Sekolah Kebangsaan Dato' Onn Jaafar | |
---|---|
![]() ![]() | |
Lokasi | |
Kompleks Sekolah Wawasan USJ15, SUBANG JAYA, Selangor![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | +60380242343 |
Kod sekolah | BBA8266 |
Faks | +60380241760 |
Laman sesawang | Sekolah Kebangsaan Dato' Onn Jaafar |
Sekolah Kebangsaan Dato' Onn Jaafar atau nama ringkasnya SK Dato' Onn Jaafar (SKDOJ), merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kompleks Sekolah Wawasan USJ15, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Mula beroperasi pada Januari 2003, seramai 400 murid dengan 19 guru dan 2 kakitangan sekolah bagi sesi persekolahan pertama di sekolah ini dalam Kompleks Sekolah Wawasan USJ15 merupakan Kompleks Sekolah Wawasan yang pertama di Malaysia.
Pada 2009, SKDOJ memiliki 364 pelajar lelaki dan 309 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 673 orang dengan seramai 39 orang guru.
Setakat tahun 2016, SKDOJ mempunyai 740 murid, 47 guru dan 6 kakitangan sekolah.[1]
Sejarah
Konsep Sekolah Wawasan
Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama.[2] Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way).
Tujuan dan Matlamat Sekolah Wawasan
- Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang;
- Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran;
- Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu; dan
- Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah.
Senarai Sekolah Wawasan
Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan jayanya iaitu :
- Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
- Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah
- Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang
- Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor
- Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak
Visi Sekolah
Ke arah melahirkan insan yang berdisiplin, berilmu dan berketrampilan
Misi Sekolah
Melahirkan murid-murid yang berilmu, tabah, berdaya saing dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi, berketrampilan, ikram, penyanyang dan sejahtera rohani dan jasmani
Lagu Sekolah
Bersatu kita satu bumbung
Berpegang erat ganding bahu Bersatu kita berbilang bangsa Berteraskan Rukunegara. Kita bersatu satu bumbung Itu lambang berbilang kaum Kasih dipupuk disemai elok Berdiri teguh tak kan runtuh. Jalur gemilang megah namanya Kemasyhuran di merata dunia Merah putih kuning biru warnanya Kemegahan jelata. Sekolah Wawasan ditubuhkan Azam membentukkan perpaduan Samalah kita mempertahankan Perpaduan wawasan. Berdisiplin berkualiti dan berilmu Sekolah Wawasan. |
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Dato' Onn Jaafar
- Kompleks Sekolah Wawasan USJ15, Subang Jaya [3]
- Selangor,
Malaysia
- Telefon = +60380242343
- Fax = +60380241760