School Rumble | |
Genre | Komedi, Romantis |
---|---|
Manga | |
Pengarang | Jin Kobayashi |
Penerbit | Kodansha Del Rey Manga Tongli Comics |
Tarikh Pengeluaran | 22 Oktober 2002 – 20 Mei 2009 |
Jilid | 23 [1] |
Siri televisyen anime | |
Pengarah | Shinji Takamatsu |
Studio | Studio Comet |
Dilesenkan oleh | Funimation Entertainment |
Penyiaran Asal | TV Tokyo Animax Champ TV Videoland Television Network Jonu Media Hero TV, ABS-CBN ntv7 |
Tarikh tayangan | 5 Oktober 2004 – 29 April 2005 |
Episod | 26 |
Video animasi original | |
School Rumble - Extra Class スクールランブル 一学期補習' | |
Pengarah | Shinji Takamatsu |
Studio | Studio Comet |
Jangka masa tayangan | 25 minit per episod |
Episod | 2 |
Siri televisyen anime | |
School Rumble - Second Term スクールランブル ニ学期 | |
Pengarah | Takaomi Kanasaki |
Studio | Studio Comet |
Penyiaran Asal | TV Tokyo |
Tarikh tayangan | 3 April 2006 – 25 September 2006 |
Episod | 26 |
Video animasi original | |
School Rumble: 3rd Semester | |
Pengarah | Shinji Takamatsu |
Penerbit | Bunpei Ogawa Kensuke Tateishi Masakazu Yoshimoto Motohiro Nakata Ryoichi Suzuki |
Skrip/Penulis | Hiroko Tokita |
Lagu/Muzik | Toshiyuki Omori |
Studio | Studio Comet |
Dikeluarkan pada | 17 Julai 2008 – 17 September 2008 |
Episod | 2 |
School Rumble (スクールランブル , Sukūru Ranburu) ialah sebuah siri manga yang disirikan dalam Weekly Shonen Magazine, karya Jin Kobayashi [2], serta adapatsi anime 26 episod yang pernah disiarkan di TV Tokyo dari 2004-2005.[3] Pada bulan Disember 2005, terkeluarnya satu OVA yang terdiri daripada dua episod,[4], diikuti oleh musim kedua berjudul "School Rumble - Second Term" yang disiarkan pada pertengahan tahun 2006.[5] Permainan Sony PlayStation berasaskan karya ini pernah diterbit pada bulan Julai 2005 dan Julai 2006. Manganya masih dalam penerbitan seperti pada tahun 2007.
Plot
Templat:Spoiler School Rumble mengisahkan kehidupan seharian para pelajar Sekolah Tinggi Yagami dan persekitaran mereka. Siri ini tergolong dalam genre komedi romantis, yang mana adegan-adegan dalam cerita dibesar-besarkan dengan unsur komedi.
Watak utamanya ialah Tsukamoto Tenma, pelajar perempuan tahun 2 tanpa sifat-sifat istimewa yang jatuh hati pada Karasuma Ōji, pelajar lelaki yang buta hati. Tenma mendapatinya sukar untuk mengakui rasa cinta terhadap Ōji. Lagipun, keadaan bertambah rumit gara-gara Harima Kenji, watak lelaki utama iaitu seorang samseng yang jatuh hati pula terhadap Tenma, itupun juga sukar baginya untuk meluahkan perasaan. Percubaan kedua-dua watak tersebut untuk meluahkan rasa cinta masing-masing dijadikan bahan jenaka sepanjang siri ini.
Semakin lanjut siri ini, makin banyaklah tumpuan cerita kepada perkembangan hubungan antara Harima dan sahabat karib Tenma, iaitu Eri Sawachika, akibat beberapa situasi memalukan yang melibatkan Eri dan Harima. Harima juga membina hubungan dengan adik perempuan Tenma, Yakumo Tsukamoto, yang mula membantu Harima dengan perkembangan dan penghasilan manga Harima.
Lebih-lebih lagi, Harima melibatkan dirinya dalam situasi romantis dengan Tenma, manakala hubungan Tenma dan Karasuma berkembang lagi, sementara ikatan Eri dan Yakumo dengan Harima makin kukuh.
