Sebahagian dari siri mengenai |
القرءان الکريم al-Quranul Karim |
---|
![]() |
Menurut pandangan Islam, Allah (Tuhan di Islam) telah menurunkan Al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Muhammad, dan kewujudan Allah dengan segala sifat-sifat kesempurnaanNya. Membaca Al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadah. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama umat Islam di samping sunnah Muhammad. Al-Quran dinukilkan secara mutawatir (berperingkat atas sebab penurunannya), dan mashaf yang lazim ditemui hari ini dikenali sebagai mashaf Uthmani. Rencana ini mengemukakan satu kajian tentang asal-usul dan sejarah Al-Quran, dari segi cara wahyu diturunkan, peringkatnya, tempat turunnya, masanya, awalnya dan akhirnya. Disertakan juga maklumat tentang pengumpulan dan pembukuan Al-Quran.