| Sekolah Kebangsaan Bukit Rangin سكوله كبڠسأن بوكيت راڠين | |
|---|---|
|  | |
| Lokasi | |
| Jalan Bypass Kuantan, Kampung Bukit Rangin, 25150, Kuantan, Pahang Malaysia | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan,Gred A | 
| Moto | Berilmu,Beramal,Berbakti,Bertaqwa | 
| Ditubuhkan | 01.01.2000 | 
| Nombor sekolah | 6095363845 | 
| Kod sekolah | CBA4093 | 
| Faks | 6095363809 | 
| Laman sesawang | https://skbukitrangin.webs.com/ | 
Sekolah Kebangsaan Bukit Rangin atau nama ringkasnya SK Bukit Rangin, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Bukit Rangin,Kuantan,Pahang
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bukit Rangin memiliki 160 pelajar lelaki dan 157 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 317 orang. Ia mempunyai seramai 29 orang guru.2009
SK Bukit Rangin ditubuhkan pada 1 Januari tahun 2000 oleh Kementerian Pendidikan. Sejak ditubuhkan pada 01.01.2000, sekolah ini memulakan operasinya pada 6 Januari 2000 dengan kakitangan seramai 16 orang guru dan 2 orang kakitangan sokongan. Bilangan murid perintis sekolah ini ialah seramai 194 orang murid Melayu iaitu 92 murid perempuan dan 102 murid lelaki. Pada mulanya 8 buah kelas diwujudkan dari tahun 1 hingga 5. Pembinaan dua blok bangunan merupakan keperluan bagi penduduk Bukit Rangin yang kian mendesak kerana terdapat sebuah sekolah sahaja di situ iaitu SK Permatang Badak.
Sekolah ini juga terletak di kawasan bandar kira-kira 13 KM dari Bandar Kuantan dan berhampiran jalan pintasan Kuantan Pelabuhan. Perjalanan dari Bandar Kuantan ke sekolah ini mengambil masa lebih kurang 15 minit. Sekolah boleh dihubungi melalui jalan raya berturap dan sangat selesa kerana terdapat empat lorong lurus serta selamat.
Keseluruhan murid di sekolah ini terdiri daripada anak-anak penduduk tempatan dari Kampung dan Perumahan Bukit Rangin, Kampung Cendering dan Sungai Isap. Pihak pentadbir sekolah sedang berusaha untuk mempertingkatkan kemudahan dan infrastruktur di sekolah ini demi menjamin pembelajaran dan pengajaran (PdP) anak-anak di Kampung ini agar mereka setanding dan tidak ketinggalan dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.
Maklumat Sekolah
[sunting | sunting sumber]SK Bukit Rarngin adalah sekolah gred A. Sekolah ini dibuka pada tahun 2000 berada di dalam Bandar Kuantan. SKBR ini dikatogerikan sebagai sekolah Gred A bagi kategori bandar.Taraf ini berikutan bilangan murid di SKBR melebihi 250 orang. Pada tahun 2015 muridnya mencapai 348 orang. Oleh kerana pertambahan murid yang sangat ketara, bermula Mei 2021 SKBR telah menjadi dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan petang.
Lagu Sekolah Kebangsaan Bukit Rangin
[sunting | sunting sumber]Music video: LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RANGIN
♪ Sekolah Kebangsaan Bukit Rangin ♪
Segar indah namamu
Di sini tempatku menimba ilmu
Untuk maju ke depan
♪ Gagah namamu kami ♪
Penuh azam dan tekad
Satu tujuan satu cita
Usaha pasti berjaya
C/O  Berilmu,beramal
Berbakti,bertaqwa
Itulah motto kita
Tingkatkan usaha
Majukanlah diri
Asas kecemerlangan kita
♪ Padamu guru jasamu dikenang ♪
Buat selama-lama
Berdoa kita bersama
SKBR TERCINTA
Senarai Guru Besar SK Bukit Rangin
[sunting | sunting sumber]Seperti di sekolah-sekolah yang lain, SK Bukit Rangin ini diketuai oleh seorang guru besar yang melaksanakan peranannya seperti apa yang telah digariskan. Sehingga tahun 2025, sekolah ini mempunyai sebelas orang guru besar. Berikut merupakan senarai guru besar yang pernah berkhidmat di SK Bukit Rangin sehingga kini.
| Tn Hj Musa Bin Salleh | Januari 2000 -Mac 2001 | 
|---|---|
| En.Ismail Bin Salleh | April 2001-September 2002 | 
| Tn Hj Mat Yassin Bin Keria | September 2002-April 2005 | 
| En. Aziz Bin Ahmad | April 2005-Mac 2006 | 
| En. Omar Bin Merhali | Mac 2006-Disember 2007 | 
| En. Mohd Farid bin Abdullah | Januari 2008 -November 2008 | 
| Pn. Fauziah Binti Ayob | Disember 2008-Januari 2013 | 
| En. Nordin Bin Mohd Rasid | Februari 2013-Mei 2015 | 
| En. Saudi Bin Jamil | Jun 2015-Februari 2018 | 
| En. Roslan Bin Abdul Rahim | Mac 2018-Jun 2024 | 
| Pn Zuraida Binti Abdullah | Jun 2024-KINI | 
Sumber: SK Bukit Rangin,Chat GPT








