Sasi The Don | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Sasidharan a/l Chandran |
Kelahiran | Kuala Lumpur, Malaysia | 11 November 1978
Genre | |
Pekerjaan | Penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2001–kini |
Syarikat rakaman | Island Talk Asia, Mighty Lion Records, Times Music India |
Pengkarya berkait | Amy Search, Amy Mastura, Anita Sarawak, Altimet, Jaclyn Victor, Salammusik, Rabbit Mac, Maya Hanum, Apache Indian, Maxi Priest |
Laman sesawang | sasithedon |
Sasidharan a/l Chandran atau lebih dikenali sebagai Sasi The Don (lahir 11 November 1978) ialah seorang penyanyi, penulis lagu dan penerbit rakaman Malaysia.[1][2][3] Dikenali sebagai "Duta Reggae Asia",[4] beliau merupakan artis Tamil Malaysia pertama yang mencipta kejayaan arus perdana dengan mempersembahkan lagu-lagu Tamil Asli kepada penonton bukan Tamil.[5]
Beliau telah menjual lebih dari 100,000 salinan albumnya. Sepanjang kerjayanya, Sasi telah memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Era, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Industri Muzik dan Anugerah MACP.[6]
Kerjaya muzik
Pada tahun 2001, Sasi the Don melancarkan album pertamanya, Manitha Piravi yang telah terjual sebanyak 19,000 unit. Beliau diundang untuk menjadi pembuka tirai konsert dua penyanyi India Selatan, Anuradha Sriram dan Shankar Mahadevan, di Kuala Lumpur.[7]
Beliau menembusi pasaran United Kingdom pada awal tahun 2002 dengan lagu "The Tide is High" yang merupakan nyanyian asal kumpulan Jamaica, The Paragon.[1] Album keduanya For Real yang mengandungi hits seperti "Anbe"[8] dan "Suatu Impian" duet bersama Amy Search, album ini terjual lebih dari 8000 unit.[1] Album ketiganya, An Asian Dancehall Revolution dikeluarkan pada 2006 dengan lagu hits "Holdup" duet bersama Apache Indian.[9]
Lima tahun kemudian, beliau muncul dengan album keempat, Don't Panic! It's Just Music. Kos pembikinan album ini mencecah RM120 ribu. Album ini menyaksikan Sasi bekerjasama dengan Anita Sarawak, Jaclyn Victor dan Rabbit Mac. Untuk mempromosikan album ini, beliau mengadakan dua konsert jelajah yang diadakan di Pulau Pinang dan Johor.[10][11]
Pada tahun 2017, Sasi tampil dengan single "Memang Mudah" di mana beliau bekerjasama dengan rapper, Altimet dan Maya Hanum. Lagu itu dirakamkan sempena ulang tahun ke-9 syarikat pengiklanan, Mudah.my.[12]
Sasi The Don melancarkan single terbarunya bertajuk "ABCD" selepas empat tahun menyepi, di mana beliau berduet bersama penyanyi latar India, Anuradha Sriram. Lagu ini digubah oleh Sasi dan ditulis bersama oleh Navin D'navigator dan Saran Narayan, dan dikeluarkan pada minggu pertama Oktober 2018 sempena Deepavali.[13][14] Sasi The Don yang kini sedang menyiapkan album kelima, Timeless.[15]
Beliau bersama-sama dengan Jaclyn Victor, Alvin Chong dan Caprice merakamkan lagu "Keep Flying". Dicipta sepenuhnya oleh beliau, Sasi berkata lagu itu didedikasikan khas untuk Penerbangan Malaysia (MAS) dan juga rakyat Malaysia amnya. Menurutnya: "Tidak kira pada titik mana kita hidup, ini bukan hanya untuk bergerak maju tetapi juga untuk terus terbang. Kita harus mencapai kehebatan untuk menjadikan negara kembali hebat,".[16][17]
Bakat
Gaya muzik dan pengaruh
Sasi The Don sangat terkenal dengan imejnya sebagai personaliti Reggae. Beliau mencampuradukkan Reggae dengan unsur kuat India dan Asia Klasik ialah keajaiban yang dibawanya dalam kebanyakan lagunya. Beliau membesar dengan mendengarkan lagu-lagu nyanyian artis antarabangsa seperti Apache Indian, Dr. Alban, Shaggy, Bob Marley, Maxi Priest dan A. R. Rahman.[1]
Diskografi
Album studio
Tajuk | Butiran album |
---|---|
Manitha Piravi | |
For Real | |
An Asian Dancehall Revolution |
|
Don't Panic! It's Just Music |
|
Timeless |
|
Album kompilasi
Tajuk | Butiran album |
---|---|
Hello India[18] |
|
Lagu dan single
Tajuk | Tahun | Artis jemputan |
---|---|---|
"The Tide Is High" | 2002 | |
"Suatu Impian" | 2004 | Amy Search |
"Anbe" | ||
"Hold Up" | 2006 | Apache Indian |
"Hey General" | 2007 | |
"Put Your Kaiyes Indi Air" | 2011 | Salam |
"Yardy Gal" | Rabbit Mac | |
"Island Queen" | 2013 | |
"Memang Mudah" | 2017 | Altimet dan Maya Hanum |
"ABCD" | 2018 | Anuradha Sriram |
"Malaysia Boleh" | Namewee dan Ning Baizura | |
"Keep Flying" | 2019 | Caprice, Alvin Chong, Jaclyn Victor |
"Daddy Don" | 2020 |
Filemografi
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2019 | Sembang Rahmah | Dirinya sendiri | TV AlHijrah | Tetamu jemputan | [19] |
Konsert
- Sasi The Don Live with DiGi (2011)[20]
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2002 | Anugerah Industri Muzik India Malaysia | Artis Solo Lelaki Terbaik | Sasi The Don | Menang |
2003 | Anugerah Industri Muzik ke-10 | Artis Harapan | Tercalon | |
2007 | Anugerah Industri Muzik ke-14 | Album Inggeris Tempatan Terbaik | An Asian Dancehall Revolution | Tercalon |
Anugerah Era 2007 | Artis Inggeris Tempatan Pilihan | Sasi The Don & Apache Indian | Tercalon | |
2009 | Anugerah MACP | Lagu Inggeris Paling Banyak Dimainkan | — | Menang |
2020 | Caribbean Afro Music Awards | Best International Act | Dirinya sendiri | Tercalon |
Rujukan
- ^ a b c d "Biography: Sasi The Don" [Biografi: Sasi The Don]. Indianosaix (dalam bahasa Inggeris). 16 Mac 2009. Dicapai pada 13 Jun 2014.
