Sekolah Kebangsaan Bandar T6 | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Azam 15,Taman Sri Lambak, 86000, Kluang,, Johor Darul Takzim![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan Sekolah kerajaan |
Moto | Keyakinan Menjulang Kegemilangan |
Ditubuhkan | 01 Mac 2002 |
Nombor sekolah | 6077892263 |
Kod sekolah | JBA2053 |
Pengerusi PIBG | Encik Julian @ Amirul Sufiyan bin Mohd Salim |
Guru besar | Encik Abd Razak bin Abu Bakar |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Encik Hisham bin Ali |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Hjh Siti Alawiyah binti Ali |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Mohd Yusof bin Muharam |
Faks | 6077831118 |
Laman sesawang | skbandart6.blogpost.com |
Sekolah Kebangsaan Bandar T6 atau nama ringkasnya SK Bandar T6, dan kini dikenali dengan nama SaKTi6 selepas dibuat penjenamaan semula pada tahun 2022 merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Taman Sri Lambak,Kluang,Johor.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bandar T6 memiliki 657 pelajar lelaki dan 629 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1286 orang. Ia mempunyai seramai 75 orang guru.2009
Sejarah
Sekolah Kebangsaan Bandar T6 telah mula dibina pada awal tahun 1999 oleh Shaza Brothers Sdn.Bhd. Sekolah ini telah dibuka secara rasmi pada tanggal 1 Mac 2002 dan diterajui oleh 7 guru besar setakat 1 Januari 2021.
Pada tahun 2021, jumlah murid di sekolah ini mencecah sehingga lebih 1429 pelajar dengan 84 orang guru.
Lagu SaKTi6
Semangat wajar berbudi mulia Mendidik insan gigih berusaha Memimpin mendidik anak bangsa Bersama ke puncak jaya
Kau curahkan ilmu yang amat berharga Dengan berperinsipkan Rukun Negara Berkorban untuk Nusa dan Bangsa Berkidmat sepanjang masa
Sekolah Kebangsaan Bandar T6 Melangkah mengejar impian Bersatu bina era gemilang Dengan usaha yang cemerlang
Gagah berani hadapi cabaran Kami menaruh seribu harapan Namamu mekar tetap mengharumkan Sekolah Kebangsaan Bandar T6
Sekolah Kebangsaan Bandar T6 Melangkah mengejar impian Bersatu bina era gemilang Dengan usaha yang cemerlang
Gagah berani hadapi cabaran Kami menaruh seribu harapan Namamu mekar tetap mengharumkan Sekolah Kebangsaan Bandar T6
Senarai Guru Besar SK Bandar T6
Senarai guru-guru besar yang berkhidmat sejak sekolah ini dibuka pada tahun 2002:-
# | Nama | Tempoh perkhidmatan | |
---|---|---|---|
1 | Tuan Hj Nordin bin Miskam | 2002 - 2008 | |
2 | Encik Tukijan bin Masbor | 2008 - 2009 | |
3 | Puan Hjh Radziah binti Hj Mahadi | 2009 - 2011 | |
4 | Encik Hanif bin Ghazali | 2011 - 2013 | |
5 | Tuan Hj Mohmad Johari bin Abdul Rahman | 2013 - 2016 | |
6 | Encik Safiee bin Kassim | 2016 - Disember 2020 | |
7 | Encik Abd Razak bin Abu Bakar | Disember 2020 - kini |
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Bandar T6
- Taman Sri Lambak
- 86000, Kluang
- Johor, Malaysia
- Telefon = 6077892263
- Fax = 6077831118
Lihat juga
- Sekolah Agama Taman Sri Lambak
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar T6
- Taman Sri Lambak
- 86000 Kluang
- Johor