Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Alor Setar, Kota Setar, Kedah Darul Aman![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Rendah, Sekolah kerajaan |
Moto | Tekun Belajar |
Kod sekolah | KBA2039 |
![]() |
Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai atau nama ringkasnya SK Jalan Pegawai (SKJP), merupakan sebuah sekolah rendah kebangsaan yang terletak di Alor Setar, Kedah.
SEJARAH SEKOLAH
Sejarah awal Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai (SKJP) bermula pada tahun 1939 di mana pada masa itu dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Baru. Didirikan di atas sebidang tanah seluas 4 ekar 2 rod 37 pol. Sekolah ini terletak di Jalan Pegawai dan hanya satu kilometer sahaja dari pusat bandar. Guru Besar yang menerajui sekolah ketika itu ialah Encik Yahya bin Mohammad (Jan 1937- Mac 1943). Pada masa itu terdapat hanya satu bangunan Blok A yang mempunyai empat bilik darjah.
Pada tahun 2000 nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai. Rasional pertukaran nama sekolah ini dibuat bagi mengelak kekeliruan kerana terdapat dua buah sekolah yang sama namanya cuma dipisahkan dengan perkataan 'Baru' dan 'Lama'. Dengan itu aspek perhubungan media seringkali berlaku kesilapan.
Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai telah berkembang setapak lagi pada tahun 1950 di mana satu lagi bangunan (Blok B) telah siap didirikan dan dapat menampung lapan bilik darjah. Bangunan ini dibina khas bagi menampung bilangan murid yang bertambah. Pada tahun 1995 sekali lagi sekolah ini mendapat penambahan Blok D dan seterusnya penambahan Blok E pada tahun 2010. Dengan penambahan Blok E, kelas sesi petang ditamatkan dan Sekolah Kebangsaan Jalan pegawai menjalankan kelas satu sesi dimana kelas hanya dijalankan pada sesi pagi sahaja.
Sejak tahun 1939 sehingga kini, seramai 23 orang Guru Besar telah menerajui Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai. Di bawah pentadbiran Guru Besar sekarang Datin Hjh Rusna binti Abdullah@ Long yang merupakan Guru Besar perempuan pertama, sekolah ini mencapai prestasi cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum seiring dengan motto sekolah " Terbaik Di Antara Baik".
ALAMAT
SK Jalan Pegawai, Persiaran Sultan Abdul Hamid, 05050 Alor Setar, Kedah
MOTTO VISI DAN MISI SEKOLAH
MOTTO SEKOLAH
TERBAIK DI ANTARA BAIK
VISI SEKOLAH
SK JALAN PEGAWAI UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
MISI SEKOLAH
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
LAGU SEKOLAH
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d6/SKJP_logo_center.jpg/220px-SKJP_logo_center.jpg)
TAJUK: Tekun Belajar
Majulah sekolahku ke arah jaya
Demi untuk masa hadapan penuh cabaran
Tekun belajar motto lencana kita
Iman sopan santun budi bahasa
Nilai sikap mulia
Cintakan negara
Hormat ibubapa guru semua
Kebersihan jadi amalan bersama
Bentuk diri jujur dan amanah
Ilmu jadi bekalan
Untuk kita di masa hadapan
PAUTAN LUAR
LAGU SEKOLAH https://www.youtube.com/watch?v=43J4wgxdB5k