Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Jalong Tinggi, 31100, Sungai Siput (U),, Perak Darul Ridzwan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6055989510 |
Kod sekolah | ABA4053 |
Faks | - |
Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang atau nama ringkasnya SK Kampung Kenang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalong Tinggi. Sekolah ini adalah sekolah murid orang asli. Sekolah ini terdiri Sekolah Perdana ,Prasekolah dan Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI). Sekolah ini terdapat 9 kelas perdana dengan seramai 256 orang pelajar, Sebuah prasekolah dengan seramai 17 orang pelajar dan 3 kelas PPKI dengan sermai 25 orang pelajar
Pada 2022, Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang memiliki 167 pelajar lelaki dan 131 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 298 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru dan 12 staf.
Sejarah
Pada tahun 1968 bermula sistem persekolah aliran melayu di pendalaman Jalong Tinggi Sungai Siput (u) Perak untuk pelajar orang asli. Pada awalnya pentadbiran sekolah ini dikelolakan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli(JHEOA) bertempat di Kampung Landap. Pada tahun 1980 sekolah ini berpindah ke Kampung Kenang. Pada mualnya hanya sebuah bangunan kayu dibina dan mempunyai 2 bilik darjah.
Pada 1 April 1980 bermulanya era baru bagi sekolah ini. Pada tarikh tersebut, sekolah ini dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak.Seorang guru besar di tugaskan di sini iaitu En Kamarulzaman bin Haji Adam dan merupakan guru besar pertama bagi sekolah ini.
Pencapaian
- Johan Sudut Komik Pusat Sumber Negeri Perak 2022
- Naib Johan Pengurusan RMT dan Kantin Terbaik Negeri Perak Kategori Sekolah Murid Orang Asli 2022
- Johan Shield Lunas Kulim untuk Ragbi 2022
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang
- Jalong Tinggi
- 31100, Sungai Siput (U)
- Negeri Perak, Malaysia
- Telefon = 6055989510