Satah tak berubah (Jawi: سطح تق براوبه ) sistem planet, juga dipanggil satah tak berubah Laplace, ialah satah yang laluannya melalui baripusatnya (pusat jisim) yang berserenjang dengan vektor momentum sudut. Di dalam Sistem Suria, kira-kira 98% daripada kesan ini disumbangkan oleh momentum orbit sudut dari empat planet jovian iaitu (Musytari, Zuhal, Uranus], dan Neptun). Satah tak berubah adalah dalam lingkungan 0.5° dari satah orbit Musytari,[1] dan mungkin dianggap sebagai purata wajaran semua satah orbit dan putaran planet.
Rujukan
- ^ "MeanPlane (invariable plane) for 2009/04/03". 2009-04-03. Dicapai pada 2009-04-03. (produced with Solex 10)