Watak-watak
- Nama-nama berikut dicatat mengikut nahu Bahasa Jepun, iaitu nama keluarga sebelum nama diri.
Kelas 2-C
- Tsukamoto Tenma (塚本 天満 )
- Watak perempuan utama yang jatuh cinta terhadap Oji. Dia dilihat sebagai bersaiz kurang tinggi dan kurang matang berbanding usianya, sehingga tersilap anggap sebagai lebih muda berbanding rakan-rakan sekelas dan adiknya Yakumo. Salah satu sifat fizikal yang jelas ialah dua utas tocang yang kecil pada rambutnya yang sering bergoyang-goyang apabila dia teruja. Sungguhpun juga kurang bijak, sukar diharap dan sering tersalah faham situasi yang jelas, namun Tenma amat baik hati dan mesra.
- Harima Kenji (播磨 拳児 )
- Watak lelaki utama ini ialah seorang samseng yang jatuh hati pada Tenma. Tidak ramai orang yang mampu menandinginya dalam pergaduhan berhadap-hadapan. Tambahan pula dia boleh berkomunikasi dengan haiwan. Harima sering bersusah-payah untuk meluahkan perasaan kepada Tenma, walaupun Tenma tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadapnya dan mungkin membencinya. Kenji juga terpaksa menangani situasi-situasi yang melibatkan Eri dan Yakumo tanpa menyedari perasaan mereka terhadapnya. Sehingga kini, Tenma masih belum dapat mendengar luahannya dengan betul-betul.
- Karasuma Oji (烏丸 大路 , Karasuma Ōji)
- Pelajar lelaki yang diburu Tenma dan digambarkan sebagai seorang yang aneh laku dan keras muka. Dia juga mempunyai tabiat-tabiat pelik seperti berpakaian seperti seekor kappa ketika hujan, iaitu main kata bahasa Jepun terhadap perkataan untuk baju hujan. Dia juga menggemari kari. Sungguhpun tidak diakuinya, dia kelihatan amat pandai mengelak mana-mana pelancar terbang termasuk "Hurricane Kick" Harima. Karasuma menyimpan rahsia bahawa dirinya seorang mangaka yang menerbit karya-karyanya di bawah nama samarannya Nijō jō (二条丈). Meskipun nampaknya luahan Tenma terhadap Oji tidak terbalas, di sebalik muka keras itu dia kadang-kadang mempamerkan rasa prihatin yang ikhlas terhadapnya dalam cerita ini.
- Sawachika Eri (沢近 愛理 )
- Salah seorang kawan rapat Tenma yang merupakan kacukan Inggeris dan Jepun. Dia kurang pandai menulis kanji. Eri amat kaya dan agak manja. Dia mengikat dirinya kepada Harima dan sering menjadi cemburu dan marah terhadap sesiapa yang dikhabarkan berdating bersama Harima, lalu juga mengacam hubungannya dengan Mikoto dan Yakumo. Oleh sebab masih tidak sedar bahawa Harima sudah jatuh hati terhadap orang lain, Eri secara perlahan-lahan tersalah anggap bahawa Harima menyukainya secara senyap-senyap.
- Suoh Mikoto (周防 美琴 , Suō Mikoto)
- Seorang lagi kawan rapat Tenma yang tinggi, matang, dan bersifat kelelakian. Dia meraih tali pinggang hitam dari sukan Kenpo (seni mempertahankan diri yang melibatkan tumbukan) dan sering dilihat bertinju dengan rakan zaman kanak-kanaknya Hanai. Mikoto pernah jatuh cinta kepada seorang seniornya, tetapi putus asa setelah mendapati bahawa senior itu sudah bercinta dengan orang lain. Kemudian dia jatuh hati kepada rakan sekelasnya Asou Hiroyoshi, namun Asou pula meninggalkannya.
