Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Jalan Baharu, 34200, Parit Buntar,, Perak Darul Ridzwan![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6057169629 |
Kod sekolah | ABA3016 |
Pengerusi PIBG | Encik Mohamad bin Md Din |
Guru besar | Encik Khairul Anuar Bin Mohd Noor |
Faks | 6057174314 |
Laman sesawang | Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu |
Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu atau nama ringkasnya SK Jalan Baharu, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Baharu.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu memiliki 307 pelajar lelaki dan 289 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 596 orang. Ia mempunyai seramai 39 orang guru.2009
Sejarah
Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu diasaskan oleh penduduk yang diketuai oleh seorang pawang pada tahun 1884. Bangunan awal terdiri dari pokok nibong dan beratap nipah.
Pada tahun 1905,kerajaan Inggeris telah mendirikan dua buah bangunan tambahan. Dengan bilangan murid seramai tujuh puluh orang.
Pada tahun 1911,sebuah lagi bangunan tambahan didirikan. Semasa perang dunia kedua meletus sekolah ditutup buat sementara waktu dan kembali beroperasi setelah perang itu tamat.
Bagi menampung penambahan bilangan murid, sebuah lagi bangunan dibina secara bergotong-royong oleh penduduk kampung pada tahun 1957.
Pada tahun 1961, sebuah blok bangunan satu tingkat mengandungi empat buah bilik darjah dibina oleh kerajaan dan dirasmikan oleh Menteri Pelajaran pada waktu itu Encik Abdul Rahman bin Haji Talib pada 16 September 1961.
Semasa pentadbiran Tuan Haji Khalid bin Abdul Hamid, peruntukan projek penambahan blok dua tingkat, sebuah kantin dan kemudahan padang permainan telah diluluskan.Kemudahan ini mula digunakan pada 3 Januari 1983.
Pencapaian
Pelajar 5A 2011
- Amirul Aizat b Ridzuan
- Faiez Syazwan b Akhyar
- Muhammad Hanif b Shafie
- Mohammad Hafizuddin b Rosli
- Mohammad Ikmal b Abdul Samat
- Muhammad Zulhilmi b Mohammad Arshad
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu
- Jalan Baharu
- 34200, Parit Buntar
- Negeri Perak, Malaysia
- Telefon = 6057169629
- Fax = 6057174314