- ^ Srinivasa Ramanujam (13 Mac 2015). "Reggae with the Don" [Reggae bersama Don]. The Hindu (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Jun 2015.
Malaysian reggae artist Sasi the Don talks about his latest album and film dreams
- ^ Zul Husni Abdul Hamid (23 Mei 2007). "Sasi The Don ingin dekati peminat Melayu". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-25. Dicapai pada 31 Julai 2011.
- ^ "Sasi The Don made a comback and why we are not supportive" [Sasi The Don membuat kemunculan semula dan kenapa kita tidak menyokong]. Astro Ulagam (dalam bahasa Inggeris). 1 Februari 2019. Dicapai pada 13 Jun 2019.
- ^ Georgie Joseph (7 Februari 2014). "Sasi keluar 'lubang bertapa'". Harian Metro. Dicapai pada 17 Oktober 2020.
- ^ Dennis Chua (5 Oktober 2018). "#Showbiz: Don in dream duet" [#Showbiz: Don dalam duet impian]. New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Jun 2019.
- ^ "Going back to ABCD" [Kembali ke ABCD]. The Sun Daily (dalam bahasa Inggeris). 26 September 2018. Dicapai pada 13 Jun 2019.
- ^ Nurulhisham Abdul Latiff (8 November 2004). "Anbe Sasi The Don semakin diminati". Berita Harian. Dicapai pada 13 Jun 2011.
- ^ "Sasi pejuang semangat masyarakat Malaysia!". Berita Minggu. 20 Mei 2007. Dicapai pada 17 Oktober 2020.
- ^ Wahiduzzaman (18 Julai 2011). "Sasi The Don tidak kecewa walaupun kurang popular". mStar Online. Dicapai pada 13 Jun 2012.
- ^ Nur Azhari Zainooddin (26 Julai 2011). "Sasi The Don berhenti kerja demi album". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Ogos 2011. Dicapai pada 31 Julai 2011.
- ^ Feride Hikmet Atak (12 Januari 2017). "Sasi The Don nafi merajuk". Berita Harian. Dicapai pada 13 Jun 2017.
- ^ "Sasi The Don to launch comeback single 'ABCD'" [Sasi The Don melancarkan single kemunculan semula, 'ABCD']. The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 10 September 2018. Dicapai pada 13 Jun 2019.
- ^ "Sasi The Don kembali dengan 'ABCD'". Sarawak Voice. 10 September 2018. Dicapai pada 13 Jun 2019.
- ^ Rathna Mahesh (27 November 2018). "Sasi The Don is back with his latest album Timeless" [Sasi The Don kembali dengan album terbarunya, Timeless]. The Hindu (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Jun 2019.
- ^ Dennis Chua (11 April 2019). "#Showbiz: Sasi, Jac, Alvin and Caprice honour national airline with 'Keep Flying'" [#Showbiz: Sasi, Jac, Alvin dan Caprice memberi penghormatan kepada syarikat penerbangan negara dengan "Keep Flying"]. New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Jun 2019.
- ^ Annie May (4 April 2019). "Sasi The Don Dedicates "Keep Flying" To Malaysia Airlines" [Sasi The Don dedikasikan "Keep Flying" untuk Penerbangan Malaysia]. Hype Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Jun 2019.
- ^ Alan Moses Rodricks (31 Mac 2015). "Sasi The Don: Hello India". The Hindu (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Jun 2015.
- ^ Norhayati Nordin (11 Oktober 2019). "Dekati penonton bukan Muslim". Harian Metro. Dicapai pada 13 Jun 2020.
- ^ Daniel Goh (26 Julai 2011). "Catch 'Sasi The Don' Live with DiGi" [Ikuti 'Sasi The Don' Live with DiGi]. Hardware Zone (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Jun 2012.