Sekolah Kebangsaan Kuala Dura | |
---|---|
Lokasi | |
Kampung Kuala Dura, Jalan Empangan Sultan Mahmud,, Kuala Berang,, Terengganu Darul Iman Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6096813848 |
Kod sekolah | TBA5024[1] |
Faks | 6096813848 |
Laman sesawang | Sekolah Kebangsaan Kuala Dura |
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google |
Sekolah Kebangsaan Kuala Dura merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kg. Kuala Dura, Jln Empangan Sultan Mahmud, , Kuala Berang , Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kuala Dura memiliki 114 pelajar lelaki dan 122 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 236 orang. Ia mempunyai seramai 23 orang guru.2009
Sekolah Kebangsaan Kuala Dura terletak hampir 8 km dari Pekan Kuala Berang. SKKD di kategorikan sebagai sekolah Gred A dengan kapasiti pelajar pada tahun 2014 seramai 183 orang dan 24 orang tenaga pengajar
Sejarah
Bermula denngan nama “ Sekolah Rakyat kampung Berching ”, (sempena letaknya di kampong Berching) telah dibuka dengan rasminya pada tanggal 27 Oktober 1951 oleh Tuan Pegawai Daerah Hulu Terengganu Dato’ Embong Bin Dato’ Jaya. Kampung Berching adalah sebuah kampong yang jauh di pedalaman ke Hulu Terengganu. Untuk ke sekolah ini, dari pecan tedekat iaitu Kuala Berang terpaksa mengambil masa kira-kira 2 hariperjalanan dengan mengayuh sampan yang merupakan satu-satunya cara perhubungan di waktu itu.
Sekolah Rakyat kampong Berching bermula dengan 34 orang murid dewasa yang dating dari kampong-kampung persekitaran seperti Kampung Berching sendiri, kampong Lubuk Awang, Kelitok, Melor, Chumar dan Kampung Petang. Mereka mengikuti kelas yang dikenali dengan nama “Kelas Dewasa” ketika itu dan diasakan oleh seorang guru bernama Abdullah bin Isa.
Disebabkan oleh perhubungan yang sangat sukar, kerajaan telah mengambil langkah mensyusun semula masyarakat di sini. Pada bula Disember 1959 semua penduduk Kampung Berching dan kampong-kampung sekitarnya telah dipindahkan ke sebuah kawasan perkampungan yang lebih tersusun yang dipanggil kampong Kuala Dura yang terletak kira-kira 12km dari pecan Kuala Berang. Setelah siap sepenuhnya pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1984, kini tapak asal Sekolah Rakyat kampong Berching telah detenggelami air.
Pada 01.12.1959 semua murid dari Sekolah Rakyat Kampung Berching telah dipindahkan ke sebuah bangunan baru mempunyai dua bilik darjah dalam kawasan seluas lebih kurang 4 hektar yang terletak di Kampung Kuala Dura. Dengan nama baru ‘ Sekolah Umum Kuala Dura ’ sekolah ini sekali lagi memulakan kelasnya dengan bilangan murid seramai35 orang dan 2 orang guru.
Pada tahun 1965, sebatang jalan raya telah dibina untuk menghubungkan Kampung Kuala Dura dengan sebuah kampong berhampiran, iaitu Kampung Pueh. Bermula dari sini, ramai penduduk dari kampong-kampung sekitarnya seperti Kampung Berkoh, Kampung Dusun, Kampung Pasir Nering berpindah ke Kampung Kuala Dura menjadikan Sekolah Kuala Dura bertambah bilangan murid.
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Kuala Dura
- Kg. Kuala Dura, Jln Empangan Sultan Mahmud,
- Kuala Berang, :Terengganu Darul Iman,
- Malaysia
- Telefon = 6096818848
- Fax = 6096818848
Rujukan
Pautan luar
- Sekolah Kebangsaan Kuala Dura
- [1]
- Laman Web: Skkdht.webs.com
Laman Blog : Skkdht.blogspot.com