Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. (September 2017)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Fenomena sejarah penjajahan adalah satu fenomena yang berlaku di seluruh dunia merentasi masa, merangkumi pelbagai orang yang berbeza seperti Hittites, Inca dan Empayar British. Kolonialisme Eropah, atau imperialisme, bermula pada abad ke-15 dengan "Zaman Penjelajahan ", yang dipimpin oleh Empayar Portugis dan Empayar Sepanyol penerokaan Amerika, dan pantai Afrika, Timur Tengah, India, dan Asia Timur. Menjelang abad ke enam belas dan ke tujuh belas, England, Perancis dan Belanda menubuhkan empayar mereka sendiri di luar negara mereka, bersaing secara langsung sesama sendiri. Pada penghujung abad ke lapan belas dan sembilan belas melihat era nyahkoloni pertama apabila kebanyakan koloni Eropah di Amerika mendapat kemerdekaan mereka dari "metropole" masing-masing. Sepanyol dan Portugal menjadi lemah selepas kehilangan koloni Dunia Baru mereka, tetapi Kerajaan Great Britain (selepas penyatuan penyatuan England, Wales, dan Scotland), Perancis dan Belanda mengalihkan perhatian mereka kepada Dunia Lama, terutamanya Afrika Selatan, India dan Asia Tenggara, di mana wilayah pantai telah pun ditubuhkan. Pengilangan pada abad ke kesembilan belas mendorong kepada apa yang telah digelar era Imperialisme Baru, apabila kadar penjajahan dipercepatkan, memuncak dengan apa yang dikenali sebagai Perebutan Afrika]], di mana Belgium adalah peserta utama dan Jerman peserta terkecil. Pada abad kedua puluh, jajahan luar negara yang kalah Perang Dunia Pertama telah diagihkan di kalangan pihak yang menang menurut mandat Liga Bangsa-bangsa ("League of Nations"), tetapi ia hanya pada akhir Perang Dunia Kedua barulah fasa kedua dekolonisasi bermula dengan bersungguh-sungguh. Pada tahun 1999 Portugal memulangkan koloni Eropah terakhir di Asia, Macau, ke China, yang mengakhiri era yang telah berlangsung selama lima ratus tahun.
Penjajahan dan koloni Portugis dan Sepanyol
Dasar pengkolonian Eropah sama ada yang berlaku di hemisfera barat atau di hemisfera timur berakar umbi dari penjelahan Portugis. Penjelajahan ini bermotifkan ekonomi serta bertujuan mengembangkan ajaran Kristian ke luar Eropah. Apabila berjaya menemukan sumber rempah ratus secara terus, Portugis berpendapat keuntungan perdagangan rempah ratus dapat dibolot sepenuhnya oleh mereka tanpa perlu lagi bergantung dengan perdagangan dengan Arab. Portugis juga ingin mengesahkan mengenai cerita dongeng tentang kerajaan Kristian di luar Eropah yang diketuai oleh Prestor John.
Usaha koloni Eropah di kedua-dua Hemisfera Timur dan Hemisfera Barat berasal dari penjajahan Portugis. Terdapat dorongan kewangan dan keugamaan disebalik penjelajahan ini. Dengan menjumpai sumber perdagangan rempah yang menguntungkan, pihak Portugis boleh mendapatkan keuntungannya untuk diri mereka sendiri. Mereka juga dapat mengesahkan kewujudan kerajaan Kristian Prestor John, dengan matlamat mengepung Empayar Islam Uthmaniah. Tapak pertama di luar Eropah diperolehi dengan penaklukan Ceuta pada tahun 1415. Semasa abad ke-15 pelayar Portugis menjumpai kepulauan Atlantik Madeira, Azores, dan Cape Verde, yang kemudiannya diduduki, dan semakin mara sepanjang persisiran barat Afrika sehingga Bartolomeu Dias membuktikan bahawa ia adalah mungkin untuk belayar mengelilingi Amerika dengan meintasi Tanjung Harapan pada tahun 1488, menempa jalan bagi Vasco da Gama sampai ke India pada tahun 1498.
Kejayaan Protugis mendorong kepada pihak Sepanyol membiayaai misi oleh Christopher Columbus pada tahun 1492 untuk meneroka laluan lain ke Asia, dengan belayar ke barat. Apabila Columbus akhirnya mendarat di apa yang kini dikenali sebagai Bahamas dia percaya bahawa dia telah sampai ke pantai Jepun, tetapi dia sebenarnya "sampai" pulau pinggir benua baru, Amerika.
Selepas kepulangan Christopher Columbus ke Eropah, perselisihan di antara Portugis dan Sepanyol mengenai kawasan penerokaan termeterai melalui Perjanjian Tordesillas pada tahun 1494, di mana kawasan di luar Eropah dibahagikan kepada dua kerajaan Iberia tersebut yang disempadani dengan Cape Verde. Secara teknikal, seluruh benua Amerika adalah terbuka kepada kerajaan Sepanyol untuk diterokai, namun apabila pelayaran Pedro Álvares Cabral ke India berlaku kesilapan navigasi laluan sehingga menyebabkan kumpulan pelayaran mereka berlabuh di pinggir laut Brazil. Kesilapan navigasi dan kesukaran pada zaman itu untuk mengukur longitud menyebabkan sebahagian daripada Brazil tertakluk di bawah kawasan jajahan Portugal.
