah Kebangsaan Merlimau (1) | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Jalan Batu Gajah, 77300, Merlimau, Melaka Bandar Bersejarah![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 06-2631460 |
Kod sekolah | MBB1031 |
Pengerusi PIBG | Pn. Nurul Asyikien binti Laji |
Guru besar | Pn. Rohayati Bt Baharom |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En. Mohd Husaini Bin Haji Musa |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Amir Hamzah bin Mohd Ali |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Nur Fauziah Amran |
Faks | 6062636406 |
Sekolah Kebangsaan Merlimau (1) atau nama ringkasnya SK Merlimau (1), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Batu Gajah. Akronim bagi sekolah ini adalah MERLISA (MERLImau SAtu)
Pada 2025, Sekolah Kebangsaan Merlimau 1 memiliki 459 pelajar lelaki dan 365 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 824 orang. Ia mempunyai seramai 53 orang guru dan 6 orang AKP.2009
Sejarah
Sekolah ini dibuka pada tahun 1955 dan pada awalya menumpang di Sekolah Umum Merlimau. Bermula dengan 40 orang murid dan seorang guru iaitu Tuan Hj Norhashim b. Hj Mohd. Sekolah ini terus mengorak langkah untuk maju ke depan. Pada tahun 1957, sebuah bangunan baru telah dibina. Bangunan tersebut terdiri daripada 12 buah bilik darjah dan sebuah dewan.
Di atas sebidang tanah yang berkeluasan kira-kira lima ekar, bangunan sekolah ini tersergam indah di sebuah pekan yang lebih dikenali sebagai Pekan Merlimau. Perasmian bangunan sekolah ini telah dilakukan oleh YAB Tun Ghafar Bin Baba. Sekolah ini pada awal penubuhannya dikenali sebagai Merlimau English School. Oleh sebab pertambahan murid di sekolah ini maka sebuah lagi bangunan telah pun dibina pada tahun 1959.
Pembangunan sekolah ini berubah wajah sekali lagi apabila pada tahun 1972, bangunan baru 2 tingkat telah pun dibina. Bangunan ini mempunyai 12 bilik, sebuah pejabat dan klinik gigi. Namun masa berlalu begitu pantas pembangunan di sekolah ini terpaksa dimajukan. Justeru itu, pada tahun 2002, bangunan baru 3 tingkat telah didirikan untuk menggantikan bangunan lama dengan bangunan yang baru. Pada tahun 2018, sekali lagi pertambahan bangunan 3 blok satu tingkat bagi menampung pertambahan murid. Blok terkini itu dikenali dengan Blok C dan menempatkan murid-murid tahap 1.
Sepanjang penubuhan sekolah ini namanya telah bertukar sebanyak empat kali;
a) Merlimau English School
b) SRJK (Inggeris) Merlimau
c) SRK Merlimau Satu
d) Sekolah Kebangsaan Merlimau (1)
Guru besar
- 1955 - 1959 – Tuan Hj Norhisham b. Hj Mohd
- 1959 - 1960 – Tuan Hj Isa b. Baba
- 1960 - 1962 – En. Chin Yuek Kuen
- 1962 - 1972 – En Vijaya Raj
- 1972 - 1985 – En Chin Peng Lim
- 1985 - 1986 – Tuan Hj Ramli b. Janggi
- 1986 - 1989 – Tuan Hj Esmael b. Abu Bakar
- 1989 - 1991 – En Alias b. Hj Latif
- 1991 - 1994 – En Zakariah b. Mat
- 1994 - 2000 – Pn Rahmah bt Abu
- 2000 - 2003 – En Othman b. Hj Saleh
- 2003 - 2008 – En Ibrahim bin Mokhtar
- 2008 - 2011 – Tuan Hj Abu Zahar bin Md Dam (BKT,PJK)
- 2011 - 2018 – Pn Hjh Norlailah binti Maeraj
- 2018 - 2021 – En Hanafi Bin Abdullah
- 2021- 2024 – En Zulkifli Bin Bakar
- 2024 - kini - Pn. Rohayati Bt Baharom
Pencapaian
2025
1. Johan Pasukan Terbaik Kejohanan Catur MSSD Jasin
2. Johan Kalam Jamae Ihtifal Lughawi Peringkat Daerah Jasin
3. Tempat ke-3 Kategori Individu Kejohanan Catur MSSN Negeri Melaka
4. Tempat ke-3 Pertandingan Koir Sekolah Rendah Negeri Melaka.
5. Johan Kejohanan Bola Sepak MSSD Jasin
6. Johan Kejohanan Sepak Takraw MSSD Jasin
7. Johan Kejohanan Bola Sepak B12 MSS Negeri Melaka 2025
Visi dan misi
Visi: Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi: Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan pontensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Merlimau 1
- Jalan Batu Gajah
- 77300, Merlimau
- Melaka, Malaysia
- Telefon = 06-2631460
- Faks = 6062636406