- Takano Akira (高野 晶 )
- Seorang lagi kawan rapat Tenma yang amat tajam daya tanggapannya, pintar dan bijaksana, serta juga penuh misteri. Adalah diketahui bahawa dia suka mengusik rakan-rakan sekelasnya. Akira ialah presiden Kelab Teh. Dia juga bertabiat pelik seperti merancang main-main perang dan memakai kostum seluruh badan. Dia juga tahu dengan tepatnya siapa suka siapa dalam kelas, tetapi tidak meluahkannya di khalayak umum atas sebab yang tidak diketahui.
- Hanai Haruki (花井 春樹 )
- Sebagai wakil kelas 2-C, Hanai mengambil berat tugasnya, termasuk sentiasa memastikan disiplin para pelajar (terutamanya lelaki). Tanpa mampu berasa ragu-ragu, dia sering mengatakan aap-apa sahaja yang datang dalam fikirannya dengan tepatnya tanpa kira akibatnya. Dia juga jatuh hati terhadap Yakumo, dan perasaanya amat kuat sehingga Yakumo boleh membaca fikirannya dari jauh.
- Ichijou Karen (一条 かれん , Ichijō Karen)
- Sungguhpun kelihatan lemah dan pengecut, namun Karen sebenarnya amat gagah sekali. Dia merupakan ahli kelab gusti amatur bersama Lala. Kekuatannya juga menggerunkan rakan sekelas lelakinya. Meskipun begitu dia baik hati. Karen jatuh cinta terhadap Imadori, tetapi mula-mulanya Imadori menghindarinya bukan sahaja kerana saiz badan kecilnya malah juga gerun akan kekuatannya.
- Imadori Kyousuke (今鳥 恭介 , Imadori Kyōsuke)
- Imadori merupakan penyumbaleweng di kelas yang mempunyai kebolehan istimewa iaitu mengenali saiz bra seseorang perempuan dengan sekali memandang dadanya. Oleh sebab hanya berminat terhadap perempuan yang buah dadanya bersaiz D atau lebih besar, sasaran main-main cintanya ialah Mikoto Suou dan Lala Gonzalez yang dikurniakan dengan saiz sebegitu, maka dia sanggup mengejar mereka berkali-kali sungguhpun menempa bahaya dikenakan kedua-dua perempuan tersebut.
- Nara Kentarou (奈良 健太郎 , Nara Kentarō)
- Nara ialah seorang pelajar biasa yang cuba bergaul dengan persekitarannya. Dia juga jatuh hati terhadap Tenma, namun cubaannya untuk menghampiri Tenma sering digagalkan Harima. Yang peliknya, menurut pengarang, niat asal beliau ialah untuk menjadikan Nara sebagai watak utama, tetapi entah mengapa, dia dijadikan watak sampingan.
- Asou Hiroyoshi (麻生 広義 , Asō Hiroyoshi)
- "Kuda hitam" 2-C ini sering ditemui bersama kawan karibnya Suga. Pelajar cergas ini paling meminati bola keranjang. Dia bakal menjadi kapten pasukan bola keranjang, serta juga menyandang jawatan jurulatih peasukan perempuan. Dia juga cemerlang dalam olahraga dan hoki. Keluarga Asou mengendali sebuah kedai ramen. Dia juga pandai memasak makanan Cina dan bekerja secara sambilan di sebuah restoran Cinau bersama Sarah Adiemus dari 1-D.
Kelas 1-D
- Tsukamoto Yakumo (塚本 八雲 )
- Adik kepada Tenma yang pemalu ini ialah salah seorang gadis yang paling diminati di sekolah, namun dia sendiri belum berteman lelaki gara-gara kebolehannya untuk membaca minda orang lain, iaitu dia secara mudahnya boleh membaca niat-niat mana-mana jejaka yang cuba menghampirinya. Dia juga boleh membaca fikiran kakaknya dan kucing peliharaannya Iori. Satu-satunya minda yang tidak boleh dibacanya ialah minda Harima yang hatinya jatuh pada seorang perempuan lain; maka, mindanya legap sekaligus terhadap Yakumo. Yakumo juga seorang ahli Kelab Teh.
