Tupai Julat zaman:
| ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bermacam ahli keluarga Sciuridae
| ||||||||||
Pengelasan saintifik | ||||||||||
Domain: | Eukaryota | |||||||||
Alam: | Animalia | |||||||||
Filum: | Chordata | |||||||||
Kelas: | Mammalia | |||||||||
Order: | Rodentia | |||||||||
Suborder: | Sciuromorpha | |||||||||
Keluarga: | Sciuridae Fischer de Waldheim, 1817 | |||||||||
Genus jenis | ||||||||||
Sciurus Linnaeus, 1758
| ||||||||||
Subkeluarga dan suku | ||||||||||
|
Tupai (Jawi: توڤاي ) atau bajing (Jawi: باجيڠ ) ialah sejenis rodensia bersaiz kecil atau sedang dengan ekor berbulu dalam keluarga Sciuridae yang ditemukan di benua-benua Amerika, Eurasia dan Afrika.[1] Banyak spesies tupai hinggap di pokok-pokok. Walau bagaimanapun, ada juga tupai tanah termasuk tupai belang dan spesies-spesies Cynomys.[2]
Fosil-fosil tupai yang terawal diketahui wujud sejak zaman Eosen, dan antara keluarga rodensia hidup yang lain, tupai paling berkait rapat dengan beaver gunung dan tikus tidur.[perlu rujukan]
Ciri-ciri
Badan tupai lonjong, kaki belakangnya lebih panjang daripada kaki depannya yang memegang benda seperti tangan.[1] Kukunya yang tajam menjadikan cengkamannya sangat kuat pada daun atau dahan kayu yang ia hinggap. Tupai mampu bergerak pantas dan laju dengan melompat dari satu dahan ke dahan lain dalam pokok atau dari bahagian atas ke bahagian bawah dengan imbangan kaki dan ekornya.
Ia mempunyai sepasang gigi kacip di depan yang tajam seperti pahat.[3] Ia mampu menggigit dengan pantas untuk menebuk kulit buah-buahan malahan kulit atau batang pokok.
Tabiat
Tupai ialah mamalia yang bersosial dan bermasyarakat di mana tupai jantan dan betina tinggal di dalam sarang bersama dan kemudian melahirkan anak. Sarang tupai terdiri daripada ranting-ranting dan daun-daun kayu yang dibuat di kawasan agak tinggi dan selamat daripada ancaman musuh seperti ular dan burung pemangsa. Tupai biasanya mengeluarkan bunyi yang nyaring untuk berkomunikasi dengan kumpulan atau ahli keluarganya apabila mereka mencari makanan atau diganggu oleh musuh.
Taksonomi
Nama keluarga Sciuridae diberikan daripada genus Sciurus; nama genus itu pula adalah perkataan yang membawa maksud "tupai" dalam bahasa Latin dijejak daripada daripada kata-kata bahasa Yunani Purba σκία skia "bayang" dan ουρά ourá "ekor".[4]
Senarai
- Dasar dan incertae sedis Sciuridae (semuanya fosil)
- Subkeluarga Cedromurinae (fosil)
- Subkeluarga Ratufinae – tupai kerawak (1 genus, 4 spesies)
- Subkeluarga Sciurillinae – tupai pigmi neotropika (monotip)
- Subkeluarga Sciurinae
- Suku Sciurini – tupai pokok (5 genus, sekitar 38 spesies)
- Suku Pteromyini – tupai terbang sebenar (15 genus, sekitar 45 spesies)
- Subkeluarga Callosciurinae – tupai ornat Asia
- Suku Callosciurini (13 genus, hampir 60 spesies)
- Suku Funambulini – tupai palma (1 genus, 5 spesies)
- Subkeluarga Xerinae – tupai daratan
- Suku Xerini – tupai berduri (3 genus, 6 spesies)
- Suku Protoxerini (6 genus, sekitar 50 spesies)
- Suku Marmotini – tupai tanah, marmot, tupai belang, tupai Cynomys, dsb. (6 genus, sekitar 90 spesies)
Rujukan
- ^ a b Busher & Hartman 2001, m/s. 599.
- ^ Busher & Hartman 2001, m/s. 590–591.
- ^ Busher & Hartman 2001, m/s. 560.
- ^ Whitaker, John O. Jr.; Elman, Robert (1980). The Audubon Society Field Guide to North American Mammals (ed. ke-2). New York, AS: Alfred A. Knopf, Jr. m/s. 370. ISBN 0-394-50762-2.
Sumber-sumber
- Busher, P.; Hartman, G. (2001). "Squirrel-like Rodents". Dalam MacDonald, D. W. (penyunting). The Encyclopedia of Mammals (ed. ke-2). London, England, UK: Oxford University Press. ISBN 978-0760719695.
Bacaan lanjut
- Milton, Katherine (1984): "Family Sciuridae". In: Macdonald, D. (ed.): The Encyclopedia of Mammals: 612–623. Facts on File, New York. ISBN 0-87196-871-1.
- Steppan, Scott J. and Hamm, Shawn M. (2006): Tree of Life Web Project – "Sciuridae (Squirrels)". Version of 13 May 2006. Retrieved 10 December 2007.
- Steppan, S. J.; Storz, B. L.; Hoffmann, R. S. (2004). "Nuclear DNA phylogeny of the squirrels (Mammalia: Rodentia) and the evolution of arboreality from c-myc and RAG1". Molecular Phylogenetics and Evolution. 30 (3): 703–719. doi:10.1016/S1055-7903(03)00204-5. PMID 15012949.
- Thorington, R.W. and Hoffmann, R.S. (2005): "Family Sciuridae". In: Mammal Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference: 754–818. Johns Hopkins University Press, Baltimore.
- Whitaker, John O. Jr. and Elman, Robert (1980): The Audubon Society Field Guide to North American Mammals (2nd ed.). Alfred Knopf, New York. ISBN 0-394-50762-2
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Tupai. |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Tupai |
Cari squirrel dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- Petikan kata berkenaan Tupai di Wikiquote
- Tree of Life: Sciuridae
- Squirrel Tracks: How to identify squirrel tracks in the wild
- National Geographic link on Squirrels
- List of names of squirrel taxa