Sekolah Kebangsaan Bandar Putra, Kulaijaya | |
---|---|
![]() Lencana Sekolah | |
Alamat | Sekolah Kebangsaan Bandar Putra, Jalan Nuri 34, Bandar Putra, 81000 Kulaijaya, Johor. |
Moto Sekolah | Ilmu Optimis Iman |
Nama Singkatan | SKBP |
Telefon | 6075990534 |
Faksimili | 6075990534 |
Jenis Sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Kod Sekolah | JBA 8033 |
Guru Besar | En Ziman bin Mohammad |
PK Pentadbiran | Pn Intan Junizah binti Abdul Hamid |
PK HEM | Pn Norliza binti Ahmad |
PK Kokurikulum | Pn Norlida binti Mohamad Yusof |
PK Petang | Pn Noorsiati binti Kassim |
Yang Dipertua PIBG | En Mohd Yazit bin Mohd Khail |
Laman Web Rasmi | http://www.skbandarputra.com |
Sekolah Kebangsaan Bandar Putra atau nama ringkasnya SK Bandar Putra, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Nuri 34, Bandar Putra.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bandar Putra memiliki 955 pelajar lelaki dan 900 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1855 orang. Ia mempunyai seramai 96 orang guru.2009
Sejarah
Sekolah Kebangsaan Bandar Putra (SKBP) begitulah nama yang diberikan sebagai keluarga baru institusi pendidikan bagi daerah Kulai di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Kulai. Nama sekolah ini dipilih bersempena nama taman perumahan Bandar Putra kelolaan IOI Properties Bhd.
SKBP yang indah dan futuristik ini dibina di bawah projek secara rundingan terus ‘Design & Bulit’ untuk Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembinaan dimulakan pada 17 Jun 2001 dan siap dibina sepenuhnya kemudian diserahkan kepada JKR/PMC pada 20 Oktober 2003.
Bagi melicinkan pengurusan sekolah dari segi penerimaan peralatan dan perabot, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai telah melantik En Mohd Hazeyhan bin Totor sebagai penyelaras manakala En Rahim bin Jamian, Guru Besar SK Indahpura 1 sebagai Guru Besar Pembimbingnya. Pelajar sekolah ini terdiri daripada mereka yang mendiami kawasan perumahan Bandar Putra dan Ladang Swee Lam yang sebelum ini bersekolah di SK Indahpura 1 & 2, SK Taman Muhibbah, SK Senai dan SK Senai Utama.
Mulai bulan Disember 2003, sekolah ini mula beroperasi berikutan beberapa orang tenaga penggerak mula mengatur langkah merancang dan melaksanakan tugas bagi memastikan perjalanan sekolah terutamanya pada hari pertama sesi persekolahan 2004 berjalan dengan lancar. En Rahmat bin Ibrahim, En Hassan bin Ismail, En Sulaiman bin Yusoff dan beberapa orang guru telah memulakan tugas. Mesyuarat pertama bersama Guru Besar SKBP yang pertama, Tn Hj Mohamed Noor bin Ibrahim telah diadakan pada hari Selasa (23 Disember 2003) bersama warga pendidik cemerlang SKBP. Berkat komitmen dan penghayatan “Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing” beberapa aktiviti awal seperti Majlis Yassin/Tahlil & Doa Selamat (1 Januari 2004), Pendaftaran dan Pembayaran Yuran (2 Januari 2004), Hari Pertama Sesi Persekolahan (5 Januari 2004) dan Majlis Pelancaran Pengoperasian Sekolah pada 12 Januari 2004 berjaya dilaksanakan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah Sekolah
Bahawasanya Sekolah Kebangsaan Bandar Putra bercita-cita memberikan sedaya upaya asas pendidikan yang teguh, berkualiti dan bermoral sesuai dengan kurikulum sekolah rendah selaras dengan prinsip-prinsip rukun negara yang akhirnya akan melahirkan insan yang berfikiran positif, kreatif, inovatif, beriman dan seterusnya menjadi insan yang seimbang.
Visi Sekolah
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi Sekolah
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Objektif Kualiti Sekolah
Objektif Kualiti SK Bandar Putra:
- Melaksanakan 100% pengajaran & pembelajaran berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan kecuali berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan SK Bandar Putra.
- Memastikan pencapaian murid tahap 2 Sekolah Kebangsaan Putra mencapai 65% lulus keseluruhan atau peningkatan 3 % dari tahun sebelumnya dalam peperiksaan Pertengahan Tahun, Akhir Tahun dan UPSR.
- Memastikan 100% murid SK Bandar Putra mendapat Perkhidmatan Bimbingan dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya melainkan berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah.
- 100% aduan dan maklum balas pelanggan akan dilayan sebagaimana yang dinayatakan dalam Prosedur Kualiti Aduan dan Maklum Balas Pelanggan.
- Melaksanakan Pengurusan Kewangan Tanpa Teguran Audit.
Lencana Sekolah

Warna
Warna | Maksud |
---|---|
Merah | Melambangkan semangat warga pendidik yang mencurahkan ilmu dan pelajar yang berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan. |
Biru | Melambangkan penyatuan di antara warga pendidik dan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. |
Kuning | Melambangkan kesetiaan kepada pemerintah negara. |
Putih | Melambangkan kesucian dan ketulusan hati warga pendidik dalam mendidik anak bangsa. |
Objek
Objek | Maksud |
---|---|
Buku | Melambangkan ilmu pendidikan yang ada di sekolah. |
Perisai | Melambangkan ketahanan dan semangat jati diri dari segi mental dan fizikal. |
4 Gelung | Melambangkan 4 buah pasukan rumah sukan (Kasawari, Merak, Enggang dan Nuri). |
4 Perisai | Melambangkan 5 prinsip rukun negara. |
Lagu Sekolah
Teguh Gemilang Sekolah Cemerlang
Megah terbina indah
Tulus mendidik bangsa
Sekolah Bandar Putra
Harapan dan cita ibubapa
Melahir insan seimbang
Jitu guru terbilang
Sekolahku Cemerlang Gemilang dan Terbilang
Ilmu Optimis dan Iman
Itulah cogankata
Pegangan kita bersama
Berusaha mencapai cita
Kami bertekad kami berjanji
Menjadi insan yang terpuji
Teguh Gemilang Sekolah Cemerlang
Impian berwawasan
Senarai Guru Besar
No. | Nama | Tahun |
---|---|---|
1. | Tn Hj Mohamed Noor bin Ibrahim | 2003-2016 |
2. | En Ziman bin Mohammad | 2016-Kini |