Sekolah Kebangsaan Kampong Dato Ibrahim Majid | |
---|---|
Lokasi | |
Km. 8, Jalan Benut, 86200, Simpang Renggam,, Johor Darul Takzim Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | USAHA, JAYA, BAKTI |
Nombor sekolah | 6077550595 |
Kod sekolah | JBA2038 |
Faks | 6077550595 |
Laman sesawang | Sekolah Kebangsaan Kampong Dato Ibrahim Majid |
Sekolah Kebangsaan Kampong Dato Ibrahim Majid atau nama ringkasnya SK Kg Dato Ibrahim Majid, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km. 8, Jalan Benut.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampong Dato Ibrahim Majid memiliki 244 pelajar lelaki dan 229 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 473 orang. Ia mempunyai seramai 35 orang guru.2009
Sejarah
Sekolah Kebangsaan Kampong Dato Ibrahim Majid ialah sebuah sekolah kebangsaan kerajaan yang telah ditubuhkan sejak tahun 1969. Sekolah ini terletak di KM.8, Jalan Benut, lebih kurang 9 kilometer dari pekan Simpang Renggam. Pada awal penubuhannya, sekolah ini dikenali sebagai sekolah cawangan Bukit Kenangan B dan beroperasi di Balai Raya Kampung Parit Ibrahim.
Pada tahun 1972, bangunan balai raya tersebut telah roboh ditiup angin ribut dan pihak kerajaan telah membina bangunan baru di tapak yang sama. Lapan tahun selepas itu iaitu pada tahun 1980, operasi sekolah telah dipindahkan ke tapak baru dimana satu bangunan dua tingkat dibina sebagai bangunan sekolah.
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Kampong Dato Ibrahim Majid
- Km. 8, Jalan Benut
- 86200, Simpang Renggam
- Johor, Malaysia
- Telefon = 6077550595
- Fax = 6077550595