| Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Sungai Besar, 45300, Sungai Besar, | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Menengah |
| Moto | BERILMU BERIMAN BERAMAL |
| Nombor sekolah | 03 - 3224 2564 |
| Kod sekolah | BFT6006[1] |
| Pengerusi PIBG | Tuan Mohd Hairi bin Jelani |
| Pengetua | Pn. Hjh. Nor Hawani binti Harun |
| Kelas | 15 buah |
| GPK Pentadbiran dan Akademik | Tn. Hj. Mohd Nizam bin Idris |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Zuraida binti Fuad |
| Penolong Kanan Kokurikulum | Tn. Hj. Nasarudin bin Jajuli |
| Faks | 03 - 3224 2564 |
| https://samtajsb.blogspot.com/p/sejarah-sekolah.html | |
Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah atau nama ringkasnya SAMTAJ merupakan sebuah Sekolah Agama Menengah yang terletak di Jln. Kg. Nelayan, Sungai Besar.
Pada 2025, Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah memiliki 119 pelajar lelaki dan 252 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 371 orang. SAMTAJ mempunyai pendidik seramai 39 orang guru.2025
Sejarah
Sekolah ini telah diasaskan pada tahun 1952 oleh beberapa orang pengasas utamanya yang terdiri daripada bekas pengetuanya yang pertama iaitu Al Marhum Tuan Haji Abdullah Mukri bin Haji Ahmad, bekas pengerusi Lembaga Tadbir dan ADUN Sungai Besar iaitu Al Marhum Tuan Haji Abu Samah bin Nordin, Al Marhum Raja Abdullah (bekas penghulu) dan Tuan Haji Mohd Nor bin Haji Abdullah (bekas ketua kampung Sungai Besar). Di awal penubuhannya, sekolah ini dikenali sebagai sebuah Sekolah Agama Rakyat dan terletak di Jalan Parit Satu Sungai Besar. Kejayaan penubuhan sekolah ini adalah hasil kutipan derma orang ramai sebanyak sepuluh sen yang diambil daripada setiap guni padi mereka.
Seterusnya, pada tahun 1957 sebuah bangunan baru yang diperbuat daripada kayu telah didirikan di tapak yang sama dengan bantuan Kerajaan Persekutuan (Bantuan Rancangan Luar Bandar). Sekolah ini telah dirasmikan oleh Al Marhum DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan pada 2hb Januari 1962. Bermula dari saat itu sekolah ini telah diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai pengelolanya. Oleh kerana sambutan masyarakat terhadap pendidikan agama begitu menggalakkan dan sekolah di tapak yang lama tidak mampu menampung lagi bilangan pelajar yang semakin ramai dan tambahan pula bangunan sekolah juga telah beransur uzur maka Kerajaan Selangor telah bersetuju memperuntukkan wang sebanyak 1.4 juta bagi membina bangunan sekolah yang baru. Rentetan itu pada tahun 1986, Kerajaan Selangor telah membina bangunan yang baru di atas tanah kerajaan seluas 12.22 ekar yang terletak di Jalan Baru Kampung Nelayan Sungai Besar. Sekolah baru ini mempunyai tiga blok bangunan dua tingkat yang dilengkapi dengan kantin, perpustakaan, makmal sains, pejabat dan bilik solat. Sekolah ini mula digunakan pada Januari 1987 bersamaan 23 Jamadil Awal 1407 dan dikenali dengan nama Sekolah Agama Menengah Sungai Besar (SAMSB).
Empat tahun selepas itu, pada 27hb Julai bersamaan 15 Muharram 1412 sekolah baru ini telah dirasmikan oleh al-Marhum DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Secara rasminya sekolah ini telah ditukar nama daripada Sekolah Agama Menengah Sungai Besar kepada Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah (SAMTAJ) bersempena nama nenda Sultan Selangor. Pengetua pada waktu itu ialah Ustaz Ismail bin Haji Abd. Gani dan pada hari ini sekolah ini diterajui oleh Pengetua, Pn. Hjh. Nor Hawani binti Harun, Guru Penolong Kanan 1, Tn. Hj. Mohd Nizam bin Idris, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Zuraida binti Fuad dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Tn. Hj. Nasarudin bin Jajuli
Kini seramai lebih kurang 371 orang murid yang terdiri daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima sedang menimba ilmu pengetahuan di sekolah ini. Terdapat dua jenis peperiksaan utama iaitu, Sijil Menengah Agama (SMA) bagi tingkatan empat dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tingkatan lima. Peratus kelulusan peperiksaan juga begitu menggalakkan untuk kedua-dua peperiksaan meskipun murid-murid yang mendaftar ke sekolah ini tidaklah mengutamakan kelulusan cemerlang dalam PSRA sebagai syarat kemasukkannya.
Tenaga pengajar sekolah ini pula seramai 39 orang yang terdiri daripada 11 orang guru lelaki dan 38 orang guru perempuan. Guru-guru ini berkelulusan ijazah dari dalam dan luar negara. Kegiatan kokurikulum juga diutamakan seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan murid yang berwibawa yang akan mewarisi kepimpinan Negara pada masa akan datang sekaligus menjadikan murid yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah/sosial.
Alamat
- Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah
- Jln Kg Nelayan, Sungai Besar,
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 0332242564
- Fax = 0332242564









