Sekolah Kebangsaan (Lktp) Keratong 3 | |
---|---|
Lokasi | |
Bandar Tun razak, Rompin, Pahang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6094457420 |
Kod sekolah | CBA8023 |
Guru besar | Tengku Nazuen bin Tengku Ibrahim |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Siti Zubaidah binti Abu Bakar |
Penolong Kanan Kokurikulum | Mohd Zamzuri bin M. Razalee |
Faks | 6094455375 |
Sekolah Kebangsaan (LKTP) Keratong 3 atau ditulis ringkasnya SK (LKTP) Keratong 3 (SKK3) merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Felda Keratong 3, 26900 Bandar Tun Abdul Razak, Pahang Darul Makmur. Akronim LKTP bermaksud Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (atau FELDA - Federal Land Development Authority). Terletak di tanah rancangan FELDA Keratong 3, sekolah ini adalah kategori sekolah kerajaan peringkat Rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sekolah ini terletak di dalam Daerah Rompin, Pahang. Sekolah ini didaftarkan dengan Kod Sekolah CBA8023.
Sekolah ini mula dibuka pada tahun 1 Januari 1983 dan pada mulanya menumpang di bangunan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Felda Keratong 3. Awal tahun 1984, SKK3 telah berpindah ke bangunan sendiri dengan bangunan sekolah dua tingkat mengandungi lapan buah bilik darjah, sebuah perpustakaan, bilik guru dan pejabat pentadbiran
Pada masa kini, sekolah ini melaksanakan sesi persekolahan pada sebelah pagi sahaja. Bilangan murid adalah seramai 405 orang (data berakhir 31 Mei 2023). Murid prasekolah adalah seramai 50 orang. Sekolah ini mempunyai 34 orang guru, termasuk pentadbir, seorang Pembantu Tadbir (PT), seorang Pembantu Operasi (PO) dan dua orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Prasekolah. Sekolah ini juga mempunyai enam orang pekerja swasta bagi Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) dan empat orang pengawal Perkhidmatan Kawalan dan Keselamatan (PKK).
Sejarah
Sekolah Kebangsaan (LKTP) Keratong 3 atau ditulis ringkas SK (LKTP) Keratong 3 (SKK3), merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Felda Keratong 3, 26900 Bandar Tun Abdul Razak, Pahang Darul Makmur. Sekolah ini mula dibuka pada tahun 1 Januari 1983. Pada awal pembukaan, sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Agama Rakyat Felda Keratong 3. Pada masa itu, muridnya seramai 296 orang dengan 5 orang guru termasuk Guru Besar. En. Mohd Yusof bin Yaacob sebagai Guru Besar yang pertama. Pada 1 Mac 1983, murid bertambah kepada 403 orang dan sebanyak 9 buah kelas telah dibuka iaitu, Tahun Satu mempunyai 3 kelas, Tahun Dua mempunyai 2 kelas. tahun Tiga hingga Tahun Enam masing-masing 1 kelas. Bilangan guru juga bertambah kepada 14 orang.
Pada awal tahun 1984, sesi persekolahan mula menggunakan bangunannya sendiri. Bangunan sekolah dua tingkat, dengan lapan bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan, sebuah bilik guru dan sebuah bilik pejabat untuk pentadbiran. Sebuah bangunan 'Projek Kilat' yang mengandungi 4 buah bilik darjah juga turut dibina bagi menampung keperluan murid.
Bilangan murid sekolah ini terus meningkat kepada 588 orang dan bilangan kelas telah bertambah kepada 16 buah kelas dengan pertambahan guru seramai 23 orang. Oleh kerana kelas tidak mencukupi, pada tahun 1985, sekolah ini telah melaksanakan sesi persekolahan secara dua seisi iaitu 10 buah kelas dilaksanakan pada sesi pagi dan enam buah kelas pada sesi sebelah petang. Pada tahun ini juga dua orang pekerja am dan seorang kerani sambilan telah ditempatkan di sekolah ini.
