Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Sejarah Sastera Jawa dimulai dengan sebuah batu bersurat (prasasti) yang ditemui di daerah Sukabumi (Sukobumi), Pare, Kediri Jawa Timur. Batu bersurat yang dikenali sebagai Prasasti Sukabumi ini bertarikh 25 Mac tahun 804 Masihi. Kandungannya ditulis dalam bahasa Jawa Kuna.
Setelah batu bersurat Sukabumi, ditemui pula beberap batu bersurat yang lain bertarikh 856 Masehi yang berisikan sebuah sajak yang disebut kakawin. Kakawin yang tidak lengkap ini adalah sajak tertua dalam bahasa Jawa Kuno.
Biasanya sejarah sastra Jawa dibagi dalam empat masa:
Selain itu ada kategori khusus lagi, iaitu Sastra Jawa-Bali. Sastra ini berkembang dari Sastera Jawa Tengahan.
Dari semua sastera tradisional Nusantara, sastera Jawa adalah yang paling berkembang dan paling banyak tersimpan karya sastranya. Tetapi setelah proklamasi Republik Indonesia, tahun 1945 sastra Jawa agak dianak tirikan kerana di Negara Kesatuan RI, kesatuan yang diutamakan.
Bahasa Jawa pertama-tama ditulis dalam aksara turunan tulisan Pallava yang berasal dari India Selatan. Aksara ini yang menjadi cikal bakal aksara Jawa modern atau Hanacaraka yang masih dipakai sampai sekarang.
Lalu dengan berkembangnya agama Islam pada abad ke 15-16, huruf Arab juga dipergunakan untuk menulis bahasa Jawa; huruf ini disebut dengan nama huruf pegon.
Kemudian dengan kedatangan orang-orang Eropah ke Jawa, huruf Rumi mula digunakan untuk menulis bahasa Jawa.