| Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Aik Hua 益华学校 | |
|---|---|
Peta Lokasi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Pulau Pinang | |
| Alamat | |
| 3 Lilitan Sungai Ara Bayan Lepas, 11900, Pulau Pinang Malaysia | |
| Koordinat | 5°20′06″N 100°16′24″E / 5.33500°N 100.27335°E |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah Jenis Kebangsaan |
| Ditubuhkan | 1913 |
| Pengasas | Persatuan Hainan Pulau Pinang / Penang Hainan Association |
| Status | Sekolah Kurang Murid |
| Autoriti | Ministry of Education |
| Nombor sekolah | +6042617954 |
| Kod sekolah | PBC3031 |
| Pengerusi | Dato' Gary Choot |
| Guru besar | Tey Kwee Chin |
| Kemasukan | 146 |
| Faks | +6042617954 |
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Aik Hua (Cina Ringkas: 益华学校; Cina Tradisional: 益華學校; Inggeris: Aik Hua School) atau dikenali sebagai SJKC Aik Hua merupakan sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di 93 Lebuh Muntri, George Town, Pulau Pinang.[1] Pada tahun 2020, sekolah ini mempunyai seramai 70 orang pelajar dan 17 orang guru.[2] Pada 1 Mac 2024, sekolah Aik Hua dengan 146 organg pelajar, 15 orang pendidik, 5 orang kerani telah dipindah ke 3 Lilitan Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas,
Sejarah
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Aik Hua telah ditubuhkan pada tahun 1913. Ianya mula bertapak di premis dari Aik Chee Reading Club yang terletak di 48 Lebuh Muntri.[1] Ianya juga menjadi sekolah jenis kebangsaan Cina yang pertama di Pulau Pinang yang menawarkan kelas pendidikan khas.[3] Oleh kerana penghijrahan penduduk setempat, jumlah pelajar di sekolah ini semakin berkurangan. Bilangan pelajar disekolah ini semakin menurun ke bawah 100 pada tahun 1970.[3] Pada tahun 2004, pengetua pada ketika itu mula menerima pelajar khas dengan semangat dan kelas pendidikan khas dirasmikan pada tahun 2012.[3] Pada 1 Mac 2024, sekolah ini telah dipindah ke 3 Lilitan Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas.
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Aik Hua
- 3 Lilitan Sungai Ara
- 11900 Bayan Lepas
- Pulau Pinang
- Malaysia
- Telefon = +6046116350
- Fax
Rujukan
- ^ a b "SJKC Aik Hua (益华学校)" (dalam bahasa Inggeris). Penang TravelTips. Dicapai pada 25 Februari 2021.
- ^ Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (10 Jun 2020). "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2020". Diarkibkan daripada yang asal (XLSX) pada 10 Februari 2021. Dicapai pada 10 Februari 2021 – melalui moe.gov.my.
- ^ a b c "新校舍无障碍设施更完善 益华特殊生 学习也无忧" (dalam bahasa Cina). 27 Mac 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada April 14, 2019. Dicapai pada 25 Februari 2021 – melalui www.kwongwah.com.my.








