| Sekolah Kebangsaan Bilit | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Wdt 22 Kota Kinabatangan, 90200, Sandakan,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
| Moto | ALPHA AND BE EXTRAORDINARY |
| Kod sekolah | XBA2204 |
| Guru besar | M SARIP BIN HJ HAKIM |
| GPK Pentadbiran dan Akademik | AZRUL NIZAM YUCQUE BIN AZRAL |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | ABDUL RAHMAN BIN AJIS |
| Penolong Kanan Kokurikulum | AHMAD BULLYA BIN CHE NOH |
Sekolah Kebangsaan Bilit atau nama ringkasnya SK Bilit, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di WDT 22, Kota Kinabatangan.
Sekolah ini merupakan sebuah Sekolah Pedalaman 1 yang terletak di Kg Bilit dan sangat hampir dengan Sungai Kinabatangan.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bilit mempunyai 16 pelajar lelaki dan 25 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 41 orang. Ia mempunyai seramai 10 orang guru.
Pada 2015, SK Bilit mempunyai seramai 57 orang murid dari tahun 1 hingga 6 dan seramai 17 orang murid pra sekolah. Guru pula seramai 12 orang termasuk guru besar.
Pada 2019, SK Bilit mempunyai seramai 62 orang murid dari tahun 1 sehingga tahun 6 dan seramai 25 orang murid pra sekolah. Guru pula seramai 9 orang termasuk guru besar.
Pada 2020, Sk Bilit mempunyai seramai 60 orang murid dari tahun 1 sehingga tahun 6 dan seramai 17 orang murid pra sekolah. Guru pula seramai 11 orang termasuk Guru Besar.
Pada tahun 2024, SK Bilit mempunyai seramai 58 orang murid dari tahun 1 sehingga tahun 6 dan seramai 19 orang murid prasekolah. Jumlah guru adalah seramai 13 orang termasuk Guru Besar dan staf 3 orang yang terdiri daripada 2 AKP dan 1 PPM.
Lagu SK Bilit
Lagu: Jikoh Unggun
Lirik: Jikoh Unggun
- Di tepi sungai lembah yang menghijau
- Gemerlapan permata di desa
- Ilmu ditimba harapan dijangkau
- Demimu negaraku Malaysia
- SK. Bilit sekolah yang tercinta
- Mendidik kami dengan jayanya
- Budi dan jasamu tersemat dijiwa
- Tetap kukenang selamanya
- Cemerlang motto sekolah kami
- Berdaya saing berhemah tinggi
- Berilmu beramal mencurahkan bakti
- Demimu untuk pertiwi
- SK. Bilit sekolah yang tercinta
- Menjunjung wawasan negara
- Keranamu mencurahkan bakti dan jasa
- Kami jadi insan sempurna
GUBAHAN LAGU SEKOLAH 2024
Lagu: Jikoh Unggun & Pascalia Joy Paulus Laison
Lirik: Jikoh Unggun, Pascalia Joy Paulus Laison & M Sarip Hj Hakim
- Di tepi sungai lembah yang menghijau
- Gemerlap permata di desa
- Ilmu ditimba harapan dijangkau
- Demimu negaraku Malaysia
- SK. Bilit sekolah yang tercinta
- Mendidik kami dengan jayanya
- Budi dan jasamu tersemat dijiwa
- Tetap kukenang selamanya
- Alpha & Be Extraordinary
- Itulah motto sekolah kami
- Berilmu beramal mencurahkan bakti
- Demimu untuk pertiwi
- SK. Bilit sekolah yang tercinta
- Menjunjung wawasan negara
- Keranamu mencurahkan bakti dan jasa
- Kami jadi insan sempurna
Sejarah
Guru Besar SK Bilit:
- Baharun bin Adon (... - 1997)
- Julai David Gipin (1998 - ...)
- Jikoh Unggun (......- 2011)
- Said Saidi ( 2012)
- Jumat Yusuman (2013 - 2019)
- Brahim bin Zakaria (2019 - 2020)
- Abdul Rahman bin Ajis (Memangku 2020 - 2021)
- M Sarip bin Hj Hakim (2021 - hingga kini)
Pencapaian
Pada tahun 2014 Sk Bilit telah pertama kalinya memperolehi murid 5A dalam UPSR 2014. Pada tahun ini juga sekolah telah di Anugerahkan New Deals daripada KPM .
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Bilit
- W.D.T 22 Kota Kinabatangan
- 90200, Kinabatangan
- Sabah, Malaysia
- Telefon = TIADA
- Fax = TIADA
LAMAN FACEBOOK: https://www.facebook.com/share/17QYrHnFyb/
LAMAN YOUTUBE:
https://youtube.com/@alphasstudioskbk









