Dato' Sazmi Miah DJMK (Kelantan) | |
---|---|
Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Kelantan | |
Dalam jawatan 2016–2020 | |
Presiden | Muhyiddin Yassin |
Ketua | Kamarudin Md Nor |
Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kelantan Selatan (KESEDAR) | |
Dalam jawatan 18 November 2018 – 30 April 2020 | |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin Mahathir Mohamad (2018-2020) |
Menteri | Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz |
Didahului oleh | Datuk Aziz Derashid |
Digantikan oleh | Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Machang, Kelantan | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Didahului oleh | Mohd Yusoff Mohd Nor (PAS) |
Digantikan oleh | Saifuddin Nasution Ismail (PKR) |
Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Perdana Menteri | Abdullah Ahmad Badawi |
Menteri | Lim Keng Yaik |
Maklumat peribadi | |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | Parti Pejuang Tanah Air (2021-kini) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (2018-2021) Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Sehingga 2018) |
Gabungan politik lain | Gerakan Tanah Air (2022-kini) Perikatan Nasional (Feb 2020-2021) Pakatan Harapan (2019-Feb 2020) Ahli politik bebas (2018-2019) Barisan Nasional (-2018) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Sazmi Miah ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau merupakan bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kelantan Selatan (KESEDAR)[1] ketika kerajaan persekutuan dipimpin oleh Pakatan Harapan. Sazmi juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia[2] pada 2004 hingga 2008 pada zaman Abdullah Ahmad Badawi.
Politik
Beliau pernah menjadi Timbalan Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Negeri Kelantan.yang dilantik pada 2018 lalu. Sebelum itu, beliau adalah seorang pemimpin UMNO di Kelantan. Beliau menyertai Parti Pejuang Tanah Air selepas parti itu ditubuhkan.
Pilihan raya
Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Machang pada 2004 lalu dan bertahan selama satu penggal. Pada pilihan raya pada 2008, beliau telah ditewaskan oleh calon dari PKR, Saifuddin Nasution Ismail.[3]
Kontroversi
Mahathir Mohamad telah melantik beliau sebagai Setiausaha Kerja BERSATU pada 2020 bagi menggantikan Muhammad Suhaimi Yahya yang dikatakan menimbulkan kontroversi kerana mengirimkan surat pemberitahuan pengguguran keahlian Tun Dr Mahathir bersama 4 lagi pemimpin kerana melanggar Perlembagaan BERSATU.[4]
Anugerah dan pengiktirafan
Darjah kebesaran
- Kelantan
- Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) - Dato' (2005)