Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Saraswathy | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Sungai Buloh, SUNGAI BULOH, Selangor![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 361565751 |
Kod sekolah | BBD8457 |
Faks | 361565751 |
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Saraswathy atau nama ringkasnya SJK (T) Saraswathy, merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan yang terletak di Sungai Buloh.
Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Saraswathy memiliki 364 pelajar lelaki dan 383 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 747 orang. Ia mempunyai seramai 36 orang guru.2009
Sejarah
Pada 10.2.1947 Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Saraswathy ini ditubuhkan. Pada awal –awal lagi sekolah ini beroperasi di sebuah rumah di Bunjong dibawah pengawasan seorang pegawai. Pada awalnya beroperasi dengan seramai 12 orang murid dan seorang guru yang bernama En.Thomas. Selepas mendapat arahan daripada kerani pada masa itu iaitu En.Benet, sekolah yang beroperasi di rumah ini ditutup. Ini kerana murid yang belajar di sana bukannya anak setempat. Anak setempat belajar di sekolah tamilBunjong dan di sekolah tamil Sin Leong.
Selepas penutupan sekolah ini penduduk setempat mengadakan mesyuarat segera untuk membuat keputusan. Dalam mesyuarat itu ramai penduduk menyokong untuk membina sekolah tamil di sekitar Sungai Buloh ini. En.Ponnaiah adalah pengasas bagi sekolah SJK T Saraswathy ini. Pada awalnya sekolah ini diadakan di sebahagian rumahnya. Seorang guru yang bernama Pn.Mary dan dua belas orang murid yang mengikuti pelajaran di sana.
Pada 1948 penjajahan Komunis bermula dan darurat juga bermula di sini. Jadi, rumah dan kedai dimusnahkan. Penduduk setempat berhijrah ke RRI dan Kampung Pandan. Pada 1949, sebuah sekolah yang mempunyai sebuah bilik darjah sahaja dibina di tanah kerajaan. Ini adalah usaha kerjasama daripada En.Ponnaih dan En.Ellappan. sekolah inilah diberi nama sekolah tamil Saraswathy. Guru besar pertama ialah En.Kiragham. En.Kiragham diberkas kerana ada perhubungan dengan komunis.
Pada tahun 1950 hingga 1952 seorang guru sahajamengajar di sekolah ini. Tetapi maklumat tentang guru tersebut tidak dapat diperolehi .selepas itu, En.Rasaiah yang berasal dari Kuala Lumpur mengajar di sekolah Saraswathy ini. Pada tahun 1958 jumlah murid menjejaki 30 orang. Pada tahun ini juga sebuah bilik darjah baru dibina bagi menampung jumlah murid yang bertambah itu. Ada seorang guru yang bernama En.Munusamy bekerja di sekolah ini sehingga 1959.
Pada masa ini murid tahun satu belajar di sekolah ini dan murid tahun 2 dan 3 belajar di sekolah tamil LadangBunjong. Manakala, murid tahun empat dan tahun lima belajar di sekolah tamil Ladang Sin Leong dan murid tahun enam belajar di sekolah di Ladang RRI. Pada tahun 1959 hingga 1961 Pn.R.Gunasili Victor menjadi gurubesar sekolah ini. Pada tahun 1961 semua sekolah tamilsekitar Sungai Buloh ini dijadikan sebuah sekolah sahaja di sekolah Saraswathy ini.
Pada tahun 1961, Lembaga Pengelola sekolah ditubuhkan. Pengerusi pertama ialah En.A.V.Suppiah Pada tahun ini juga Guru besar sekolah ditukarkan,iaituEn.M.Rasaiah menjadi guru besar yang keenam. Pada masa inilah sekolah ini mendapat tanah yang sah untuk membina sekolah. En.M.Rathnam adalah orang yang bersusah payah untuk menjadikan sekolah ini sebagai sekolah bantuan kerajaan.
Pada tahun 1976 sebuah bangunan yang bertingkat dua dibina bagi memuatkan murid yang berjumlah 400 orang. Bangunan ini dibina oleh En.Ong Seng Lee. Sekolah ini mendapat sekolah Gred ‘B’. Pada tahun 1996 sekolah ini mempunyai enam bangunan yang berbilik 16 dan 24 orang guru dan 500 orang murid. Pada 1997 sebuah bilik sains dan sebuah bilik Komputer dibina.
Pada 2003, sebuah bangunan yang bertingkat empat dibina dengan bantuan En.Vijian, En.P.Thevaraj dan Dato Senator M.Rathnam. Bangunan ini mempunyai 16 bilik
SENARAI NAMA GURU BESAR DI SJK T SARASWATHY
1949 - 1950 En.Kiragham
1950 - 1952 Maklumat tidak dapat diperolehi
1953 - 1958 En.O.Rasaiah
1958 - 1959 En.Munusamy
1959 - 1961 Pn.R.Gunasili
1961 - 1976 En.M.Rasaiah
1977 - 1981 En.R.Vijaya Rengam
1982 - 1983 En.K.Muniyandi
1984 - 1989 En.S.Sivapragasam
1989 - 2002 Pn.K.Ghajaletchumy
2003 - 2003 En.R.Varnamuthu AMN,PPT,PJK
2003 - 2006 Pn.A.Kayarkanni
2006 – Sept 2015 Pn.M.Sivakami
Oct 2015 – 2016 En M.Subramaniam
Okt 2016 - 2 Dis 2019 Pn M.Yasotha
2 Dis 2019 - kini En Rajamanickam Vellayan
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Saraswathy, Jalan Hospital
- 47000 Sungai Buloh
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 0361565751
- Fax = 0361565751