Sekolah Kebangsaan Datuk Ismail Sa'adon | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Felda Air Tawar 2, 81920, Kota Tinggi,, Johor Darul Takzim![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6078932052 |
Kod sekolah | JBA3031 |
Pengerusi PIBG | En.Johari Bin Hassan |
Guru besar | En Zamri Bin Haji Ishak |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En. Mohd Razip Bin Hj Md Din |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Mazita Bin Ahamad@Ahmad |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Arifin Bin Mohamed Ali |
Faks | 6078932052 |
Sekolah Kebangsaan Datuk Ismail Sa'adon atau nama ringkasnya SK Datuk Ismail Sa'adon atau SKDIS, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Air Tawar 2.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Datuk Ismail Sa'adon memiliki 292 pelajar lelaki dan 256 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 548 orang. Ia mempunyai seramai 45 orang guru.2009
Sejarah
SK Datuk Ismail Saadon dibuka pada tahun 1974 dengan nama SK LKTP Air Tawar 2. Pada awal pembukaannya, sekolah ini mempunyai seramai 36 orang murid dan 2 orang guru. Pada tahun 1975, sekolah ini mempunyai seramai 367 orang murid dan 11 orang guru. Jumlah murid sekolah ini meningkat setiap tahun. Oleh kerana kekurangan bilik darjah, murid-murid terpaksa menumpang bangunan sekolah agama, kantin serta balai raya.
Pada tahun 1976 sebuah lagi bangunan telah dibina bagi menampung jumlah murid yang semakin meningkat dan dapat digunakan pada tahun 1978. Oleh kerana jumlah murid yang semakin bertambah, pihak JKKR Felda Air Tawar 2, telah membiayai sebuah lagi bangunan tambahan.
Pada 29 Jun 1985, sekolah ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad. Seiring dengan itu, nama sekolah ini telah ditukar kepada SK Datuk Ismail Saadon sempena mengingati jasa seorang wakil rakyat yang berkhidmat di kawasan ini.
Pada tahun 1994 sebuah bangunan dua tingkat telah dibina untuk menampung jumlah murid yang semakin meningkat. Pihak sekolah telah mengadakan Kelas Pendidikan Khas pada tahun 2001 dan telah membuka kelas Pra Sekolah pada tahun 2003. Pada tahun 2005, sekolah telah dilengkapi dengan sebuah makmal komputer untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.
RMK Kesembilan, bangunan sekolah ditambah bagi menyediakan infrastruktur yang kondusif untuk melahirkan modal insan yang unggul dan cemerlang. Bangunan baru siap untuk digunakan sepenuhnya pada Jun 2011. Pada tahun 2021 warga sekolah ini sejumlah 536 orang murid dan 44 orang guru.
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Datuk Ismail Sa'adon
- Felda Air Tawar 2
- 81920, Kota Tinggi
- Johor, Malaysia
- Telefon = 6078932052
- Fax = 6078932052