Sarawak Media Group (atau lebih dikenali sebagai SMG) merupakan sebuah badan penyiaran televisyen dan media digital yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak serta diluluskan penyiarannya oleh Kementerian Komunikasi Malaysia. SMG juga merupakan agensi penyiaran televisyen yang terbaik di wilayah Sarawak, serta mendapat sokongan penuh dari semua agensi media tempatan dan juga semua agensi media antarabangsa. Buat masa ini, hanya TVS sahaja yang masih beroperasi ketika ini. SMG mula ditubuhkan secara rasmi pada 10 April 2018.
Jenis | Media & penyiaran televisyen milik kerajaan Sarawak |
---|---|
Ditubuhkan | 10 April 2018 |
Stesen TV | TVS |
Ibu pejabat | LG12, Lower Ground Floor, Mall 2, CityOne Megamall, No.1, Jalan Song, 93350 Kuching, Sarawak, Malaysia |
Kawasan siaran | • Malaysia • Singapura • Indonesia • Brunei • Thailand • Filipina • Australia |
Negara | Malaysia |
Wilayah | Sarawak |
Pemilik | |
Orang penting | Haji Kushairi Abang (Ketua Pegawai Eksekutif) |
Laman sesawang | www |
Sejarah
Sebahagian besar rancangan atau program yang disediakan sepenuhnya oleh Sarawak Media Group (SMG), adalah bertepatan dan lebih bersesuaian dengan aspirasi sebenar rakyat Sarawak, budaya & tradisi masyarakat Sarawak, semangat muhibbah rakyat, kerjasama perpaduan pelbagai kaum di Sarawak, semangat nasionalisme & reformisme Sarawak, serta penyatuan masyarakat pelbagai etnik & pelbagai agama di seluruh Borneo.
Selain daripada itu, rangkaian penyiaran televisyen Sarawak Media Group (SMG) termasuk TV Sarawak (TVS) turut menyajikan pelbagai rancangan atau program dari luar negara, terutamanya dalam rancangan berbentuk drama, filem, dokumentari, dan variasi umum (variety shows). Keutamaan ini diberikan kepada semua rancangan atau program dari negara Singapura, Indonesia, United Kingdom, Kanada, China, Korea Selatan, Filipina dan Australia.
TVS juga boleh menyiarkan secara penuh liputan siaran langsung acara, sambutan, atau majlis yang penting dan bersejarah di kesemua negara Asia yang terpilih iaitu Malaysia (terutamanya sambutan Hari Malaysia, kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA), kejohanan Sukan Borneo (Borneo Games), dan kejohanan Sukan SEA), Singapura (sambutan hari kemerdekaan Republik Singapura), Indonesia, Australia, New Zealand, dan United Kingdom.
Senarai saluran televisyen Sarawak Media Group (SMG)
Rangkaian saluran televisyen milik Sarawak Media Group (SMG)
Nama | Bahasa | Waktu siaran | Jenis rancangan |
---|---|---|---|
TVS | Melayu, Inggeris, Iban, dan Mandarin | 24 Jam | Berita, hiburan, dokumentari, budaya, dan variasi umum |
Anugerah & pengiktirafan
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Status | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2024 | The BrandLaureate Best Brands Awards | Visionary Tech | TVS | Menang | [1] |
2025 | Asia Pacific Broadcasting Award | Kategori Penstriman Kerajaan – Malaysia | Sarawak Media Group (TVS) | Menang | [2] |
Kategori Penstriman Acara Langsung – Malaysia | Menang |
Platform penstriman digital
- MYTV
- MYTV Mana-Mana
- Astro
- Astro GO
- Unifi TV
- Freeview Australia (khusus di Australia Barat sahaja)
Lihat juga
- TV Sarawak (TVS)
- Radio Televisyen Malaysia
- Mediacorp
- Special Broadcasting Service (SBS)
- Senarai rancangan yang disiarkan oleh TVS
Rujukan
- ^ "TVS unggul raih anugerah The BrandLaureate Best Brands Awards". TVS. 17 December 2024. Dicapai pada 19 April 2025.
- ^ "TVS unggul di Asia Pacific Broadcasting Award 2025". TVS. 29 May 2025.