Kesahihan persempadanan Perjanjian Tordesillas diuji sekali lagi apabila Ferdinand Magellan, seorang pelayar Portugis yang berlayar di bawah panji kerajaan Sepanyol, telah tiba di Filipina pada tahun 1521. Ferdinand Magellan menemui Filipina melalui laluan paling selatan Amerika Selatan mengikut Selat Magellan.
Pada kurun ke-16, Portugis meneruskan usaha pelayarannya ke dua-dua belah lautan hemisfera timur dan hemisfera barat. Dalam penerokaan sepanjang benua Asia, mereka telah membuat pertemuan yang julung kalinya di antara masyarakat Eropah serta masyarakat yang ditemui di sepanjang laluan di negara-negara yang kini dikenali sebagai Mozambique, Madagascar, Sri Lanka, Malaysia, Indonesia, Timor Leste, China dan sehingga ke Jepun. Pada ketika itu, Portugis di Asia telah bertembung dengan kerajaan-kerajaan yang sudah lama terbentuk serta mempunyai penduduk yang ramai. Portugis telah membina kerajaan persisir laut di tempat-tempat yang ditakluki seperti yang dilakukan di Goa, Melaka dan Macau. Petempatan yang ditakluki dilengkapi dengan kubu pertahanan yang lengkap dengan meriam disamping dengan pelabuhan untuk memuatkan barang dagangan. Segala aktiviti hanya dipusatkan di kawasan petempatan yang ditakluki tanpa membabitkan kawasan-kawasan di sekeliling. Oleh itu kesan penjajahan Portugis tidak memberi kesan yang mendalam terhadap cara hidup masyarakat setempat. Manakala di sebelah lain di dunia, di sebelah barat, Portugis memulakan pengkolonian di sebuah kawasan yang amat luas yang kini dikenali sebagai Brazil. Kerajaan Sepanyol pula melalui tentera conquistadores mereka telah menakluk kawasan-kawasan New Spain, Peru dan kemudiannya Rio de Plata(Argentina) serta New Granada(Colombia) untuk dijadikan sebagai tanah jajahan di bawah mahkota kerajaan Sepanyol (viceroyalties).
Selepas Columbus kembali ke Eropah, tuntutan saingan Sepanyol dan Portugis bagi tanah yang belum dijumpai diselesaikanpada tahun 1494 dengan with the Perjanjian Tordesillas, yang membahagikan dunia di luar Eropah secara esklusif dwipoli antara kedua kerajaan Iberian sepanjang meridian utara selatan 370 league barat Tanjung Verde. Secara teknikal ini bererti keseluruhan Amerika terbuka bagi koloni Sepanyl, tetapi apabila pelayaran Pedro Álvares Cabral ke India terkeluar haluan dan mendarat di persisiran Brazil, kesilapan navigasi dan ketidakupayaan pada masa itu untuk mengukur dengan tepat bererti Brazil jatuh ke tangan Portugis.
Sempadan yang ditetapkan oleh Perjanjian Tordesillas sekali lagi diuji apabila Ferdinand Magellan, penjelajah Portugis yang berlayar di bawah bendera Sepanyol beleyar ke Filipina pada tahun 1521. Kedua empayar sejagat kini, yang bermula dari arah bersetentangan, akhirnya bertemu di sebelah sana dunia.
Semasa abad ke-16, Portugis terus mara ke timur dan barat lautan. Ke arah Asia mereka membuat hubungan pertama antara Eropah dan penduduk yang mendiami kawasan yang kini adalan negara Mozambique, Madagascar, Sri Lanka, Malaysia, Indonesia, East Timor (1512), China, dan akhirnya Jepun). Di arah bersetentangan, Portugis menkoloni jajahan yang luas yang akhirnya menjadi Brazil, dan conquistadores Sepanyol menubuhkan Viceroyalties New Spain yang luas dan Viceroyalty Peru, dan kemudiannya Viceroyalty Río de la Plata (Argentina) dan Viceroyalty New Granada (Columbia). Di Asia, Portugis bertembung dengan masyarakat silam dan berpenduduk, dan menubuhkan empayar laluan laut terdiri daripada pos perdagangan pantai bersenjata sepanjang laluan perdagangan mereka (seperti Goa, Melaka dan Macau), dengan itu mereka memiliki kesan budaya yang agak sedikit pada masyarakat yang mereka memaksa berdagangan dengan mereka. Di Hemisfera Barat, koloni Eropah membabitkan penghijrah sejumlah besar penduduk, tentera dan pentadbir yang bertujuan memiliki tanah dan menggunakan penduduk asli Amerika yang mereka anggap primitif (sebagaimana dilihat melalui kaca mata Dunia Silam). Hasilnya pengkoloni Dunia Baru adalah bencana: penduduk tempatan tidak mampu bertanding dengan teknologi Eropah, kekejaman, atau penyakit mereka yang menghancurkan penduduk asli.
Dasar pengkolonian Eropah sama ada yang berlaku di hemisfera barat atau di hemisfera timur berakar umbi dari penjelahan Portugis. Penjelajahan ini bermotifkan ekonomi serta bertujuan mengembangkan ajaran Kristian ke luar Eropah. Apabila berjaya menemukan sumber rempah ratus secara terus, Portugis berpendapat keuntungan perdagangan rempah ratus dapat dibolot sepenuhnya oleh mereka tanpa perlu lagi bergantung dengan perdagangan dengan Arab. Portugis juga ingin mengesahkan mengenai cerita dongeng tentang kerajaan Kristian di luar Eropah yang diketuai oleh Prestor John.