Pada tahun 1986, 12 unit rumah guru projek gotong-rotong siap dibina bagi penempatan guru-guru. Pada 1 Mac 1987 sekolah ini telah dinaikkan taraf kepada sekolah Gred 'B' dan pada tahun ini juga ditempatkan seorang Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum secara hakiki.
Pada awal Tahun 1988, bilangan murid telah meningkat kepada 994 orang dan 27 buah kelas Tahun 1 hingga Tahun 6 telah dibuka. Bilangan guru meningkat kepada 39 orang. Oleh kerana pertambahan murid yang ramai, pada 1 Februari 1988 sekolah ini telah dinaikkan kepada sekolah Gred A. Pada tahun ini juga sebuah bangunan projek gotong-royong dengan empat buah bilik darjah telah dibina bagi menampung pertambahan murid. Pada tahun 1989, sebuah lagi bangunan tambahan dibina bagi menampung kekurangan bilik darjah berikut penambahan murid mencapai 1000 orang. Pada Tahun 1990, bangunan baru dengan lapan bilik darjah telah siap dibina dan digunakan dengan sepenuhnya. Sesi persekolahan masih lagi dilaksanakan pada sebelah pagi dan petang berikutan hanya terdapat 24 buah bilik darjah untuk menampung 27 buah kelas. Pusat Sumber juga telah ditambah menjadi dua bilik. Bilangan murid terus meningkat kepada 1097 orang dan bilangan guru turut bertambah kepada 44 orang guru.
Pada pertengahan tahun 1993, sebuah lagi bangunan baru dengan enam buah bilik darjah telah dibina dan digunakan sepenuhnya pada 1 Disember 1993. Sesi persekolahan masih lagi secara dua sesi dengan 20 kelas pada sesi pagi dan 10 kelas lagi pada sesi petang.
Kini, pada sesi persekolahan 2023-2024, bilangan murid adalah seramai 405 orang (Tahun 1 hingga Tahun 6) manakala bagi prasekolah mempunyai 50 rang murid. Bilangan guru termasuk pentadbir adalah seramai 34 orang dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir (PT), seorang Pembantu Operasi (PO) dan dua orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Prasekolah. Bagi perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan Sekolah (KBK), enam pekerja swasta membantu urusan kebersihan sekolah dan empat orang bagi Perkhidmatan Kawalan dan Keselamatan (PKK).
COGAN KATA SEKOLAH
"USAHA, JAYA, BAKTI"
USAHA - menunjukkan bahawa setiap murid hendaklah berusaha denga bersungguh-sungguh hingga ke peringkat tertinggi di samping bertawakkal kepada Allah SWT.
JAYA - hasil usaha yang bersungguh-sungguh diertai dengan tawakkal kepada Allah, insyaallah akan membuahkan kejayaan di dunia dan akhirat.
BAKTI - setelah mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi adalah amat perlu dicurahkan pula sumbangan bakti kepada keluarga, institusi, masyarakat dan negara.
LAGU SEKOLAH
Untuk guru tercinta
Serta rakan semua
Mari berganding tangan semua
Cita murni sejati
Bina masa depan
Yang cerah dan penuh gemilang
Sekolah kebanggaan kamiGuru menabur bakti
Indahnya persekitaranmu
SK Keratong 3
Jasamu tak ku lupa
Kami anak harapan bangsa
Berilmu dan berjasaWawasan hidup kita
Mari menuju ke era jaya
SK Keratong 3
Bagaikan mutiara
Kami bangga menjadi wargamu
SK Keratong 3 sekolahku
PENTADBIRAN SEKOLAH
Guru Besar : Tengku Nazuen bin Tengku Ibrahim
Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik : Siti Zubaidah binti Abu Bakar
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid : Haji Noor Azmi bin Mohamad
Guru Penolong Kanan Kokurikulum : Mohd Zamzuri bin M. Razalee
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Kebangsaan (LKTP) Keratong 3
- 26900 Bandar Tun Razak
- Pahang, Malaysia
- Telefon = 6094457420
- Fax = 6094455375