- Sarah Adiemus (サラ アディエマス , Sara Adiemasu)
- Seorang kawan rapat Yakumo yang bekerja dalam restoran yang sama dengan Asou. Dia merupakan seorang pelajar pertukaran dari England dan seorang biarawati di sebuah gereja Katolik tempatan. Dia juga ahli Kelab Teh.
- Tawaraya Satsuki (俵屋 さつき )
- Meskipun agak pendek, Satsuki ialah seorang pemain bola keranjang yang amat ghairah dan berbakat. Dia jatuh hati kepada Asou setelah dia menjadi jurulatih pasukan bola keranjang perempuan yang baru ditubuhkan. Selain itu dia juga didapati menggemari kari yang amat pedas, setelah memenangi pertandingan memakan kari pedas lima kari berturut-turut. Dia amat menyerupai Arisawa Tatsuki dari Bleach.
- Inaba Miki (稲葉 美樹 )
- Seorang kawan Yakumo.
Kelas 2-D
Gara-gara ketegangan hubungan antara beberapa orang pelajar dan juga tenaga pengajarnya, kelas 2-C dan 2-D berlawanan pada Pesta Sukan Sekolah. Lama kedudian, beberapa pelajar 2-D berkawan dengan pelajar 2-C lalu mula keluar bersama. Sesetengah pelajar 2-D menyerupai watak-watak pihak Zeon dalam anime Mobile Suit Gundam yang memadani peranan mereka sebagai musuh.
- Harry Mackenzie (ハリー マッケンジー , Harī Makkenjī)
- Pelajar pertukaran yang berambut perang, mahir berlawan dan menjadi musuh Harima dan Hanai. Nama penuhnya berbunyi seperti nama Harima jika disebut terlalu pantas, lalu menimbulkan sedikit salah faham antara kedua-dua mereka.
- Tougou Masakazu (東郷 雅一 , Tōgō Masakazu)
- Masakazu merupakan wakil kelas 2-D yang memandang pelajar 2-C sebagai musuh. Meskipun yakin pada diri, rakan sekelasnya kurang senang dengan perwatakannya.
- Lala Gonzalez (ララ ゴンザレス , Rara Gonzaresu)
- Lala Gonzalez ialah pelajar pertukaran dari Mexico yang mahir mengamal sukan lucha libre. Dia menyertai kelab gusti amatur yang sama dengan Ichijō yang dipandangnya sebagai lawan tradisi.
- Tennouji Noboru (天王寺 昇 , Tennōji Noboru)
- Tennouji juga bermasalah disiplin seperti Harima yang dipandangnya sebagai musuh tradisi, dan pernah ditewaskan banyak kali oleh Harima, namun masih degil hendak mencabarnya, sehinggalah dia berjaya menewaskan Harima yang murung.
Media
Manga
Dalam versi manga, plot utamanya dihuraikan dengan bab-bab yang ditanda dengan lambang syap muzik (e.g. ♯1, ♯2, ...) yang terdapat dalam Majalah Mingguan Shonen (週刊少年マガジン ). Cerita sampingan pula diceritakan dalam bab-bab bertanda flet muzik (♭1, ♭2, ...) dalam Magazine Special (マガジンSPECIAL ) bulanan, manakala bab-bab tanda natural (setakat ini cuma ♮1, terdapat dalam School Rumble Jilid 7) terdapat dalam majalah bermusim Shonen Magazine Wonder (少年マガジンワンダー ). Ketiga-tiga majalah dan jilid-jilid koleksi itu diterbit oleh Kodansha di Jepun.
Bab-bab flet 1-7 menumpu pada Yakumo, bab ♭8 pula Suou Mikoto dan Hanai Haruki, dan bab-bab Flat selanjutnya menampilkan watak-watak kecil dari jalan cerita utama atau pandangan bab-bab syap dari perspektif lain. Satu-satunya bab natural yang keluar ialah cerita am yang melibatkan semua watak dan hubungan biasa mereka ketika hujan tahi bintang ketika perayaan Tanabata tanpa terlalu tertumpu pada mana-mana seorang watak.
