Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Serdang Baru (1) | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Jalan Sekolah, SERI KEMBANGAN, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 03-95467165 |
Kod sekolah | BBC8405 |
Guru besar | Gan Beow Tuan |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Ong Chun Hor |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Ang Kong Yew |
Penolong Kanan Kokurikulum | Gan Kim Soon |
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Serdang Baru (1) atau nama ringkasnya SJK (C) Serdang Baru (1), merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan yang terletak di Jalan Sekolah.
Pada Tahun 2016, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Serdang Baru (1) memiliki 1355 pelajar lelaki dan 1345 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2700 orang. Ia mempunyai seramai 109 orang guru.2009
Sekolah ini dibina pada tahun 1951.Pada Awalnya,Sekolah Ini hanya ada 13 buah kelas dan nama asalnya ialah Sekolah Pei Yin.Pada Tahun 1952 , Kerajaan British Telah Menukarkan Nama sekolah tersebut ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Serdang Baru 1 dan 2.
Pada Tahun 1966,Sekolah Tersebut Mempunyai Seramai 1900 orang murid dan 50 orang guru Pada Masa Itu,Sekolah Tersebut mempunyai Murid yang paling banyak.Jadi,Jabatan Pendidikan Telah Pisahkan Sekolah Menjadi Dua Buah.Nama sekolah lain ialah SJK(C) Serdang Baru 2.
Pada Tahun 1975 ,PIBG Sekolah Tersebut telah merancang untuk membina sebuah dewan.Selain membina dewan,PIBG sekolah juga merancang untuk membina sebuah bangunan sekolah yang baru untuk murid darjah 1 dan darjah 2.
Pada Tahun 1976, Sekolah Tersebut Bergabung dengan SJK(C) Serdang Baru 2 untuk mendapat sumbangan daripada penduduk kampung supaya dapat membina Dewan dan Bangunan Yang Baru untuk murid.
Pada Tahun 1978,Kedua-dua sekolah bergabung lagi untuk membina bangunan yang baru untuk murid kerana terlalu ramai murid .Pada Tahun itu , jumlah murid ialah 2050 orang.
Pada Tahun 1982,Bangunan dan juga Dewan telah disiap bina.11 Jun 1982,Penolong Kanan SJK(C) Serdang Baru 1 telah merasmikan Dewan Tersebut dan Namakan Dewan itu sebagai Dewan SJK(C) Serdang Baru 1.
Pada Tahun 1985,Dewan Serbarguna Telah diaktifkan.Bangunan Tingkat Paling Bawah adalab menjadi sebagai Bilik Ping Pong dan juga Bilik Doktor Gigi.Tingkat kedua adalah sebagai perpustakaan dan Bilik Komputer . Bangunan yang paling atas ialah Asrama Guru.
Pada Tahun 2013, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Serdang Baru 1 telah mendapat rekod yang baru dalam keputusan UPSR, iaitu 17 murid dapat 7A.
Pada Tahun 2016,Sekolah Tersebut didapati Tahun 2017 akan menukarkan Ujian Percapaian Sekolah Rendah kepada Ujian KSSR untuk Murid Darjah 6.
Keluasan Sekolah =65318724 m Kos Pembinaan =1.5 juta Dibina oleh=Kerajaan British Tahun Dibina =1951
Alamat
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Serdang Baru (1)
- Jalan Sekolah
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 389486644
- Fax = 389422791