Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Bukit Kledek | |
---|---|
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6065229461 |
Kod sekolah | NBD5033 |
Faks | 6065229461 |
![]() |
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Bukit Kledek atau nama ringkasnya SJK(T) Ladang Bukit Kledek, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Ladang Bukit Kledek.[1]
Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Bukit Kledek memiliki 19 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 34 orang. Ia mempunyai seramai 8 orang guru.2009
Sejarah
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Bukit Kledek ditubuhkan pada tahun 1948. Ia terletak di dalam sebuah ladang getah yang bernama Ladang Bukit Kledek, satu tempat yang terpencil di pinggir Negeri Sembilan.
Pada asalnya, tujuan sekolah ini ditubuhkan adalah untuk menjaga anak-anak pekerja ladang ini di samping memberi pendidikan formal.
Pada peringkat awal sekolah ditubuhkan, ia bertempat di sebuah rumah pekerja yang dimiliki oleh Ladang Bukit Kledek. Rumah itu hanya mempunyai sebuah bilik darjah. Sumber kewangan bagi menguruskan sekolah ini ialah hasil sumbangan serta derma daripada pengurus ladang dan pemimpin-pemimpin kaum Cina dan India.
Pada tahun 1963, kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan sekolah yang baru atas permintaan Guru Besar dan Ahli Lembaga Pengurus Sekolah bagi penggunaan kedua-dua buah sekolah dalam ladang tersebut, iaitu SRJK(C) Ladang Bukit Kledek dan SRJK(T) Ladang Bukit Kledek. Bangunan ini mengandungi tiga buah bilik darjah dan sebuah bilik guru. Bangunan ini digunakan oleh kedua-dua buah sekolah tersebut secara bergilir-gilir, iaitu pada sidang pagi dan petang.
Memandangkan bilangan murid yang semakin bertambah, maka sekolah ini pun memohon kepada kerajaan supaya membina sebuah bangunan sekolah yang baru bagi menampung keperluan. Pada tahun 1982, kerajaan telah memberi peruntukan sebanyak RM20,000.00 untuk membina sebuah bangunan yang mengandungi dua buah bilik darjah. Perbelanjaan berlebihan disumbang oleh orang ramai.
Pada tahun 1986, sebuah bilik guru telah dibina.
Pada tahun 1990, sekolah ini sekali lagi mendapat peruntukan sebanyak RM10,000.00 daripada kerajaan untuk membina sebuah pusat sumber. Akan tetapi, mulai tahun 1991, sekolah ini menghadapi masalah kekurangan murid. Ramai pekerja kaum Cina telah berpindah dari ladang kerana pendapatan rendah dan ingin mencari rezeki yang lebih lumayan di luar. Sehingga kini SJK(T) Ladang Bukit Kledek mempunyai 4 buah bangunan dan semuanya sedang digunakan.
Alamat
- Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Bukit Kledek
- Ladang Bukit Kledek
- 73200, Gemencheh
- Negeri Sembilan, Malaysia
- Telefon = 606 - 536 0061
- Faks = 606 - 536 0061
Bekas ahli-ahli SJK(T) Ladang Bukit Kledek
Senarai bekas guru-guru besar
- En. S. Velu 1965
- En. K. Perumal 1979
- En. S. Vannimuthu 1981
- En. P. Sekar 1986
- En. S. Velu 1996
- En. M. Mahendran 2002
- En. C. Sundraj 2005
- En. K. Rajammah 2005
- En. S. Kannan 2007
- En. K. Sundram 2008
- En. P. Agnes Chelvi 2009
- En. K. Sundram 2009 – 2014
- En. K. Vasu 2014 – 2016
- En. Jayabalan Kandiah – Dis 2016
Guru-guru yang pernah mengajar
- Pn. Karpagam Renggasamy
- En. Jayabalan Kandiah
- En. Gunasegaran – telah meninggal dunia
- Pn. Muniammah
Senarai bekas pelajar yang berjaya
- Siva Velayutham
- Pn. Saraswathy Ponnusamy – Universiti Terbuka Malaysia – Guru akademik
- Pn. Renuga Narayanan – Universiti Terbuka Malaysia – Guru akademik
- Lalitha Sritharan – Pembantu perubatan
- Prema Chandran – Pembantu perubatan
- Banupriya Chandran – Pembantu perubatan
Pencapaian akademik
TAHUN | 7A/8A | MIN KOMP | GPS |
---|---|---|---|
2002 | 0 | 20% | 3.47 |
2003 | 0 | 0.0 | 3.29 |
2004 | 0 | 22.2 | 3.59 |
2005 | 0 | 66.7 | 2.76 |
2006 | 0 | 20 | 3.06 |
2007 | 0 | 37.5 | 3.11 |
2008 | 0 | 14.3 | 3.47 |
2009 | 0 | 0.0 | 3.53 |
2010 | 1 | 50 | 2.00 |
2011 | 0 | 83.3 | 1.93 |
2012 | 0 | ||
2013 | 0 | ||
2014 | 0 | ||
2015 | 0 | 80 | 1.95 |
2016 | 0 | 100 | 1.13 |
2017 | |||
2018 |