Sekolah Kebangsaan Long Sait atau nama ringkasnya SK Long Sait, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Daerah Ulu Baram.





Pada tahun 2025, Sekolah Kebangsaan Long Sait memiliki 21 orang pelajar lelaki dan 18 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 39 orang. Ia mempunyai seramai 13 orang guru dan 5 orang anggota kumpulan pelaksana.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN LONG SAIT
Sekolah Kebangsaan Long Sait merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di kawasan pedalaman terletak di Daerah Ulu Baram (3.305414675256402, 115.19293776436021). Nama Sait mula dikenali sempena nama sebuah anak sungai yang bernama "Sungai Sait" dimana sungai ini merupakan tempat laluan dan persinggahan penduduk kampung [1]Long Lellang dan [2]Bario pada suatu ketika dahulu untuk membawa bekalan makanan, memikul barang seperti padi dan beras yang dibawa dari ladang. Oleh itu nama sungai ini telah digelar sebagai sungai Sait dan kini di daftar sebagai Kampung Long Sait.
Penduduk kampung Long Sait merupakan penduduk asal suku kaum Penan Selungo yang berhijrah dari sungai Akah, Patah dan sempadan Indonesia. Saban tahun penduduk kampung Long Sait semakin berkembang dan semestinya memerlukan tempat untuk menyekolahkan anak-anak mereka. Lantaran itu, pihak kerajaan telah meluluskan untuk menubuhkan bangunan sekolah di kampung ini yang diberi nama Sekolah Rendah Kebangsaan Long Sait dan Guru Besar pertama pada masa itu adalah En. Isaac Lugun pada tahun 1977.
Kemudahan sekolah yang terdapat di SRK Long Sait pada masa itu adalah sebuah bangunan dewan serbaguna dan sebuah rumah guru. Dewan serbaguna merupakan pusat aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku dan juga merupakan dewan makan.
Kini pada tahun 2025, sekolah mempunyai 2 blok bangunan sekolah, sebuah dewan makan, sebuah blok asrama lelaki dan perempuan, sebuah blok bangunan pra sekolah dan 5 blok rumah guru. Kemudahan fasiliti yang terdapat disekolah ini ialah air paip yang menggunakan kaedah "water pump" serta kemudahan lorong jalan kaki berbumbung tidak berturap.
Alat perhubungan yang digunakan di sekolah ialah semua jenis talian telko berkapasiti 4G yang terletak di kampung Long Sait serta kemudahan [3]Starlink di sekolah bagi tujuan kerja-kerja atas talian.
SK Long Sait boleh diakses melalui dua mod pengangkutan iaitu pengangkutan darat dan air. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 2-3 jam menggunakan perahu bermotor ke jambatan Selungo bergantung dengan pasang surut air sungai dan disambung menggunakan kenderaan pacuan empat roda selama 6-7 jam untuk sampai ke bandar Miri atau pekan Marudi.
Guru Besar
[sunting | sunting sumber]| Nama Guru Besar | Tahun | Tempoh Perkhidmatan |
|---|---|---|
| Encik Isaac Lugun | 1977 | 1 Tahun |
| Encik George Phusu | 1977-1978 | 2 Tahun |
| Encik Anthony Kulleh | 1978-1980 | 3 Tahun |
| Encik Mathew Ding | 1981-1987 | 7 Tahun |
| Encik Wilson Pasang | 1988-1993 | 6 Tahun |
| Encik Gerard Ajang Taja | 1994-1996 | 3 Tahun |
| Encik Saging Laing | 1996-1997 | 2 Tahun |
| Encik Richard Saging | 1997-1998 | 2 Tahun |
| Encik Berauk Ibuh | 1999-2002 | 4 Tahun |
| Encik Cosmas Jau Ajeng | 2003-2006 | 4 Tahun |
| Encik Carothers Ajang Jok | 2006-2013 | 8 Tahun |
| Encik Lia Tuked | 2014-2015 | 2 Tahun |
| Encik Johanes Lah | 2016-2017 | 2 Tahun |
| Encik Grunak Anak Utek | 2018-2020 | 3 Tahun |
| Encik Rusdi Bin Rabi | 2022-2025 | 3 Tahun |
| Encik Adi Izdihar Bin Ibrahim | 2025-Sekarang | - |
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Long Sait
- D/A Pejabat Pendidikan Daerah Baram.
- 98050, Marudi Sarawak, Malaysia









