- Untuk masa sebelum zaman penjajahan lihat Sejarah Amerika Utara
Amerika Syarikat terbentuk dari koloni Inggeris yang menentang cukai Inggeris dengan slogan "Tiada cukai tanpa perwakilan". Pada 4 Julai 1776, wakil dari 13 koloni menandatangai Deklarasi Kemerdekaan Amerika Syarikat. Melaluinya mereka mengisytiharkan sebagai negeri-negeri bebas dan merdeka dari Inggeris. Britain cuba untuk menawan kembali koloni-koloni tersebut dalam Perang Revolusi Amerika tetapi gagal.
Permulaan
Pada tahun 1781, koloni menubuhkan sebuah kesatuan melalui Artikel Konferedasi. Tetapi ia hanya bertahan selama enam tahun. Pada 1787, satu perlembagaan ditulis. Tidak lama selepas itu, Undang-Undang Hak Asasi ditambah. Ia adalah satu set 10 pindaan undang-undang yang menghadkan kuasa kerajaan dan menjamin hak-hak rakyat. Tujuan utama adalah kerajaan sebagai demokrasi yang dipilih oleh rakyat yang mempunyai hak-hak yang sama. Pada mulanya bagaimana pun perkara ini tidak mencerminkan hak sama rata kerana hanya lelaki berkulit putih yang mempunyai harta layak mengundi. Perkara ini hanya berubah selepas Perang Saudara Amerika, pada pindaan yang ke-13, ke-14, ke-15, dan ke-19.
Sebahagian besar Amerika Syarikat adalah tanah ladang sebelum revolusi perindustrian sekitar pertengahan abad ke-19. Perkembangan ekonomi yang tinggi berlaku selepas itu dan lebih banyak negeri dimasukkan dari 13 yang asal.
Masalah serius mula berlaku apabila negeri-negeri di selatan tidak bersetuju dengan negeri-negeri di utara mengenai polisi-polisi seperti perhambaan dan berapa banyak kuasa negeri-negeri patut ada untuk membuat undang-undang mereka sendiri. Negeri-negeri selatan ini kemudian membuat gabungan mereka yang terasing dari kerajaan pusat. Negeri-negeri di utara pula dipanggil negeri-negeri kesatuan. Perang saudara antara dua kumpulan negeri ini berlangsung dari 1861 sehingga 1865. Negeri-negeri kesatuan memenangi perang dan perhambaan berakhir di Amerika Syarikat.
Selepas Perang Saudara, berlaku pula masalah antara penduduk kulit putih dan kaum pribumi Indian apabila lebih ramai orang berpindah ke kawasan barat. Pertelingkahan berlaku dan ramai kaum pribumi Indian dibunuh.
Selepas 1900
Dalam kurun ke-20, Amerika Syarikat mempunyai hubungan dengan banyak negara. Pada tahun 1917, AS terlibat dalam Perang Dunia Pertama dan membantu mengalahkan Jerman dan kuncunya. Pada Perang Dunia Pertama, AS adalah negara kedua terkaya dan yang paling berkuasa.
Kemelesetan ekonomi yang teruk pada awal tahun 1930an menyebabkan ramai orang kehilangan pekerjaan. Antara sebab terjadi kemelesetan ekonomi adalah kerana kejatuhan saham pada 1929 yang menyebabkan ramai orang kehilangan wang dalam masa yang pendek.
AS kemudiannya terlibat dalam Perang Dunia Kedua dan juga beberapa perang dan kegiatan ketenteraan lain termasuk:
- Perang Korea
- Perang Vietnam
- Pengeboman rahsia Kampuchea (1968-1970)
- Perang Dingin
- Perang Saudara Somalia
- Perang Teluk
- Konflik Haiti 1993-1995 (Operasi Menegakkan Demokrasi)
- Pembunuhan pemimpin Al-Quaeda di Yaman (2002)
- Pencerobohan Iraq 2003
Pada tahun 1991, AS memimpin negara-negara lain dalam Perang Teluk selepas Iraq menawan Kuwait.
Tindakan-tindakan AS ini adalah salah satu sebab terjadi serangan 11 September 2001 di mana pengganas merampas empat kapal terbang yang kemudiannya melanggar beberapa bangunan dan kawasan di AS. Dua dari kapal terbang melanggar World Trade Center, satu di Pentagon dan satu lagi jatuh di Pennsylvania.
Ramai pendatang asing hidup di AS dan kebanyakan mereka datang dari Amerika Latin terutama Mexico dan Asia.
Rujukan
- The American Pageant: A History of the Republic (12th Ed.), Bailey, Thomas A., Cohen, Lizabeth, and David M. Kennedy. (2006) ISBN 0-618-47940-6
- America: the last best hope in 2 volumes / William Bennett (2007) ISBN 1-59555-055-0 and ISBN 1-59555-057-7
- Steven M. Gillon and Cathy D. Matson. The American Experiment: A History of the United States, 2nd ed. (2006) ISBN 0-618-59583-X
- Johnson, Paul. A History of the American People, (1999) ISBN 0-06-093034-9
- David C. King. Children's Encyclopedia of American History (2003)
- Schweikart, Larry and Michael Allen. A Patriot's History of the United States: From Columbus's Great Discovery to the War on Terror (2007) ISBN 1-59523-032-7
- George Tindall and David Shi. America: A Narrative History, Seventh Edition, (2006) ISBN 0-393-92820-9
- Steve Wiegand. U.S. History for Dummies (2001)
- Zinn, Howard. A People's History of the United States, (2003) ISBN 0-06-052837-0