Anime
Siri anime diadaptasi daripada satu komposisi bab-bab Sharp yang dikayakan oleh beberapa bab-bab Flat dan Natural. OVA pula adalah kompilasi saki-baki bab-bab Flat dengan cerita asli yang baru. Sehingga kini, dua musim sudah berlalu, iaitu School Rumble dan School Rumble - Second Term. Pada penghujung Second Term, kelihatan satu mesej yang menyatakan "School Rumble akan bersambung". Namun, musim ketiga masih belum dipastikan.
Lagu tema
Musim pertama
- Pembukaan (eps 1-24 dan OVA 1-2), Penutup (ep 25): "Scramble" (スクランブル ) oleh Yui Horie dengan UNSCANDAL
- Pembukaan (ep 25): "Umi no Otoko wa yo" (海の男はよ ) oleh Kumpulan Korus Lelaki Kikokumaru (鬼哭丸少年合唱団 )
- Penutup (eps 1-17, 19-24 dan OVA 2): "Onna no Ko♥Otoko no Ko (オンナのコ♥オトコのコ; Girls♥Boys ) oleh Yuko Ogura
- Penutup (ep 18): "Lagu Tema Dozibiron" (破天荒ロボ ドジビロンのテーマ , Hatenkō Robo Dojibiron no Tēma) oleh Jūzō Nanba
- Penutup (ep 26): "School Rumble 4 Ever" oleh Ami Koshimizu, Hitomi Nabatame, Kaori Shimizu, Yui Horie
- Penutup (OVA 1): "Ginga Ensen '05" oleh Hiroki Takahashi
Musim kedua
- Pembukaan: "Sentimental Generation" (せんちめんたる じぇねれーしょん , Senchimentaru Jenerēshon)) oleh Ami Tokito (時東 ぁみ , Tokitō Ami)
- Ending (eps 1-12 and 14-16): "Kono Namida ga Aru Kara" (この涙があるから次の一歩となる ) oleh Ami Tokito (時東 ぁみ , Tokitō Ami)
- Ending (ep 13): "THE LAST CANDLE"
- Ending (ep 17-26): "Futari wa Wasurechau (二人は忘れちゃう♡ ) oleh Ami Koshimizu dan Mamiko Noto [1]
Permainan video
- School Rumble: Nesan Jiken Desu!, dikeluarkan pada 7 Julai 2005 sebagai UMD untuk PlayStation Portable
- School Rumble: Neru Musume wa Sodatsu, dikeluarkan pada 21 Julai 2005 untuk Sony PlayStation 2
- School Rumble Ni-Gakki Kyōfu no (?) Natsugasshuku! Yōkan ni Yūrei Arawaru!? Otakara wo Megutte Makkō Shōbu!!! No Maki 20 Julai 2006 untuk Sony PlayStation 2
Novel ringan
- School Rumble: Koi, Shirisomeshi koro ni (スクールランブル~恋、知りそめし頃に~ )
- School Rumble: Me wa Megalodon no Me (スクールランブル~メはメガロドンのメ~ )
Pautan luar
- (Jepun) School Rumble Manga Official Site
- (Jepun) School Rumble Animation Official Site
- (Inggeris) FUNimation dub website Diarkibkan 2007-04-20 di Wayback Machine
- (Inggeris) AniRec Database entry on School Rumble
- (Inggeris) Del Rey Manga's School Rumble English Website
Rujukan
- ^ Shōnen Magazine. Accessed 2007-07-10.
- ^ School Rumble (manga) di Ensiklopedia Anime News Network
- ^ AnimeNFO anime information. Accessed 2007-01-15.
- ^ AnimeDB OVA information. Accessed 2007-01-15.
- ^ School Rumble Nigakki (anime) di Ensiklopedia Anime News Network. Accessed 2007-01-15.
- Wikipedia requested images of anime and manga
- Anime and manga articles using obsolete and incorrect infobox parameters
- Siri manga
- Manga 2002
- Rencana anime dan manga yang menggunakan parameter kotak info yang usang dan tidak betul
- Siri televisyen anime 2004
- Anime (tahun keluaran hilang)
- Rencana anime dan manga dengan parameter kotak info yang hilang
- Siri televisyen anime 2006